"Cita-cita saya ialah... ."

Adakah anda mempunyai cita-cita? Apakah cita-cita anda semasa umur empat tahun? Apakah cita-cita anda semasa Dajah 6? Apakah cita-cita anda sekarang? Pastinya bagi setiap jangka masa yang berbeza ini, cita-cita anda adalah berbeza.

Begitu juga aku. Setiap peringkat umur, banyak sekali cita-cita aku. Sehinggakan aku seperti mahukan semua pekerjaan yang ada di muka bumi ini!

Di sini, aku mahu berkongsi cita-cita aku sejak kecil setakat mana yang aku ingat. Semasa aku berumur empat tahun, pekerjaan yang aku nampak adalah polis. Jika ditanyakan kepadaku pada masa itu, aku akan menjawab polis. Aku tak tahu mengapa aku memilih polis. Cuma, aku agak cemburu apabila sepupuku memilih ispektor polis sebagai cita-citanya pada masa itu. Dia setahun tua dari aku.


Setahun kemudian, barulah aku kenal pekerjaan papa. Papa bertugas sebagai pegawai tentera udara berpangkat Mejar. Tugasnya bukanlah membawa pesawat pejuang, tetapi sebagai jurutera pesawat-pesawat tentera. Aku masih ingat lagi semasa kes sebuah pesawat Carribou yang terhempas ke dalam perairan Labuan hampir dua dekad lalu, dan beberapa kes kerosakan helikopter Nuri di pedalaman Sarawak menyebabkan papa terpaksa dihantar untuk membuat investigation dan membaiki mana-mana kerosakan.


Sejak itulah aku mula kenal dengan kapal terbang. Dari titik permulaan itulah aku menyimpan cita-cita untuk menjadi juruterbang. Mama selalu ingatkan aku, jika mahu menjadi seorang juruterbang, kena pandai dalam Matematik dan mahir berbahasa Inggeris. Dua aspek ini merupakan perkara utama yang selalu mama ingatkan kepadaku. Dari itu jugalah aku sentiasa berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik dan bahasa Inggeris.

Selain juruterbang, aku juga didedahkan kepada beberapa pekerjaan lain seperti doktor, atlet dan lain-lain. Aku masih lagi ingat semasa di sekolah rendah apabila diarahkan untuk mengisi maklumat dalam borang 001 besar berwarna biru. Ada beberapa ruang disediakan untuk diisi dengan cita-cita aku pada masa itu. Aku meletakkan cita-cita aku juruterbang sebagai yang pertama diikuti doktor dan akhir sekali adalah angkasawan.

Aku dikenalkan dengan pekerjaan angkasawan oleh mama. Mama sememangnya suka mengenalkan anak-anaknya dengan pelbagai pekerjaan dan sentiasa menceritakan tugas-tugas bagi setiap pekerjaan yang dinyatakan.


Semasa kecil lagi, cita-cita ini mendorong aku untuk lebih berminat dalam subjek Sains dan Matematik. Malah, setiap kali rancangan National Geographic disiarkan di TV3 setiap Rabu malam pada masa itu tak pernah aku terlepas siarannya. Tahap minat aku kepada semua yang berkaitan dengan alam sungguh tinggi pada masa itu.

Semasa aku mula kenal dengan subtopik Astronomi dalam subjek Sains, minat aku kepada angkasa lebih mendalam. Malah minat untuk mengkaji bintang dan planet telah timbul. Maka, cita-cita untuk menjadi ahli astronomi ataupun ahli kaji bintang telah ada.

Dalam aspek sukan pula, sukan yang mula-mula aku kenal ialah bola sepak. Aku juga pernah menanam cita-cita untuk mewakili Malaysia dalam sukan bola sepak. Semasa kecil dahulu, aku cuma kenal posisi penyerang sahaja. Namun apabila aku semakin membesar, aku kenal posisi lain-lain. Maka aku pernah tanam azam untuk mewakili negara sebagai penjaga gol.

Aku juga mula dikenalkan dengan lebih mendalam dalam bidang ketenteraan, terutamanya tentera udara. Papa biasa bawa aku ke hangar pesawat dan ke runway (landasan kapal terbang) untuk mendekati semua pesawat yang ada dalam kem tentera pada masa itu. Malah, aku telah merasai menaiki pesawat Hercules, Nuri, Fokker, dan beberapa pesawat tentera yang lain. Aku juga telah mendekati dan merasai duduk dalam kokpit jet pejuang Sky Hawk. Dengan itu, kecintaan aku kepada ketenteraan mula bertambah disamping kecintaan kepada negara juga telah mekar berbunga.

Sehinggalah aku bersekolah Darjah 6, cita-cita aku untuk menjadi angkasawan dan juruterbang lebur apabila aku mula memakai cermin mata. Aku pernah cuba untuk tidak memakai cermin mata untuk mencapai cita-citaku sebagai juruterbang dan angkasawan, namun aku pernah dimarahi oleh pakar optometrist kerana tidak memakai cermin mata. Aku ingat lagi kata-katanya, jika aku tak memakai cermin mata, kuasa silau aku akan bertambah. Jika mencecah tahap 600, aku diisytiharkan sebagai buta! Aku bukanlah rabun. Malah kuasa rabun aku tak sampai pun 25. Cuma silau mata aku yang agak teruk dan sehingga sekarang, aku cuba mengamalkan pemakanan yang baik untuk kesihatan mataku.

Dengan leburnya cita-cita untuk menjadi angkasawan dan juruterbang, aku mencari jenis pekerjaan yang ada perkaitan dengan cita-cita aku yang telah hanya menjadi sejarah itu. Aku diperkenalkan dengan pekerjaan jurutera. Sebelum ini aku memang tahu kerja jurutera, tetapi aku hanya nampak sebagai jurutera automotif. Namun, mama telah menjelaskan jurutera itu terdapat banyak cabang dan antara cabang jurutera adalah jurutera aeronautik dan jurutera aeroangkasa. Jurutera aeronautik berkaitan dengan pesawat manakala aeroangkasa berkaitan dengan angkasa lepas. Dengan itu, aku menanam azam dan cita-cita untuk menjadi jurutera aeronautik ataupun aeroangkasa di samping cita-cita untuk menjadi doktor, pegawai tentera dan atlet masih belum terpadam.

Keinginan aku terhadap kejuruteraan aeroangkasa ini terus membakar. Papa juga telah mengajar aku apa itu konsep aerofoil, compress chamber dalam enjin jet, jenis bahan api pesawat, konsep penerbangan helikopter, belon udara panas, material pesawat, teknologi peperangan, radar, sistem kawalan pesawat dan lain-lain sebelum aku diajar di sekolah. Malah, jika diminta aku untuk menyenaraikan lima komponen enjin kereta pada masa itu, aku gagal untuk melakukannya sedangkan aku boleh menyenaraikan berpuluh komponen pesawat.

Semasa aku Darjah 3, papa bersara dari tentera udara dengan pangkat Leftenan Kolonel. Selepas itu, papa bekerja di Aerospace Technology System Corporation (ATSC) selepas menerima tawaran kerja dari SME, Airod dan beberapa syarikat lain. Jika papa tak menerima tawaran dari ATSC, pastinya keluargaku akan berpindah ke Alor Setar dan kehidupan aku juga pastinya berubah. Mungkin juga kekal di Kuala Lumpur. Bekerja di ATSC, papa bekerja sebagai jurutera mekanikal pesawat MiG-29N Fulcrum, sebuah jet pejuang tempur udara buatan Russia milik TUDM. Aku juga telah merasai aura jet itu apabila menyentuh dan melihat sendiri jet itu.


Sejak Tingkatan 1, cita-cita aku adalah jurutera Aeronautik, jurutera Aeroangkasa, Doktor, ahli sukan, pegawai tentera dan ahli Astronomi.

Namun, aku meminggirkan cita-cita sebagai doktor apabila di Tingkatan 4. Aku tak mengambil subjek Biologi dalam SPM. Bermula dari itu, cita-citaku hanya lebih berkisarkan kepada kejuruteraan.

Namun, aku mula kenal dengan dunia perniagaan. Abang ipar aku adalah seorang kontraktor binaan di samping memiliki beberapa syarikat perniagaan. Dengan itu, minat aku dalam perniagaan berputik dan cita-cita untuk membuka syarikat sendiri telah bermula.

Selepas Matrikulasi, aku mendapati diri aku dalam dilema yang besar untuk menentukan semula cita-citaku. Aku mendapat keputusan yang sederhana sahaja semasa di Matrikulasi. Sasaran aku untuk belajar di UiTM ataupun UTM untuk meneruskan cita-citaku sebagai jurutera aeronautik/angkasa telah goyah. Aku diibaratkan seperti hilang arah dan tak tahu apa yang perlu aku lakukan agar aku tidak berhenti dari meneruskan pembelajaranku. Inilah antara punca keghairahan aku untuk terus belajar menjadi pudar. Aku telah hilang cita-cita yang telah aku simpankan sejak berumur empat tahun! Bayangkanlah cita-cita yang dipendam selama 14 tahun lebur begitu sahaja!

Yang tinggal hanyalah cita-cita untuk menjadi tentera, ahli perniagaan, ahli astronomi dan atlet. Namun, cita-cita untuk menjadi atlet juga telah lama lebur pabila aku mengalami kecederaan di bahagian tendon dan menyebabkan aku tidak boleh terlalu aktif.

Untuk menjadi ahli perniagaan pula, tampak tidak akan berhasil jika aku gagal untuk menjadi jurutera kerana aku telah merancang segalanya. Untuk menjadi ahli astronomi pula, banyak perkara yang telah aku tinggalkan dan menyebabkan keghairahan kepada astronomi agak pudar. Yang tinggal hanyalah tentera.

Kini, aku sedang mengaji di Universiti Malaysia Pahang dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Di kala aku masih kabur dengan cita-cita asalku, aku masih lagi meneruskan pembelajaranku. Aku perlu terus belajar dan belajar. Biarlah kini tidak ada yang jelas untuk aku pegang sebagai sasaran masa depan aku, namun aku masih berpegang kepada pentingnya ilmu. Aku hanya berpegang kepada kepentingan ilmu untuk terus survive di peringkat universiti.

Kepada sahabat sekalian, aku perlukan bantuan sekalian untuk aku terus survive. Jangan biarkan aku tersadai di tengah-tengah jalan kehidupan.

Aku masih lagi mencari jenis pekerjaan yang boleh aku pegang untuk dijadikan panduan dan sasaran hidup. Begitupun jua, aku cuba sedaya upaya untuk mencari jalan agar dapat kembali kepada cita-cita asalku untuk bekerja dengan pesawat dan jentera angkasa walaupun banyak pihak yang menafikannya.

Post a Comment

9 Comments

  1. jadilah manusia yang berguna..
    *wink2*

    lol

    ReplyDelete
  2. We will always support u keyh syam. Dun worry ya. X maw jadi jurutera mekanikal?

    ReplyDelete
  3. bukan xnak jadi jurutera mekanikal, mana2 bidang jurutera pun boleh. Cuma, cita2 yang dipendam selama 14 tahun terpaksa dilepaskan. Itulah yang amat kecewa dirasakan. Selama ini usaha dah dibuat utk capai cita2 yang dipegang selama 14 thn, cuma apabila sudah lebur, terpaksa start from zero...

    walaupun usaha untuk kembali ke cita2 asal, namun, ramai yang menganggap perkara itu mustahil...

    ReplyDelete
  4. Nothing is impossible if u believe u can achieve it. Bear it in mind keyh. Nad pun sama gak pernah byk cita2 last2 terkubur tetibe msuk kos awam lak. Rezeki masing2 Allah da tentukan. Setiap tempat, setiap ketika.. Cuma kt je yg dpt mengubahnya atau menambahbaik. Tiada istilah menyesal ektuali. We can't turn time but we can change it to a better situation. Allah x akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya..

    ReplyDelete
  5. Anyway, thanks 4 d support...I hope I can stand by myself, but I still need more supports..

    ReplyDelete
  6. syam, ape usaha ko dah buat utk dapatkan cita2 yg ko pegang selama 14 tahun tuh??? haaaaaaaaaaaa, aku tau.......tgk citer jpn n korea dikala final exam menjelma....kan?? kan?? kan?? hehehhe

    ReplyDelete
  7. Chet!!! cam sengal je ayat ko tuh azri...hahaa...

    tpt tuh dah mmg memberi tekanan maksimum...aku kena release gak...
    time release tuh leh lak dekat ngan final...nak wat cmne...ko pon join skali...hahaha...

    ReplyDelete
  8. hye sham... aku pun cita cita jd pilot gak.. spm 06 aku blh than jgk la..just english je tepesong.. aku dpat twaran ke uitm arau course sc geomatik GIS..aku pg 1 month je.. nthen aku tkar lak ke uitm perak course sc kuantitatif..tp aku stop jgk,aku saje tak msuk final exam..last year aku dpt offer study kat INSTEP(institut teknologi petronas)..thun ni pun aku dpat lg offer tu..wlupan mnjamin masa depan,tp aku tolak .... sekarang aku duk di rumah je..study sendiri,aku ambik blik SPM smula..ramai org pelik kputusan aku ni..tp aku berpegang pada cita cita aku... hdup hnya skali,so buat lah sesuatu yg kta mntt..akhr nnti kta akn mnkmati nkmat hdup...

    ReplyDelete
  9. so, skarang dah keje apa? seronok baca cerita kamu ni..

    dah keje ker?

    mechanical grad pon bole je keje engineer aerospace. either manufacturing or QC engineer

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)