...seperti kapal besar yang gah merentas lautan, tetapi karam apabila terlanggar ais; atau seperti ais yang tenang dan diam, tetapi mampu menenggelamkan sebuah kapal besar seperti Titanic...
...seperti batu yang keras dan kukuh, tetapi terhakis oleh air yang lembut sifatnya; atau seperti air yang sangat lembut, tetapi mampu menghakis batuan dan daratan...
...seperti kaki yang sentiasa memijak alasnya apabila ke mana-mana; atau seperti alas kaki yang sentiasa rela dipijak untuk melindungi kaki yang memijaknya...
...seperti ombak yang gagah menghempas daratan ketika angin bertiup kencang; atau seperti angin yang mampu mengubah kekuatan ombak apabila ia menggagahkan hembusannya...
...seperti air kopi yang memerlukan gula supaya ia menjadi manis; atau seperti gula yang mampu mengubah rasa sesuatu minuman yang pahit kepada manis seperti kopi...
...seperti gula yang sangat manis dan sedap rasanya, tetapi memberikan penyakit; atau seperti ubat yang sangat pahit dan kelat rasanya, tetapi mampu mengubati...
...seperti mata yang menggunakan cermin mata untuk melihat sekelilingnya; atau seperti cermin mata yang sanggup berkhidmat kepada mata agar penglihatan menjadi jelas...
...seperti pokok yang besar dan kuat, tetapi memerlukan serangga yang halus untuk melindunginya dan membalasnya dengan memberi perlindungan kepada serangga itu; atau seperti serangga yang halus; tetap berlindung kepada pokok dan membalas budinya dengan melindungi pokok tersebut...
...seperti ikan paus yang sangat besar, tetapi memerlukan hidupan seni seperti plankton untuk dijadikan makanan supaya terus hidup; atau seperti plankton yang sangat seni, tetapi sanggup berkorban untuk dijadikan makanan kepada paus supaya paus terus hidup...
...seperti jam yang sentiasa mengingatkan manusia kepada masa; atau seperti manusia yang memiliki jam tetapi sentiasa melupakan masa...
...seperti mulut yang menelan segalanya tanpa mengingati kesihatan anggota yang lain; atau seperti perut yang berusaha membuang benda-benda yang merosakkan anggota lain walaupun dirinya kesakitan...
...seperti sahabat yang apabila berada di hadapan sangat menyanjungi kamu, tetapi di belakang sanggup menjahanamkan kamu; atau seperti sahabat apabila berada di hadapan kamu sanggup dibentak oleh kita apabila dia menegur kesalahan kita, dan sanggup menutup aib diri kita walaupun di belakang kita...
Ingatlah, pilihlah sahabat yang terbaik untuk kamu, agar kamu sentiasa menjadi manusia yang berguna.
Ingatlah, jadilah sahabat yang terbaik untuk mereka, agar mereka sentiasa menjadi manusia yang berguna.
Bersahabat bukanlah untuk kepentingan sebelah pihak, tetapi untuk kepentingan bersama.
8 Comments
ow how i wish i can choose the best one..
ReplyDeletehuhu~~
i love ur post!
=)
waaaa..
ReplyDeletebez3
pnoh mkne n mksd tersirat..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebanyaknye seperti..hehe
ReplyDeletesahabat yang baik sentiasa ada disisi anda ketika susah atau senang...
ReplyDeletenamun kawan hanya ada seketika sahaja...
mereka tak akan berada disisi anda slalu....
so nilaikan lah sama ada anda dikelilingi sahabat atau kawan...
p/s :bro panjang sgt r post nie.sempat baca skit jek sbb nek juling bijik mata mbacanye...
Nad: Ya...seperti itu dengan ini...hehehe
ReplyDeleteAnashahira: betul tuh...nak kurangkan juling, tambah power pec...hehehe
Hisyam seperti ape? soklan bonus. hua3
ReplyDeletewalawey...
ReplyDeletesusah tuh nak jawab...
hisyam seperti mata, apabila tubuh badan merasai kesakitannya, mata akan menangis, apabila tubuh lain merasai kesenangannya, mata akan bersinar2 bercahaya...
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji