Khas untuk follower Fadzrulhisyam: Panduan membaiki feed update Fadzrulhisyam.

Aku telah memantau beberapa blog yang menjadi follower aku untuk menyemak backlink ke blog aku.

Beberapa perubahan telah aku lakukan terhadap blog utama aku iaitu Fadzrulhisyam terutamanya alamat blog ini. Perubahan alamat blog ini adalah dari http://www.fadzrulhisyam.co.cc kepada http://fadzrulhisyam.blogspot.com sebagai persediaan untuk didaftarkan ke dalam domain dan hosting fadzrulhisyam.com pada masa akan datang.

Sehubungan dengan itu, beberapa masalah timbul kepada follower yang mengikuti blog aku semasa ia masih menggunakan alamat http://www.fadzrulhisyam.co.cc kerana pada masa itu, semua feed adalah diambil dari fadzrulhisyam.co.cc. Bagi follower yang mengikuti blog ini sejak sebelum alamat fadzrulhisyam.co.cc digunakan, mereka tidak akan menghadapi masalah ini.

Sepanjang pemantauan aku ke blog-blog yang menyertakan sekali update blog aku, ada beberapa blog ataupun follower yang memaparkan update yang tidak tepat.

Untuk makluman semua, www.fadzrulhisyam.co.cc telah dipindahkan alamatnya ke laman Fadzrulhisyam Home manakala laman Fadzrulhisyam menggunakan fadzrulhisyam.blogspot.com seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Disebabkan masalah yang timbul aku akan menunjukkan cara bagaimana untuk membetulkan semula feed yang sepatutnya follower aku terima.

Langkah 1:

Pastikan feed yang kamu terima di Dashboard kamu adalah bukan seperti di bawah. Feed yang salah akan menunjukkan post terakhir aku sebagai "Untitled".


Post terakhir bertajuk "Untitled" adalah feed yang salah.



Pastikan feed yang kamu terima adalah selain dari imej di atas. Di bawah ini adalah contoh feed yang sepatutnya dipaparkan selepas post bertarikh 4 Julai 2009 (Mungkin sudah berubah akibat daripada penambahan post baharu).


Ini contoh feed pada 4 Julai 2009.



Langkah 2:

Jika kamu mendapati bahawa feed yang kamu terima adalah yang salah, sila ikut panduan ini. Pergi ke Dashboard kamu dan terus ke bahagian Reading List.


Paparan pada bahagian Reading List. Ini adalah contoh paparan daripada user Ketua_Jahat.



Langkah 3:

Klik pada butang Add dan satu kotak akan keluar seperti berikut:


Masukkan URL dengan "http://" atau tanpa "http://".



Langkah 4:

Masukkan URL blog ini seperti di dalam imej di atas.

Langkah 5:

Klik pada butang Next dan satu kotak baharu akan timbul seperti berikut:


Ikut secara umum ataupun secara tidak dikenali.



Langkah 6:

Pilih mana-mana pilihan yang dinyatakan dan klik pada butang Follow. Paparan pada bahagian Reading List kamu akan memaparkan post terbaru aku. (Imej di bawah adalah contoh post pada 4 Julai 2009.


Paparan yang akan keluar pada Reading List setelah proses selesai.



Bagi sesiapa yang meletakkan Blog Feed ataupun Blog List di blognya sendiri, pastikan feed yang dipaparkan adalah blog Fadzrulhisyam dengan tajuk post terbaru.

Jika feed yang dipaparkan adalah seperti di bawah ini, maka anda perlu membetulkannya.


Paparan yang tidak tepat.


Imej di bawah adalah contoh kepada feed yang tepat telah dipaparkan. (Contoh diambil pada 14 Julai 2009)


Paparan yang tepat.


Kepada mereka yang memaparkan feed yang tidak tepat, sila ikut langkah-langkah ini.

Langkah 1:

Klik pada Layout blog kamu, ataupun klik pada simbol jika kamu edit terus pada blog. Satu kotak akan terpapar seperti pada imej di bawah.


Paparan yang terhasil setelah Layout diklik.


Langkah 2:

Klik pada butang Add To List dan satu kotak baharu akan keluar seperti di bawah.


Kotak dialog yang keluar.


Langkah 3:


Masukkan alamat blog Fadzrulhisyam - fadzrulhisyam.blogspot.com seperti yang dipaparkan di bawah.


Boleh dengan "http://" atau tanpa "http//".


Apabila selesai, satu nama Fadzrulhisyam akan terpapar di senarai blog yang ada. Contoh adalah seperti di bawah.


Nama blog Fadzrulhisyam akan dipaparkan.


Langkah 4:

Apabila sudah selesai, klik pada butang Save. Pastikan feed yang dipaparkan adalah seperti di bawah (contoh diambil pada 14 Julai 2009).


Paparan yang akan keluar pada Blog List setelah proses selesai.



Apabila kamu telah membaiki semua seperti yang ditunjukkan di atas, kamu akan dapat mengikut perkembangan semasa blog aku.

Terima kasih untuk masa anda. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Post a Comment

1 Comments

  1. okeh...settle...patut r x da post baru dari ko...igtkan tenet UMP blog blogspot..hehehe

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)