Bapak Sudah Bilang, Jangan Tamak!

Tamak, apa yang kamu semua tahu tentang tamak? Kebelakangan ini selalu sahaja kedengaran kisah ketamakan. Mulalah merompak, mencuri, meragut... tetapi kalau kambing meragut tak apa lagi. Geng Ah Long pun sudah mau makin tamak lagi. Kasi pinjam RM1000 mau bayar balik RM2000. Tamaklah juga namanya.

Ada kisah pula ketamakannya menyusahkan ramai orang. Adalah orang tu... tamak gile baban kata orang muda sekarang. Sampai naik turun mahkamah mau rebut kuasa. Tamakkan kuasa lah tu. Sampai jadi komando jalanan... pendek kata, meniarap atas jalan. Tak faham aku. Kamu jangan anggap bukan-bukan, ini tempatnya ada di Timur Laut sebelah Barat sikit sebelum Utara Afrika. Bukan di Malaysia. Hehe... faham-faham sajalah.

Ah, biarkan ketamakan itu melanda mereka. Aku tak mahu campur. Aku nak sembang tentang tamak yang tak ada kaitan dengan ketamakkan.


Biasanya, ak menggunakan satu sahaja user untuk Yahoo! Messenger (YM). Namun, hakikatnya aku memiliki... erm... banyak user. Yang aku ingat, tiga sahaja. Yang lain-lain... rasanya dah terminated rasanya.

Kalau kamu lihat gambar di bawah, ada tiga user YM yang sedang aktif. Sebenarnya, hanya satu sahaja paling aktif, yang paling tengah (berwarna biru) itu. Yang mengapitnya, di sebelah kiri (berwarna coklat) itu, sudah lama tak digunakan. Maklumlah, sudah berumur. Mula-mula guna pun semasa kurang matang menggunakan speaker desktop. Yang sebelah kanan (warna hijau) pula, agak baru juga ditinggalkan. Namun kadang-kadang sahaja aku bukanya.

Aku meninggalkan yang lama itu bukan kerana apa, emel tersebut dah diserang spam yang teramat sangat. Sampai bahan lucah pun aku terima. Memang !@#$%^& leh mereka semua! Maka sebab itulah aku tinggalkan mereka. Sadis, sadis.



Perbuatan tamak selalu rugi



Apabila berkata tentang emel Hotmail, aku pun ada...rasanya tiga emel Hotmail-based mail. Namun, aku cuma ingat dua sahaja. Yang lagi satu, namanya pun aku dah lupa, inikan kata laluannya. Cuma di sini, aku cuma mampu menunjukkan satu sahaja kerana aku tak reti nak buka banyak chat windows untuk Windows Life. Aku aktif menggunakan Windows Life selepas PLKN kerana ramai kawan-kawan aku yang berbangsa Cina menggunakan Windows Life. Namun kini, aku jarang menggunakannya kerana mereka pun sudah jarang onlie! Kalau kamu semua perasan, emelnya pun sudah mencapai 400 emel. Itupun sudah aku buang sebulan sekali. Kalau tak diurus langsung, mahu beribu-ribu emel aku!

Untuk di sebelah kanan pula, Skype namanya (kepada sesiapa yang tak mengenalinya). Skype ini aku mula menggunakannya sejak aku menjejak kaki di UMP. Sebab apa? YM diblock! Tertekan juga pada mulanya kerana tak tahu bagaimana nak hack network UMP. Namun, setelah sekian lama, aku diajar dengan menggunakan proxy. Barulah YM boleh diguna tetapi tidak boleh ,memindah fail, webcam dan voice conference. Aku tak kisah yang lain-lain, asalkan boleh berchatting (walaupun terkilan tak boleh guna webcam YM).

Namun begitu, Skype penawarnya kerana boleh memindahkan fail dan menggunakan webcam (walaupun dalam setahun aku cuma guna sekali sahaja Skype webcam).

Selain yang ada di atas, aku juga menggunakan GTalk (cari sendiri siapa yang tak tahu!). Namun, aku tak tayang di atas kerana laptop aku akan kebebanan yang teramat sangat.

Ketamakkan aku di sini tak ada makna pun. Sengaja mengunakan tajuk lain, isi kandungan lain. Walau begitu, mungkin kamu boleh kaitkan ketamakkan dengan apa yang aku sembangkan di sini?

Post a Comment

6 Comments

  1. aha....negara mane tuh sebelah barat sblom utara afrika?? george aku B r...hehehe

    ReplyDelete
  2. @aurox_3d
    Ade la...
    ko je yg tak tau...
    cer ko tgk kat peta...mst ade nyer...

    erm...jap, aku nak call cikgu geo aku dlu, nak kompem...

    ReplyDelete
  3. hurm..apa yg sedang anda cuba smpaikan wahai saudara hisyam?hehe..

    sat along, sat negara, sat emel, sat ym, sat skype..cuba spesifik sket..hehe

    dsat eh..smpai 3ym..senarai friends pun sama gak ke?

    ReplyDelete
  4. die nak kate diri die tamak kot....blog pon sampai 4...tamak2...ahak2

    ReplyDelete
  5. @Nadzirah
    Ini boleh dikatakan post tak ada tujuan lah ni...
    ahakz

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)