Petang tadi, aku sungguh tak perasan yang air telah melimpah ke jalan raya di simpang lorong rumahku. Maklumlah, khusyuk sangat main computer game. Sudahlah kalah, hal keliling dilupakan terus.
Aku rasa pelik apabila mama dan papa begitu sibuk menyelamatkan motosikal aku ke tempat yang lebih selamat, karpet sudah digulung dan barang-barang elektrik diletakkan di aras yang lebih tinggi dari biasa.
Semasa aku bermain PES 2008, Barcelona lawan pasukan mana pun aku tak ingat, aku bertanyakan kepada adik aku yang baru pulang bermain bola sepak keadaan air parit di depan rumahku itu. Lalu katanya, air sudahpun melimpah. Barulah aku sedar banjir sudah kembali!
Lantas aku berhenti bermain computer game dan melihat keadaan banjir itu. Aku dapati, simpang lorong rumahku yang selalunya biasa dinaiki air setiap kali musim tengkujuh telah ditenggelami air. Bagi aku, keadaan masih selamat. Paras air meningkat setengah inci setiap 30 minit dan keadaan ini tidak mendatangkan masalah serius kepada rumahku.
Lalu aku meronda di kawasan-kawasan utama yang biasa ditenggelami air dan aku mendapati, keadaan masih lagi tenang. Tambahan lagi hujan sudah berhenti sejak petang tadi. Maka, risiko air naik secara mendadak juga pastinya kurang ataupun tiada.
Berikut adalah gambar-gambar beberapa kawasan utama di kawasan Sungai Isap Damai, Kuantan (4 Januari 2009, 7.15pm - 7.40pm).
Aku tidak dapat mengambil lebih banyak gambar kerana situasi tersebut telah menyebabkan kawasan rumahku telah menjadi 'pulau' banjir. Aku hanya berbasikal sahaja semasa meronda-ronda di kawasan-kawasan tersebut.
Jika berkesempatan, aku akan pergi ke pusat pemindahan banjir untuk melihat sendiri suasana di sana. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah pada petang itu juga telah melawat salah satu tempat pemindahan banjir di Kuantan dan baginda hatta ayahanda baginda, Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah juga akan mengadakan lebih banyak lawatan untuk melawat rakyat jelata.
Aku berharap banjir ini tidak memberikan implikasi serius pada tahun ini seperti yang telah berlaku pada tahun 2001 yang merupakan bencana banjir paling dasyat yang pernah berlaku di Kuantan sejak 50 tahun sebelumnya.
2 Comments
gler skema ayat ko....hehehehe....oit2, taman tas kene tak????
ReplyDeleteOit Anonymous! kalu yer pon kasik tau la ko saper...ades
ReplyDeletetaman tas?
rasenye xkene...
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji