Tambahan pula, laptop aku masih lagi di dalam proses baik pulih dan masih lagi dalam tempoh servis. Kepada kawan-kawan yang cuba menghubungi aku melalui Friendster, Facebook, mahupun MySpace; janganlah kamu nak saving sangat. Hantar sahaja SMS ataupun call sahaja. Jangan risau, aku sememangnya telah menyediakan kredit yang secukupnya untuk membalas SMS kamu semua bagi menggantikan cara menghubungi aku sementara ini. [buat masa ini, aku pemurah sedikit, apabila masalah ini semuanya berakhir, aku akan jadi kedekut semula... haha]
Kepada yang merindui update dari blog aku, janganlah kau tunggu kehadiranku untuk masa ini, aku takkan kembali untuk jangka masa dekat ini. Mungkin tiga purnama lagi, aku akan kembali. Kalau aku tak kembali juga, kau carilah pengganti tempatku. Aku reda dengan ketentuan Tuhan kepada kita. [mood sedih]
*****
Nota Kaki:
1. Sepatutnya ada panduan membuat 'setting' semula untuk 'backlink' ke blog aku, tetapi 'publishing' terpaksa ditunda kerana masalah internet.
2. Semasa aku menulis post ini, aku sedang makan nasi goreng dan mendengar lagu ST12-Puspa.
3. Apa pendapat kamu jika aku memegang watak lelaki dalam lagu ini? Wajar atau tidak?
4. Semangat membara nak 'mengusha' freshie di KK1 dan KK3.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji