Jadi seperti kopi, lobak atau telur?


Apakah bezanya antara lobak, telur dan kopi apabila bertemu dengan air panas? Jika diberi pilihan untuk memilih salah satu daripada tiga pilihan ini untuk menjadi ciri-ciri personaliti anda, yang manakah menjadi pilihan anda? Pernahkah anda fikir yang anda akan menjadi seperti lobak? Pernahkah anda fikir anda akan menjadi seperti telur? Pernahkah anda fikir anda akan menjadi seperti kopi?

Ibaratkan diri anda berada dalam suatu perubahan. Perubahan yang membawa anda kepada sesuatu yang baru.


Bayangkan juga anda adalah seperti lobak, telur ataupun kopi manakala air panas itu adalah perubahan yang bakal berlaku itu.

Anda mahu menjadi seperti apa? Lobak, telur atau kopi?
Lobak:
Lobak adalah sesuatu yang asalnya keras. Jika dikunyah juga, pasti rangup. Namun begitu, setelah dimasukkan ke dalam air panas, lobak tersebut akan beransur-ansur menjadi lembut dan semakin lama lobak itu berada di dalam air panas, maka makin lembutlah lobak itu. Jika dibiarkan sahaja lobak itu, lobak itu akan menjadi terlalu lembik.

Telur:
Telur adalah sesuatu yang keras pada cengkerangnya, namun cair pada isi kandungannya. Apabila diletak di dalam air panas, isi kandungannya akan beransur-ansur menjadi keras. Semakin lama dibiarkan, telur itu akan keras sehinggalah tiada lagi perubahan berlaku pada telur tersebut.

Kopi:
Kopi adalah serbuk pahit yang berwarna hitam. Apabila diletakkan ke dalam air panas, serbuk kopi tersebut akan mengubah warna air tersebut kepada hitam. Apabila diletakkan ke dalam air, kopi akan menukarkan warna air tersebut serta merta dan semakin lama air itu dibiarkan, warna air itu tetap kekal dengan perubahannya.


Jadi, jika anda diberi pilihan, yang manakah akan anda pilih?

Lobak:
Jika anda pilih lobak, anda pasti akan mudah tewas dengan perubahan yang berlaku pada hidup anda. Jika anda diibaratkan seperti lobak, anda adalah seorang yang kuat dan tabah sebelum perubahan, namun apabila perubahan berlaku, sedikit demi sedikit anda akan menjadi lemah dan lembik seperti lobak tersebut . Malah, semakin lama dibiarkan di dalam air panas, lobak tersebut akan menjadi terlalu lembik dan tidak enak lagi untuk dimakan. Walaupun dikeringkan airnya, lobak tersebut akan tetap lembik.
Telur:
Jika anda pilih telur, anda adalah seorang yang asalnya lembut sifat peribadinya. Namun, setelah mengalami perubahan, keperibadian anda akan menjadi keras walaupun secara fizikalnya anda menunjukkan tiada perbezaan. Begitu juga telur, walaupun cengkerangnya tidak menunjukkan perubahan, namun secara dalamannya telur sudah berubah. Jika dikeringkan airnya juga, telur akan tetap keras.

Kopi:
Jika ana memilih kopi, anda adalah seorang yang teguh pendirian. Malah mampu mengawal perubahan di sekeliling anda. Seperti kopi yang asalnya pahit, namun apabila ditambah dengan air panas, kopi tersebut yang mengubah perubahan itu. Bukan air panas yang mengubah kopi tersebut. Malah air yang berubah itu juga enak diminum. Jika dibiarkan airnya kering kembali juga, kita akan memperoleh serbuk kopi yang sama.

Jadi, yang manakah akan anda pilih? Adakah anda memilih untuk menjadi seorang yang bukan lagi diri anda sebenar selepas perubahan seperti lobak dan telur? Apakah anda mahu menjadi seorang yang mampu mengawal perubahan sekeliling anda di samping mengekalkan ciri-ciri siapa diri sebenar anda seperti kopi?

Marilah kita sama-sama fikirkan.

Post a Comment

13 Comments

  1. huu..yeke..aku pilih telur sbab tlur tu sdap..hehe

    ReplyDelete
  2. ak pilih sume...ha3...^^,.
    sume sdp dimakan...he3

    ReplyDelete
  3. Wow. good article. Nad pley kopi. haha. Mari kita renung bersama dan selamat beramal! Bak kata Prof Izzi. huhu

    ReplyDelete
  4. ahakz... aku pilih telur ar fadzrul... ko pilih ape?

    ReplyDelete
  5. Amira & Mz Ana: Asal korang ajer, makan...asal makan jer korang reti...hahaha...naseb bukan cupcakes kat sini...hahaha

    Nad: Selamat beramal...dekat di hati...eh, ayat ape lak tuh ek?

    Adeq Abang: aku pilih...aku SPR la kat sini...aku berkecuali...aku pilih air panas tuh ok gak...hahaha

    ReplyDelete
  6. SPR? Hmm.. Apa-apalah.. Hmm.. Air panas tu pun ada gunanya juga, kan? untuk rebus telur, untuk celur lobak dan untuk buat kopi. Tapi kena hati-hati. Kalau tertumpah atas badan, boleh melecur..

    Hawa pilih kopi.. Sifat tu patut ada pada setiap orang..

    ReplyDelete
  7. ak pilih cikgu najyaasyraf!
    *tiba2*
    dia yg bg crita ni lam kuliah duluu..
    hahaha..

    ReplyDelete
  8. Selamat beramal...dekat di hati? Macam pernah dengar tp dimane yea. Ha, taw2 juz a day a go I heard this quote from a well known engineer. Ir.Fadzrul Hisyam. Anyone ade kenai? hehe

    ReplyDelete
  9. Hawa >> Hehe...xtpt bygkan kalu air panas tertumpah atas badan...ngee...

    Mirasue >> Citer ni citer lame...cumer yg aku letak ni versi aku...ade gamba...diorg sume citer pakai mulut ajer...hahaha

    Nad >> Haha...Nad ske wat klaka la...ades...ade ke well known engineer...ades, kat u ni pon org xkenal sgt....hik3x...

    ReplyDelete
  10. ak pilih priuk y d gne kn u rebus/msak sume mende 2..sbb ak rse priuk 2 y memainkn peranan pntg kt si2..haha bleh x? mai secawann

    ReplyDelete
  11. haha...
    kwn2ku ini mmg gila2 saja...hahahaha

    ReplyDelete
  12. sham klu xnk lobak..kentang boley x?goreng pon sodap..sma je klu ltak lma2 lam air pnas lmbik jgak,.

    ReplyDelete
  13. huhu...
    ikot lah...
    tp kentang lain ngan lobak...
    mcm2 le karenah korang...ades...

    lol

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)