Hujan

Dahulu, Dari jauh,
kulihat warnamu datang menghampiriku, dingin
kurasakan perasaanmu kepadaku, tenang
lama sudah kau mendekati diriku, pendam

kau diam,
kau pendam,
kau simpan,
segalanya yang kau ada selama ini,
lalu kau curahkan kepadaku segalanya,
segalanya...

aku ceria,
kedinginanmu itu, kegembiraanmu itu, ketenanganmu itu,
semuanya aku rasakan bersamamu

tapi tak lama,
kau curahkan hanya sementara
lalu kau pergi
hilang dari pandanganku
juga titisanmu,
juga kedinginanmu,
juga ketenganmu,
kau pergi bawa bersama...
tak kau tinggalkan satu pun

aku
kau biarkanku kepanasan,
kau biarkanku kegelisahan,
kau biarkanku keseorangan,

Kini, Dari jauh,
kau datang kembali kepadaku,
bersama kedinginan itu,
bersama ketenangan itu,
namun, warnanya hitam
sehitam hati yang kau tinggalkan dulu
ia takkan untukmu,

kau hadir,
takkan lagi kutunggu,
kerana
bersamamu itu
hanyalah suram, kelam, hitam

biarkan aku sendiri,
bersama hitamnya hatiku ini

biarkan aku sendiri,
mencari sesuatu
yang memutihkan hatiku kembali

jangan kau datang lagi...
kerana hatiku bukan untukmu lagi

Tetes Biru,
Universiti Malaysia Pahang,
15 Apr 2009

Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)