Rakan-rakan digital

Siapa tak kenal MySpace, Friendster, Facebook, Yahoo 360, dan lain-lain? Pastinya, sesiapa sahaja yang pernah melayari internet, pasti kenal akan nama-nama network tesebut. Malah, 60% pengguna di internet di Malaysia sahaja mempunyai profil untuk sekurang-kurangnya satu network.


Aku ada banyak profil bagi pelbagai network. Aku telah menjadi ahli Friendster, MySpace, Facebook, Tagged, Netlog, MSN Live Space, Hi5, Yahoo 360, dan beberapa lagi network yang aku telah lupa namanya. Barangkali juga, aku langsung terlupa akan aku pernah menjadi ahli sesuatu network. Malah, aku juga kadangkala terlupa kata laluan yang aku guna untuk log in ke network tersebut.


Apa yang mahu aku ketengahkan di sini adalah beberapa pengalaman aku dalam menjadi pengguna network yang aku guna. Profil pertama aku adalah dari Hi5. Pada mulanya, aku tidak kenal pun apa itu Hi5. Namun, ada sahaja invitation dari kawan-kawanku dihantar ke e-mel aku. Aku pada awalnya tidak melayan ajakan tersebut, namun, disebabkan selalu sangat diajak, aku pun mendaftar di Hi5.


Hi5 bukanlah profil aku yang aktif. Jarang sekali aku membukanya. Invitation untuk Friendster juga hampir sama seperti Hi5, tetapi ia berlaku setelah lima tahun aku melanggani Hi5. Aku mendaftar Friendster pada tahun 2004 dan betul-batul aktif pada hujung tahun 2006. Facebook dan MySpace pula hanya mengisi ajakan kecil rakan-rakan dan aku tidak terlalu aktif menggunakannya.

Kawan-kawan yang aku kumpul jika dikira semuanya mahu mencecah 1500 orang. Sungguh ramai. Namun, bukan semuanya rakan sebenar. Profil dalam Friendster merupakan satu-satunya profil yang aku tambah rakan-rakan yang hanya aku kenal sahaja. MySpace dan Facebook pula separa kenal dan separa tidak. Berlainan dengan Tagged, 95% rakanku adalah rakan yang tidak dikenali dan 80% adalah perempuan. Mungkin Tagged hanya sebagai tempat aku 'bermain-main' seperti di taman permainan.

Kebiasaannya, rakan-rakan baru yang aku tambah adalah rakan yang aku kenal. Sekiranya dia merupakan seorang yang aku tidak kenal, tetapi mahu berkenalan dengan mereka, aku akan pastikan yang mereka meletakkan gambar mereka sebagai gambar primer. Itulah perkara paling utama bagi aku. Keduanya adalah nama profil. Namun, nama profil boleh aku bertolak ansur.


Aku memilih yang meletak gambar sendiri adalah kerana aku memikirkan mereka percaya kepada diri sendiri. Tidak memerlukan gambar artis mahupun sesiapa untuk menarik pengguna lain sebagai rakan mereka. Dari segi nama pula, aku lebih suka yang meletakkan nama sendiri kerana nama sendiri adalah paling cantik dimiliki seseorang itu.

Mengumpul rakan digital berbeza dengan rakan nyata. Mereka hanya akan tahu akan berita tentang aku sekiranya mereka aktif di internet. Sedangkan, rakan nyata pula... banyak perkara yang berlaku... tak mampu aku ceritakan. Walaupun begitu, aku bersyukur dapat berkenalan dan terus menjadi rakan di dunia digital mahupun nyata. Siapa sangka, aku telah mengumpul 1500 rakan?

Post a Comment

2 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)