Malam tadi aku, Kucai, Hafizah dan Sapiah berseronok di lorong boling hingga tercabut tangan dan di karaoke jamban di Berjaya Megamall. Kemudian, pula melantak sepuas-puasnya sampai mabuk di Taman Sepakat dengan jus minuman gelas besar bersaiz 2 liter. Masa pulang pula, dah lewat. Seperti biasalah, mesti ikut jalan belakang untuk balik ke kampus. Tiba-tiba, adalah pula pengawal keselamatan yang menjagaa malam-malam ni... biasanya tak ada. Rupa-rupanya cuma mahu membuat pencegahan penularan H1N1 sahaja. Nak elak pelajar yang belum membuat penapisan terlepas dari penapisan ujian H1N1. (aku lulus ujian... aku sihat)
Perkara di atas bukanlah perkara yang nak aku katakan. Apa yang nak aku katakan adalah, aku menerima jemputan dari kawan aku untuk mengajar tentang Linux dan perisian Open Source di bawah program yang dirancang oleh FSKKP - Fakulti Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian.
Linux? Open source? Ajar? Alamak! Inilah empat perkara yang terpacul dari benak pemikiran aku. Aku bukannya tak taku, cuma aku tak menguasai sepenuhnya tentang perisian terbuka ini. Aku cuma boleh membantu untuk mengajar cara penggunaan, aplikasi dan beberapa perkara minor sahaja tentang perisian termuka sedangkan trick utama perisian terbuka adalah mengenal subjek fail, mengenal sistem operasinya, mengenali variasi pemprosesan, aplikasi, susunan data, pengkalan data dan paling hebat adalah memprogramkan semula perisian terbuka ini untuk menjadi lebih baik mengikut cara kita, dan kita boleh menyebarkan perisian itu dengan sah.
Perisian terbuka ini adalah berbeza dengan konsep Windows. Perisian terbuka membenarkan kita menggunakan semua perisian mereka secara percuma dan muat turun semua perisian tersebut adalah sah di sisi undang-undang informasi dan multimedia di seluruh dunia. Malah, kita juga digalakkan untuk memperbaiki versi perisian terbuka ini dengan melakukan pemprograman semula dan kita dibenarkan untuk menyebarkan ke seluruh dunia. Inilah yang tidak boleh kita lakukan kepada perisian keluaran Microsoft Corporation. Setiap perisian mereka adalah hak cipta mereka dan penggunaan perisian mereka tanpa lesen sah adalah haram (illegal).
Kepada semua yang masih belum mengetahui tentang perisian terbuka ini, perisian Mozilla Firefox yang kamu gunakan ini adalah salah satu contoh baik perisian terbuka yang kamu sedang gunakan. Bagaimana kita boleh tahu? Mudah sahaja. Kamu mendapatkannya di internet dengan memuat turun installer secara percuma dan kamu boleh menggunakannya dengan segera. Berbeza pula dengan Internet Explorer 7 dan ke atas kerana untuk install IE yang terbaru, kita perlu ada pengesahan lesen sah dari Microsoft dahulu. Itulah sebabnya mengapa ada sesetengah komputer ada muncul notification tentang 'Windows Genuine Advantage'. Ini bermakna anda menggunakan perisian Windows anda secara illegal.
Aku juga tak terlepas dengan menggunakan perisian yang dikeluarkan terutamanya oleh Microsoft Corporation secara illegal, kerana harga setiap perisian adalah terlalu mahal dan setiap perisian dijual secara berasingan. Bayangkan jika harga Windows sahaja sudah mencecah RM600, untuk menggunakan Microsoft Office secara halal memerlukan kita mengeluarkan lagi RM300. Ini baru sahaja dua perisian, sudah memerlukan hampir RM900. Bagaimana pula jika kita perlu untuk menggunakan lebih banyak perisian penting untuk kegunaan komputer kita agar berfungsi lebih baik. Pada waktu ini, barulah perlu mencari perisian luar lain yang diperlukan seperti Nero (RM70++), Adobe Photoshop CS4 (RM 3200), dan banyak lagi perisian-perisian lain.
Disebabkan oleh itulah, lahirnya perisian terbuka yang kesemuanya adalah PERCUMA. Tak percaya? Ya, percuma. Biar aku nyatakan satu contoh di sini, kita menggunakan sistem operasi Linux seperti Ubuntu 9.04 dengan percuma. Menggunakan perisian office mereka iaitu Office.org yang mirip seperti Microsoft Office juga percuma. Perisian terbuka juga menyediakan pelbagai perisian tambahan yang juga percuma keseluruhannya. Malah, jika kita menyebarkan perisian ini tanpa pengetahuan pengeluar juga adalah dibenarkan, malah penyebaran ini adalah digalakkan! Untuk bonus, sistem operasi perisian terbuka ini tidak memerlukan perisian Antivirus! Benar! Perisian Antivirus adalah tidak diperlukan kerana sistem operasi perisian terbuka ini adalah kebal dari virus-virus komputer! Malah, kebarangkalian kejadian komputer anda hang adalah amat kecil!
Nah, banyak yang dah aku bebelkan tentang perisian terbuka ini. Namun, tak banyak yang boleh aku ajarkan kepada semua. Kamu kena alami sendiri, barulah dapat tahu bagaimana rasanya menggunakan sistem operasi perisian terbuka.
*****
Nota kaki:
1. Agak terkejut menerima jemputan ini, tetapi agak bangga kerana aku bukanlah pelajar dari FSKKP, aku cuma pelajar dari FKM.
2. Aku ditawarkan dengan sejumlah bayaran yang terlalu besar untuk aku mengajar sedangkan aku hanya tahu sedikit sahaja ilmu tentang perisian ini.
2 Comments
brapa dpt?
ReplyDeletebest giler!!
anyway, do ur best keh.
pluang itu~.
smpi ati g men bowling xajak aku...
ReplyDeletekecik ati..
:(
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji