"Pelajar oh pelajar, kenapa tak jawab exam?
Macam mana aku tak jawab, idea taknak keluar, idea taknak keluar.
Idea oh idea, kenapa tak keluar?
Macam mana nak keluar, badanku tak selesa, badanku tak selesa.
Badan oh badan, kenapa tak selesa?
Macam mana aku tak selesa, air tak nak timbul, air tak nak timbul.
Air oh air, kenapa tak nak timbul?
Macam mana tak nak timbul, JBA tak buat kerja, JBA tak buat kerja.
JBA oh JBA, kenapa tak buat kerja?
Macam mana kerja nak buat, mesin selalu rosak, mesin selalu rosak.
Mesin oh mesin, kenapa selalu rosak?
Macam mana aku tak rosak, air kotor sangat, air kotor sangat.
Air oh air..."
Apa pendapat anda dengan sedikit seloka di atas? Sebenarnya banyak lagi yang aku ingin tambahkan, tetapi cukuplah sekadar ini sahaja.
Sejak dua menjak ini, UMP mengalami keputusan bekalan air, yang secara langsungnya mengganggu aktiviti rutin harian pelajar. Menurut JBA Pahang, kejadian ini adalah paling serius dalam tahun ini yang melanda kawasan Gambang kerana pam air yang rosak itu menyebabkan beribu pengguna keputusan bekalan air hampir selama tiga hari.
Ada sesetengah pelajar pula, dilihat terlalu tidak selesa dengan keadaan ini. Ramai juga yang mengeluh dengan situasi ini. Aku percaya JBA sememangnya berusaha 120% untuk membaiki pam yang rosak itu. Aku begitu pasti kerana mereka juga mahu mandi!
Apakah hikmah yang ada di sebalik kejadian ini? Adakah ini salah satu peluang untuk menyalahkan pihak JBA kerana gagal membaiki kerosakan dalam masa pantas? Apakah ini adalah platform untuk dijadikan alasan kita tak boleh belajar dan sebagainya?
Pastinya, kejadian ini mengajak kita agar bersabar. Masalah terputusnya bekalan air ini hanyalah masalah kecil sahaja. Malah, bagi sesetengah orang, ia bukan masalah langsung bagi mereka.
Apakah situasi ini menyebabkan kita tak boleh hidup? Pastinya tidak. Sesungguhnya ini hanyalah ujian yang diturunkan kepada kita semua. Bukan aku seorang, bukan anda seorang, tetapi kita semua. Ujian ini adalah untuk kita menilai semula sejauh mana kita menghargai air?
Sebenarnya, sekitar kawasan Gambang ini, ada beberapa anak sungai yang mengalirkan air. Cukup untuk kegunaan harian. Namun begitu, sejauh manakah kita sanggup menggunakan air tersebut kerana tercemar? Marilah kita renungi semula. Apakah kita sebenarnya punca terputusnya bekalan air ini? Bagi aku, jawapannya ialah 'YA'.
Kitalah punca segalanya. Kita terlalu mengharap kepada pam air JBA untuk membekalkan air kepada kita, namun sejauh manakah kita menghargainya dengan menjaga kebersihan sungai kita? Di kala kita terlekalah kita menodai sungai dan punca air yang kita ada.
Walaupun JBA telah membersihkan air dari bakteria dan kotoran organik, namun apakah mereka mampu membersihkan air daripada sisa logam terlarut seperti raksa (mercury), plumbum, dan lain-lain? Kita juga yang menyebabkan kerosakan ini.
Wahai rakan-rakan, janganlah kita mengeluh kerana tiga hari tak diketemukan air. Sedangkan Islam telah mengajar kita bagaimana untuk menguruskan diri tanpa air. Kita boleh beristinjak, kita juga boleh bertayamum, dan kita boleh melakukan apa sahaja tanpa air dan ada rukhsah (kemudahan) yang telah diajar dalam Islam.
Kita baharu sahaja tiga hari tanpa air. Bagaimana pula sahabat kita di Acheh suatu ketika dahulu semasa mereka tidak mempunyai bekalan air bersih selama berbulan-bulan selepas kejadian gempa bumi? Bagaimana pula semasa keadaan kemarau negara-negara Afrika? Mereka mengalami situasi yang lebih dasyat daripada kita di sini.
Marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada, dan marilah kita lihat semula siapakah puncanya kejadian ini. Janganlah disalahkan JBA, TNB, kerajaan negeri, pihak berkuasa, paip air, air sungai, kepala paip atau apa-apa sahaja yang mahu kita salahkan. Renungi semula, kita selamilah hikmah kejadian yang berlaku kepada kita ini. Jangan disalahkan sesiapa, muhasabah diri. Sesunggunya, pasti ada kebaikan di sebalik kejadian ini.
Ingatlah firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya. "
(Ali Imran, 3:200)
(Ali Imran, 3:200)
1 Comments
fitrah manusia duk salahkn org lain..huu..kita di uji Allah..harap bersabar semuan rakan-rakan ku...
ReplyDeleteP/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji