Baru kejap tadi, kawan aku, Syazwan meminta aku untuk menghilangkan suara daripada lagu Tari Tualang Tiga dendangan Siti Nurhaliza semasa pembukaan Hari Anugerah Skrin TV3 2005.
Permintaan baru... dari kawan lama. Aku pernah melakukan tugas ini sebelum ini. Namun, aku bukanlah pakar dalam mengeksploitasi bunyi-bunyian. Kepakaran aku bukan pada mengendalikan bunyi-bunyi dalam bentuk digital. Aku lebih kepada merangka struktur perisian dan sedikit efek animasi.
Tak apalah, aku cuba juga.
Aku diberi satu sampel fail lagu yang dia inginkan. Fail itu dihantar melalui Skype. Aku menunggu lebih kurang 8 minit untuk menerima fail tersebut. Aku sangkakan internet ataupun Skype yang bermasalah, rupa-rupanya fail yang bakal aku terima adalah sebesar 14.3MB.
Apabila aku selesai menerima fail. Aku teruslah mencuba untuk melakukan tugas-tugas yang perlu untuk mengasingkan audio suara daripada lagu tersebut.
Apabila aku cuba untuk melakukan tugas, aku terkejut dengan kualiti lagu tersebut. Bukan kerana bunyinya teruk, tetapi peak frequency lagu tersebut terlalu rata! Sehinggakan tak ada perbezaan frekuensi tinggi dan rendah! Kalau begitu keadaannya, aku takkan boleh mengasingkan bunyi suara dan lagu kerana tiada variasi frekuensi dalam lagu tersebut!
Seperti yang kamu lihat di atas. Tiada perbezaan frekuensi tinggi dan rendah. Maka, aku tak dapat menapis frekuensi untuk suara Siti Nurhaliza dalam lagu tersebut. Aku telah cuba untuk menapis frekuensi suara Siti Nurhaliza, hasilnya yang tinggal ialah frekuensi yang terlalu rendah dan hampir-hampir menjadi mute.
Maka, hasilnya adalah gagal.
*****
Nota kaki:
1. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu digital. Kepada yang tak faham akan penerangan aku di atas, buat-buat faham sajalah, ya!?
2. Ubah suai gambar lebih mudah dari ubah suai bunyi.
8 Comments
cuba try pakai sony vegas studio.buleh punye..tp tk 100% la..
ReplyDeletehebatlah tuan hamba... kagum patik... hikhik
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteUrm...nanti try cube...tp skang neh, xde ag installer software tuh...
xpe, nanti2 la cari...
@Adeq Abang
ReplyDeleteApalah yang hebat sangat pada hamba...kalau usaha kerjanya gagal...
haha
@Fadzrul Hisyam
ReplyDeleteXpe... yang penting, usaha... tapi kire hebatlah... pasal tuan hamba tau macam2... Zaman teknologi sekarang, yang satu hari dunia kita = 1 jam dunia komputer, kire amazing lah tuan hamba tau banyak mende... AMAZING!!! Lenkali kalu papehal pasal komputer, buleh lah patik mintak tolong tuan hamba! haha
@3587192656979385678.0
ReplyDeleteHuhu...bukan semuanya hamba tahu...
kalau tahu pon stakat sikit2... bukan keseluruhan...
bak kata orang...stakat SPM la...bukan master pon...kalu tinggi pon mayb dip or deg...
lol
hoho
ReplyDeleteni dah masuk bab multimedia nih.
anyway, gne ape tuk view frekuensi tu?
@PurPleZ
ReplyDeleteHeheh...multimedia...memang memeningkan...hehehe...
Yg ni pakai Nero WaveEditor...ade gak try pakai Sony Sound Forge, tapi still xdpt gak...
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji