Cuti sudah lama bermula. Aku masih lagi agak mandom. Tiada apa yang telah aku lakukan sepanjang cuti ini melainkan makan, tidur, bermain permainan komputer, melayari internet, dan menonton tv. Sungguh membosankan kehidupan semasa cuti ini di samping melayan kerenah anak-anak saudaraku yang bermacam kerenah.
Namun, walaupun cuti ini agak membosankan tetapi ada beberapa perkara yang telah berlaku di luar jangkaan aku sendiri.
Pertamanya, aku mendapati bandar Kuantan ini lebih ramai awek jelita berbanding musim bukan cuti. Aku berasa pelik. Sepanjang 10 tahun aku sudah bermaustatin di Kuantan, sukar untuk aku jumpa ramai awek jelita pada musim bukan cuti berbanding musim cuti. Mungkin aku yang silap, kerana aku pun selalu juga merantau ke seluruh negara sepanjang 10 tahun itu. Ah, aku tidak kisahkan semua itu. Aku tak berminat pun tentang awek-awek itu.
Kejadian kedua adalah bekas kekasihku buzz aku buat pertama kalinya sejak officially break up beberapa...entahlah, aku pun tak ingat bila. Namun, aku sungguh gembira berbual dengannya pada malam itu. Chatting bersamanya telah menceriakan aku pada masa itu walaupun jam menunjukkan 2 pagi.
Pernahkah kamu mengalami situasi cinta kamu tidak berbalas? Aku pernah dan orang yang tidak membalas cinta aku pada masa lampau telah lama terputus hubungan. Tak pernah dengar cerita pun tentang dirinya selama lima tahun, mungkin. Namun, baru semalam aku 'bertemu' semula dengannya dalam dunia internet. Bukan aku yang 'mencarinya' tetapi dia yang 'menjumpai' aku dahulu. Tak sangka Friendster telah menemukan kami semula. Tetapi aku sudah tidak menyimpan apa-apa harapan lagi kepadanya. Perkara itu telah lama terpadam. Walau apa pun, statusnya adalah 'married.' Mungkin benar. Walau apapun, semoga mereka berbahagia.
Seterusnya, sepanjang cuti ini, aku tidak dapat memandu dengan baik. Fokus aku mudah hilang. Pemanduan aku mudah hilang kawalan. Aku tak tahu mengapa, tetapi aku harus atasi masalah ini sebelum aku dikerah untuk memandu jarak jauh.
Sepanjang cuti ini juga, cicak rumah ataupun dalam bahasa saintifiknya Hemidactylus frenatus telah menyebabkan banyak masalah denganku. Spesies ini telah menggangguku semasa aku mahu mengambil makanan di dapur. Suka sangat melepak di atas meja yang terletaknya periuk nasi. Selain itu juga, spesies ini juga telah membuang najisnya di atas aku dan menyebabkan aku menjadi mangsa najisnya! Sesungguhnya aku memang sudah membenci haiwan afimbia dan aku akan terus membenci haiwan seperti ini!
Inilah alkisahnya semasa cuti aku sehingga hari ini.
1 Comments
cuti??
ReplyDeletemandom??
ak pahaaaammmmm~
hahahaha..
hepi hols dude!
=)
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji