Google Chrome: Kini Menjadi Pilihanku


Pernahkah anda menggunakan sesuatu browser, tetapi prestasinya tidak selalu seperti yang anda harapkan? Kebiasaannya, sesuatu browser itu pastinya akan load terlalu lama ataupun akan hang tanpa ada perasaan kasihan kepada anda. Pasti banyak lagi masalah-masalah lain yang anda hadapi semasa menggunakan
 browser anda.



Setelah sekian lama evolusi browser di alam komputer, kini sudah terdapat banyak browser yang boleh didapati dari internet. Antara yang terkenal pada masa kini ialah Mozilla Firefox, Internet Explorer, Google Chrome dan lain-lain. Setiap satunya pastinya ada kelbihan dan kekurangan masing-masing.

Hari ini, aku akan menceritakan kisah perjalanan browser yang pernah aku guna dan mungkin akan aku guna pada masa hadapan.


Pada ketika aku memulakan kehidupan aku dengan komputer, aku hanya kenal satu-satunya browser yang ada pada masa itu. Namanya ialah Internet Explorer. Pada ketika itulah aku mula kenal internet dan mengeksplorasi internet. Namun begitu, prestasi Internet Explorer semakin merudum dari segi staminanya. Semakin baharu versinya, semakin membebankan komputer yang aku gunakan.

Akibat dari itu, aku diperkenalkan dengan Netscape Navigator. Pada ketika itu, prestasinya agak baik kerana dapat mengatasi prestasi Internet Explorer pada masa itu. 

Zaman terus berlalu, dunia dikenalkan dengan Mozilla Firefox. Pada masa itu, aku telahpun kebali semula kapada Internet Explorer kerana Netscape Navigator mengalami pengurangan produktiviti akibat tidak dikeluarkan dengan versi baharu mengikut keperluan semasa dunia pada masa itu.

Pada mulanya, aku tak kenal langsung dengan Mozilla Firefox kerana aku menganggap ia adalah permainan komputer Godzilla. Maka, aku abaikan segalanya yang berkaitan dengan Mozilla. Namun demikian, setelah aku terdetik hati masuk ke laman web Mozilla, barulah aku tahu apa itu Mozilla sebenarnya. Ia bukanlah permainan komputer Godzilla, tetapi satu jenama open source untuk kegunaan utama komputer.

Bermula dari itu, aku menggunakan Mozilla Firefox sebagai browser utama aku. Namun begitu, pada awal pengeluarannya, terlalu banyak kelemahan yang ada jika dibandingkan dengan Internet Explorer. Namun begitu, saban tahun, versi baharu Mozilla Firefox dikeluarkan mengikut peredaran semasa dan Mozilla Firefox telah menjadi antara perisian open source yang paling terkenal di dunia.


Namun begitu, kebelakangan ini, Mozilla Firefox yang aku guna sekarang mengalami masalah dari segi konsistensi pemprosesannya. Saban hari, pasti ada masalah seperti hang dan tiada respon. Perkara ini bukan berlaku sekali dua tetapi purata berlakunya masalah ini hampir-hampir 10 kali sehari.

Google Chrome yang sudah lama aku peramkan di dalam laptop aku ini, aku gunakan semula selepas sekian lama aku tidak gunakannya. Buat masa ini, Google Chrome tidak mengalami masalah kritikal seperti yang dialami oleh Mozilla Firefox. Namun begitu, Google Chrome masih lagi mempunyai kekurangan berbanding Mozilla Firefox yang lebih mesra pengguna.


Selain apa yang telah aku senaraikan di atas, aku juga memiliki satu lagi browser iaitu Opera. Buat masa kini, aku tidak mempunyai apa-apa komen utama untuk Opera kerana aku jarang gunakannya, tetapi secara ringkasnya, Opera adalah antara browser yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti yang ada pada browser lain. Malah, ia mempunyai download manager yang tersendiri dan memudahkan pengguna untuk memuat turun data dari internet. Sememangnya, Opera adalah antara browser yang lengkap pada masa kini. Namun begitu, aku kurang menggunakan Opera kerana aku merasakan browser lain yang sedia ada sudah memadai untuk aku gunakan. Aku hanya menggunakan Opera ketika keadaan terdesak sahaja.

Buat masa sekarang, Google Chrome menjadi pilihan semasa aku.


Post a Comment

2 Comments

  1. For me, I think Mozilla Firefox is the best. Right now I'm currently using 3 different browsers - Mozilla Firefox, IE8, and Google Chrome. IE8 is not really compatible with some features on websites. For fast searching, I think Google Chrome is the best. But still I like Mozilla the most. hehe...

    ~Top Browsers~

    ReplyDelete
  2. SalaAm..

    Mozilla dengan Googla Chrome, Google chrome yang ok untuk masa sekarang sebab Mozilla makin lembab sejak di"naiktaraf".. Makin banyak aplikasi yang boleh dijadikan 'add on' tapi makin lambat. Google Chrome simple dan senang dipakai.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)