Hobi Atau Tabiat? I


Aku tak tahu sama ada ini adalah hobi aku ataupun tabiat (habits) aku dalam kehidupan seharian. Ini kerana aku akan sentiasa mencari alasan dan cara untuk mendapatkan apa yang aku mahu dapatkan. Apa yang mahu aku katakan di sini? Sesungguhya inilah yang selalu aku lakukan sejak empat tahun yang lalu.


Apa yang aku mahu katakan ini adalah mengumpul syiling. Jika mahu dikatakan hobi, aku hanya menyimpan syiling matawang Ringgit Malaysia sahaja. Mahu dikatakan tabiat, aku telah mengumpul lebih daripada RM100 dalam masa setahun! Kesemuanya adalah syiling!

Beberapa hari yang lalu, aku telah mengira jumlah nilai syiling yang telah aku kumpulkan di UMP sahaja. Jumlah keseluruhan pada masa itu adalah sebanyak RM67.75. Jumlah ini merangkumi syiling 50 sen yang keseluruhannya berjumlah RM15.00, syiling 20 sen yang berjumlah RM32.60, syiling 10 sen yang berjumlah RM12.50, syiling 5 sen berjumlah RM0.65 dan tiada syiling 1 sen. Jumlah ini hanya merangkumi jumlah yang dikumpul di UMP sahaja.

Untuk simpanan syiling yang terdapat di rumah pula, aku ada lagi satu set simpanan syiling yang hampir sama dengan yang ada di UMP. Namun begitu, kadar kemasukan syiling baharu ke dalam simpanan itu agak perlahan sejak aku menyambung pengajian di UMP. Pada bulan Januari yang lalu, aku telah mengira jumlah semasa simpanan syiling yang berada di rumah dan jumlah keseluruhannya adalah lebih kurang sebanyak RM75.00. Namun begitu, jumlah keseluruhan semasa bagi simpanan di rumah masih belum diambil.

Bagaimanakah aku mengumpul semua syiling tersebut? Banyak cara aku gunakan dan cara yang paling utama adalah membeli barangan yang ada bayaran balik dengan syiling. Hatta harganya semata-mata 20 sen, namun aku tetap membayar dengan wang kertas RM1. Selain itu juga, aku tidak akan menggunakan sebarang syiling yang ada dalam dompet aku walaupun aku mempunyai syiling yang lebih dari mencukupi untuk melakukan bayaran. Namun, aku akan menggunakannya juga sekiranya dalam keadaan terdesak. Bagi aku, syiling yang berada dalam dompet adalah syiling yang masih boleh digunakan jika keadaan terdesak, namun jika syiling tersebut telah dipindahkan ke dalam tempat simpanan, aku tak akan menggunakan semua syiling yang terdapat dalam bekas simpanan tersebut.


Bagaimanakah hobi / tabiat ini bermula? Hobi / tabiat ini bermula sejak aku berada di Sekolah Berasrama Penuh. Pada masa itu, krisis terhebat yang selalu terjadi ialah kekurangan syiling untuk urusan jual beli di kantin, koperasi sekolah, mesin minuman, malah untuk mesin basuh. Keperluak terhadap syiling juga bertambah kritikal di kala syiling amat diperlukan untuk semua urusan di atas serta untuk penggunaan telefon awam. Aku tak pasti dengan siapa pernah aku berbual lama di telefon pada masa itu, namun keperluan untuk aku menggunakan syiling di dalam sekolah amatlah tinggi. Pada masa itu, barangan yang bernilai 10 sen pun sanggup dibayar dengan not RM1 ataupun not RM5 dan barangan yang dibeli itu hanyalah dua biji gula-gula.

Banyak juga kejadian lucu telah berlaku semata-mata mahukan syiling di sekolah aku.

Itu adalah kisah lama, kini aku mengumpul syiling tanpa ada apa-apa motif utama. Malah aku juga tidak menggunakan syiling yang aku simpan ini. Aku sayang syiling hampir sama dengan aku menyayangi komputer riba aku sendiri. Mungkin juga aku menyimpan syiling ini untuk persediaan masa depan aku sekiranya ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Mungkin syiling ini mampu menyelamatkan nyawa seorang manusia.

Walau apa pun kategori bagi apa yang telah aku lakukan ini; hobi ataupun tabiat, aku akan sentiasa untuk menambahkan jumlah nilai syiling yang aku simpan. Malah kini aku mencanang untuk membeli bekas simpanan baru untuk kapasiti syiling yang baru.

Post a Comment

20 Comments

  1. Dahsyat tuh.. Hmm.. Tapi bagus juga.. Jimat sikit.. Sebab tak siapa pun terasa kalau duit syiling tu terlalu banyak.. Kalau duit not, RM 50 tu boleh habis sekejap je.. Kalau syiling?? Siapa yang nak bawa RM50 dalam bentuk syiling... Nampak lucu.. Tapi cara menabung paling berkesan adalah dengan mengumpul syiling..

    ReplyDelete
  2. wah...byak duit..
    blh le blnje tgk wyg lps ni...hikhikhik

    ReplyDelete
  3. Hawa >> kalau not RM50 dihabiskan, memang terasa kehilangannya, namun jika mengumpul syiling, kita takkan terasa jumlahnya bertambah, namun jika kita sedar rupa-rupanya sudah beratus-ratus ringgit sudah kita kumpul.

    Hafizah >> Hah...banyak la ko...aku xde banyak duit...penggunaan wang syiling aku ini adalah sangat dilarang oleh aku sendiri!!! Ada fahammm???

    ReplyDelete
  4. Hawa >> kalau not RM50 dihabiskan, memang terasa kehilangannya, namun jika mengumpul syiling, kita takkan terasa jumlahnya bertambah, namun jika kita sedar rupa-rupanya sudah beratus-ratus ringgit sudah kita kumpul.

    Hafizah >> Hah...banyak la ko...aku xde banyak duit...penggunaan wang syiling aku ini adalah sangat dilarang oleh aku sendiri!!! Ada fahammm???

    ReplyDelete
  5. ala..kdkut ler...
    bkn luak pn..kn duit syiling ko byk.hahahaha

    ReplyDelete
  6. aah...x da luak pon..
    nak2 plak kalau blanja aku..huahua

    ReplyDelete
  7. hafizah & pakDin >> korang neh kalo dah speses cekik aku memang laju ajer...huh...

    ReplyDelete
  8. Huaa. Punya sikap menabung plak. byk cas2 positif nmpk. ni kumpul duet nie, ada guna tok machine basuh x? hihi..

    ReplyDelete
  9. heheh...menabung syiling nih dah serasi dah...kalo boleh, syiling yg ade xnak gune lgsung...hehehe

    xpernah gune utk mesin basuh...
    walaupun hidup dikelilingi teknologi, cara tradisional jugak yg terbaik...hand wash...lalala

    ReplyDelete
  10. pernah juga simpan duit syiling sem lepas sampai dekat RM30 ttp gerangan sahabat2 yg malas mbasuh pakaian dgn tgn dengan mke slmbanye mintak tukar duit...
    tue yg makin lama makin bkurang tue...
    huhuhu...
    to u bro keep on saving for ur future..
    peace...

    ReplyDelete
  11. hehehe...pada hakikatnya, janganlah dihebohkan secara terang-terangan akan hal ini dahulu....agak dah banyak barulah boleh nak dihebohkan...namun pada waktu itu juga ditetapkan wanga itu takkan digunakan untuk apa-apa tujuan pun walaupun pertukaran bentuk nilai wang...

    ReplyDelete
  12. die nye kisah bkan menunjuk bro...
    tp bila org dtg print tabung pun keluar..
    so mreka2 nie tau r btapa byknye duit syiling scara xsgaja telah dtnjuk...
    lalu mreka mgambil kesempatan itu utk mmbuat ptukaran wang...
    huhuhuhu...

    ReplyDelete
  13. ini semua terserah kepada kebijaksanaan kita untuk mengurusnya...tak semua perkara dapat diselesaikan dengan satu caea yang sama...

    ReplyDelete
  14. ini semua terserah kepada kebijaksanaan kita untuk mengurusnya...tak semua perkara dapat diselesaikan dengan satu caea yang sama...

    ReplyDelete
  15. perghh... byk duit ko... aku pun tgh kumpul duit syiling gak nih.... tpi, guna buat basuh baju... pakai mesin dobi... hakhakhak...

    ReplyDelete
  16. best x masuk UTP...umah i dkt je dgn UTP tu..... g lapk ipoh kt mna ag?

    ReplyDelete
  17. mins...identity please...

    erm...2 je tempat yg g pon...

    ReplyDelete
  18. bsuh guna tgn? Slalu ke? rase cam guys slalu prefer machine wash. technology katakan..hihi

    ReplyDelete
  19. xnak caye sudah...
    hakikatnye mmg basuh pakai tgn ajer...hahaha

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)