Facebook Terus Gemilang



Facebook, bukan muka buku.


Siapa kata Facebook tak maju? Siapa kata Facebook tak best? Kini, Facebook telah melangkah lebih maju berbanding laman web sosial yang lain. Kepada semua yang anti kepada Facebook, mari sini, aku mahu terangkan sedikit kekuatan Facebook.

Kepada yang sememangnya menyokong Facebook, mari kita sama-sama mengorak langkah memperhebatkan profil kita di sana dan membetulkan tanggapan Facebook di mata insan yang tidak suka dengannya.

Facebook yang mula dilancarkan pada Februari 2004 adalah 6 bulan lebih muda berbanding pesaing terhebatnya iaitu MySpace dan dua tahun lebih muda berbanding Friendster. Walaupun lebih muda daripada pesaing ketatnya, namun begitu Facebook telah menunjukkan kemajuan yang lebih cemerlang berbanding MySpace dan Friendster.

Laman web sosial yang dilancarkan semasa penciptanya, Mark Zuckerberg seorang yang ketika itu masih lagi belajar di Universiti Havard dalam kursus Sains Komputer. Kini, Facebook telah berjaya memikat pengguna di seluruh dunia dengan melancarkan variasi bahasa perantaraan yang digunakan untuk Facebook. Ini termasuklah bahasa-bahasa minor yang tiada di dalam MySpace mahupun Friendster.

Selain itu juga, Facebook menyediakan platform aplikasi yang menarik kepada pengguna dan juga mempunyai kemudahan yang lebih canggih berbanding pesaing terdekatnya.

Kecanggihan Facebook telah menunjukkan buktinya apabila telah menduduki ranking tertinggi berbanding laman-laman web yang sama kategori dengannya. Lihat gambar-gambar di bawah untuk melihat prestasi Facebook berbanding MySpace dan Friendster di dalam ranking laman web di seluruh dunia. Statistik ini dijana oleh Alexa.



Prestasi Facebook (warna merah) dalam tempoh dari setahun lalu





Prestasi sejak 6 bulan lalu.





Kedudukan semasa Facebook di ranking ke-4 dunia





Prestasi semasa MySpace di ranking ke-10 dunia





Prestasi semasa MySpace di ranking ke-68 dunia



Prestasi ini sudah menunjukkan kuasa pengaruh Facebook di seluruh dunia. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Walaupun dilihat pengguna Malaysia merupakan ketiga tertinggi selepas Filipina dan Indonesia untuk laman sosial Friendster, namun Facebook tetap memegang rangking di tempat ke-3 di Malaysia berbanding Friendster (7) dan MySpace (11).

Tambahan pula, banyak badan organisasi, pemimpin, media dan sebagainya menggunakan platform Facebook untuk mendekati kelompok sasaran mereka berbanding menggunakan Myspace ataupun Friendster. Buktinya ialah seperti U-Wartawan, Radio Era, Nizal Mohammad (personaliti TV3), Dato' Ismail Sabri, dan lain-lain.

Di sini, aku bukanlah mahu menjadi anti-Freindster ataupun anti-MySpace. Aku juga memiliki profil kedua-dua laman sosial tersebut. Namun, kini aku lebih aktif dengan Facebook berbanding MySpace dan Friendster. Pun begitu, aku tetap menyokong web sebegini kerana dapat meneruskan perhubungan rakan-rakan melalui internet di kala kekangan untuk berkumpul ataupun menggunakan telefon.

Sebelum itu, aku juga mahu mengenalkan kemudahan baharu dari Facebook iaitu Facebook Username. Facebook username ini lebih memudahkan pengguna untuk terus ke laman profil dengan menaip http://www.facebook.com/username.

Aku ambil contoh dari profil aku. Jika sebelum ini profil aku perlu beralamatkan sebegini - http://www.facebook.com/profile.php?v=feed&id=1295778341, tetapi kini aku boleh menggunakan alamat seperti berikut - http://www.facebook.com/fadzrulhisyam.

Kepada pengguna Facebook yang mahukan alamat untuk username sendiri, sila ke alamat http://www.facebook.com/username untuk memilih username yang dikehendaki. Ingat! Siapa cepat dia dapat dan username ini tidak boleh ditukar selepas ini.

*****

Nota kaki:
1. Add aku sekarang! Sila ke laman profil Facebook aku http://www.facebook.com/fadzrulhisyam
2. Kalau nak add untuk profil aku yang lain-lain, klik sahaja di gambar di sidebar sebelah kanan blog ini.

Post a Comment

2 Comments

  1. Bila pula blogni nak capai hit macam facebook, ya??

    ReplyDelete
  2. haha....funnny
    sedangkan chedet nyer blog pon br ranking 32000 something
    ni lak blog yg xseberape neh...
    huhuhu

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)