Ajuk, merajuk... pujuk?

Inilah perkara yang tak aku hairan jika berlaku kepada semua orang. Namun, kita mesti tahu, apa beja ajuk, merajuk dan pujuk. Aku pasti kamu tahu perbezaan ketiga-tiga istilah ini.

Namun begitu, dalam situasi aku sekarang, ajuk yang telah aku lakukan bukanlah makna bagi 'Ajuk I' dalam Kamus Dewan DBP. Ajuk dalam situasi aku adalah makna 'Ajuk II'. Sila klik di SINI untuk mendapatkan apa maknanya satu istilah dua makna ini.

Kisahnya bermula di laman sosial Facebook (Maaf, aku sudah jarang menggunakan Friendster. MySpace aku pula sudah bersawang dan berhabuk). Aku sengajalah mengajuk seorang budak yang bernama Merah Jambu (nama samaran) ini. Halnya, aku cuma mengajuk dia ini seorang yang materialistik.

Berpunca dari situlah mulanya kes merajuk apabila aku mengajuk dengan mahu membiarkan sahaja dia bersedih kerana mengatakan dia materialistik.

Masalah ini bukanlah besar mana pun. Namun, bagi aku tetap memberikan masalah yang agak besar kepada aku kerana melibatkan aktiviti memujuk. Memujuk bukanlah kepakaran utama aku walaupun aku boleh memujuk kanak-kanak (atau aku memberikan istilah budak kecil) yang berumur kurang tujuh tahun. Namun begitu, orang yang perlu aku pujuk ini adalah remaja 19-20 tahun (istilah yang aku berikan adalah budak besar). Aku tak pakar mengendalikan budak besar ini.

Pernahkah kamu mengalaminya? Situasi memujuk apabila seseorang merajuk. Bagi sesetengah orang, perihal memujuk adalah kepakaran mereka dan bagi sebahagian orang lagi, memujuk adalah sesuatu yang mustahil bagi mereka.

Aku menulis di sini bukanlah mahu merungut kerana perlu memujuk ataupun ada orang yang merajuk, tetapi hanyalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman, tips, ataupun cara untuk memujuk orang yang merajuk. Kepada yang pernah merajuk juga, mungkin boleh berkongsi pengalaman sekali di sini.

Aku bukanlah tak boleh langsung memujuk, cuma tak pandai untuk memujuk dengan efektif. Mungkin kerana cara memujuk aku lebih dengan cara main-main. Lalu dianggapnya aku hanya main-main sahaja dalam memujuk. Akhirnya, dia terpaksa memujuk diri sendiri dari merajuk.

Kawan-kawan, aku memerlukan tips dari kamu semua, bagaimanakah caranya untuk memujuk budak besar dengan mudah, ringkas, dan efektif? Dalam situasi aku, budak besar itu adalah seorang perempuan. (Mungkin ada cara yang sukar, aku mahu tahu juga).

Lagi satu persoalan. Mengapa seseorang itu suka merajuk? Tambahan lagi kepada orang yang sama sahaja. Dia tidak pula merajuk kepada orang lain. Ada teori menyatakan dia mahukan perhatian dari orang yang dia rajuk. Apakah itu benar?


*****
Nota Kaki:
1. Kepada Kucai, kau tahu siapa budak ni.
2. Kalaulah perempuan tak merajuk (kepada aku - kepada orang lain aku tak kisah), tak adalah aku menyukarkan diri untuk memujuk.
3. Aku juga pernah merajuk, tetapi bukan kerana mahukan perhatian dari mana-mana orang (terutama yang berlainan jantina dari aku), aku merajuk kerana masalah besar yang melibatkan hal-hal pengurusan dan masalah dalaman organisasi.



Inikah muka orang merajuk?





Atau ini?



Post a Comment

10 Comments

  1. hoho
    hodoh la muke org merajuk
    especially yg kat ats tu
    huhu
    tp sejujurnya, nape pompuan ske majuk tu,
    sy pun xtw. hehe
    sbbnye, sy bukan jenis itu.
    tp, kalo nak pujuk tu
    cube seperti yg berikut:
    1.cuba wat dia gelak
    hehe
    i mean like pujuk dia dgn somting yg funny
    kalo dia dah gelak tu, tandanya +ve
    green light
    2.tanya si dia majuk sbb ap, bila dh tahu tu, beri penjelasan kepadanya
    3. bg surprise
    last..
    4. minta maaf kpdnya andainya perbuatan kita itu wat dia merajuk.
    hek3
    p/s: itu je la yg guer dpt bantu pun.huhu

    ReplyDelete
  2. hmm payah ni kalu kes merajuk...nad ni kategori kalu merajuk, merajuk panjang until ada org yg pandai pujuk memujuk..haha
    tapi da besar ni, malas la nak merajuk..kn pandai pujuk dirila skg..

    Cara nak pujuk eh, tips yg purplez bg tue bernas gak
    bg nad firstly, try mntk maaf kat die,try tanye nape,pas da taw punca, juz gurau2 bg die gelak ke, or at least bg die something,

    erm mcm cute msg ke or things ke..insyallah sejuk la nt..

    erm x taw la ble pkai ke x nie..hehe

    ReplyDelete
  3. @5217347694439388712.0
    Ok I'll try something...hehe

    btw, lupe nak bagi tau yg dia ni dah ade pakwe...huhu...

    camne lak tu ek?

    ReplyDelete
  4. @5362676592401770371.0
    Nad majuk? hehe... cmne le gaye nad majuk nih??? nak kene try buat Nad majuk nih...

    hehe...

    p/s: ni le taibat syam yg pelik, suke buat org majuk, tp xreti2 nak pujuk...haha

    ReplyDelete
  5. mebi she did it in purpose untuk tarik perhatian kot..
    no big deal...
    sesaja suka2 untuk perhatian..
    sebab aku rasa kes nye xlah besar mana..
    so ko pun tayah terikut2 okeyy..
    lama2 she'll be okey..
    tym will heal everything..
    as long as u've apologize..
    u've done ur part..
    hahaha..

    ReplyDelete
  6. macam taw je sape beliau yg dmksudkan..
    hahhahaa..

    emm..lama2 2 ok la...
    selalunye.merajuk kejap je kot...
    lama2 pon nk wat ape kan..??
    no need...no point..wasted..
    hahahhaa..

    so..buat2 c00l suda..
    hehehe

    ReplyDelete
  7. @3578412464005151806.0
    Tarik perhatian? harap2 bukan ler...haha...

    ReplyDelete
  8. @5443446784695729620.0
    Tau ke? ala...name samaran xmenjadik...hahaha...

    btol2...buat cool sudey...haha

    ReplyDelete
  9. ehem2..assalamualaikum..
    mcm tau je korg ngumpat spe..
    hati2 ye..korg sdg diperhatikan...
    hahahahah~

    ReplyDelete
  10. @~cutepinkybabygirl~
    alah....dah setle dah...
    xperlu risau2 ag dah...
    hehe

    xD

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)