Lama sudah aku bersabar dengan keuzuran laptopku ini. Sebelum ini, aku pernah mengalami kesukaran apabila mahu burn DVD kerana segala data yang telah disimpan dalam DVD menjadi korup. Kejadian ini bermula semasa aku di KMKN 2 tahun lalu.
Di kala masalah pertama, masalah seterusnya pula adalah DVD-RW Drive aku kadang kala tak boleh membaca CD mahupun DVD. Hanya sebilangan sahaja yang boleh dibacanya. Macam memilih lah pula.
Kemudian, aku mengalami kesukaran untuk burn CD. Ini lagi menyukarkan aku kerana pada masa itu, aku mahu burn Ubuntu ke dalam CD agar aku dapat install Ubuntu ke dalam laptop aku. Namun begitu, walaupun dengan 10 CD, masalah ini tetap ada.
Sekarang, ketika aku bersedia menyiapkan modul kursus multimedia aku, DVD-RW Drive aku membuat hal lagi. Kali ini, bukan sahaja DVD, CD pun tak boleh dibaca! Sudahlah banyak hasil multimedia aku telahpun aku simpan di dalam CD. Macam mana aku nak siapkan modul aku?
Nampaknya ini adalah halangan pertama aku. Masalah betul. Kini, aku perlu mencari alternatif lain untuk menyiapkan modul aku.
Nampaknya, lain kali aku kena tukar DVD-RW Driver aku kepada yang baharu. Namun, berapakah harganya? Nampaknya kena keluar duit lagilah aku.
Ataupun alang-alang, aku tukar sahaja dengan laptop baharu. Kan mudah. Sayangnya, laptop ini yang telah menemani aku bertahun-tahun terpaksa aku tinggalkan sedangkan laptop inilah yang paling aku sayangi.
Tolong aku!
*****
Nota kaki:
1. Aku baru sahaja tadi membeli tetikus baharu kerana tetikus aku sudah rosak di bahagian scroller. Aku sayang tetikus lamaku!
2. BenQ tamat khidmat, Logitech mula berbakti.
2 Comments
ahak2....mati2 aku ingat cd tuh pecah sebab cd drive ko...uhuk2...baru nak datang umah, ucapkan takziah...lalala~~
ReplyDelete@aurox_3d
ReplyDeletebanyak lah ko nyer takziah...
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji