Aku dan Ubuntu kini bersatu

Walau kesan trauma aku terhadap sistem operasi (operating system) komputer yang kurang aku kuasai masih lagi terasa, namun aku tetap mengorak langkah dengan menggunakan sistem operasi selain Windows.

Jika diimbas kembali semasa mula-mula aku menggunakan laptop kesayangan aku ini (BenQ Joybook T31) beberapa tahun dahulu, aku pernah install Linux ke dalam laptop aku ini dan menyebabkan patition D dalam windows hilang. Ketika itu, aku masih tak memahami sistem komputer, partition, dan sistem opersi. Kehilangan patrtition D menyebabkan aku menjadi cuak. Rupa-rupanya Linux telah 'mencurinya' dari Windows.

Kehilangan ini bukanlah trauma utama pada ketika itu. Aku menggunakan Linux untuk seketika. Namun begitu, aku menghadapi kesukaran kerana bahasa utama yang telah ditetapkan ialah bahasa Mandarin. Mana aku nak faham semua yang tertulis.

Lalu aku menggunakan simbol yang aku faham untuk mengubah setting bahasa ke bahasa Inggeris. Aku tak pilih bahasa Melayu mahupun Indonesia kerana aku tetap tak faham istilah komputer/elektronik dalam kedua-dua bahasa tersebut.

Itu adalah halangan pertama, halangan seterusnya ialah mengenal 'kawasan' Linux. Nampaknya aku gagal kerana aku 'sesat' dalam dunia Linux. Akibat dari itu, aku menyingkirkan Linux dari hidup aku sejak dari hari itu.

Aku juga pernah menggunakan sistem operasi Apple, tetapi bukan dalam laptop aku, iBook milik cikgu dan rakan-rakan aku. Namun begitu, aku masih tak dapat menguasai perisian Apple.

Walaupun begitu, kini aku telah kembali menggunakan sistem operasi selain Windows, iaitu Ubuntu. Walaupun Ubuntu adalah 'anak' kepada Linux, tetapi aku sudah memahami sistem operasi ini dengan mudah.

Ini adalah beberapa screenshot Ubuntu dari laptop aku:



Wallpaper





Semasa main lagu





Semasa main video



Sengaja aku menggunakan wallpaper bukan Ubuntu kerana agak pening dengan warna tema utamanya iaitu coklat.

Apa pun, semoga Ubuntu dapat menemaniku dikala aku buntu dengan Windows.

*****

Nota kaki:
1. Kelajuan internet semasa menggunakan Ubuntu lebih pantas berbanding Windows dengan menggunakan browser yang sama iaitu Mozilla Firefox.
2. Banyak lagi plug in yang perlu aku tambahkan agar operasinya lebih mantap.
3. Untuk kerja-kerja ofis, aku lebih suka kepada Microsoft Office berbanding Open Office kerana prestasinya. Namun, Open Office boleh simpan fail ke dalam format PDF yang lebih selamat.
4. Ubuntu percuma! Windows RM300++ (ikut edisi).
5. Post ini aku siapkan pada 16 Jun lalu, tetapi terpaksa publish pada hari ini kerana semasa aku mahu upload gambar, aku ada meeting di YM (terpaksa guna Windows).

Post a Comment

0 Comments