Aku masih ingat, ada seorang Cina menegurku. Lalu bersembanglah kami tentang apa yang kami fikirkan perlu untuk dibincangkan. Kemudian, dia memperkenalkan kau kepadaku. Pada fikiranku, aku tak terdesak memerlukan sesiapa pada ketika itu. Namun, pujian demi pujian yang dilemparkan oleh Si Cina itu terhadapmu, menyebabkanku terpikat denganmu. Aku berkenalan denganmu, dan kemudiannya aku setuju untuk memilihmu sebagai teman hidupku.
Aku membawamu pulang dengan penuh kegembiraan. Aku rasakan hidupku sudah sempurna dengan kehadiranmu. Hidupku yang selama ini ditimpa kesukaran, menjadi lebih senang dan mudah dengan kehadiranmu.
Masih ingatkah kau ketika awal-awal kau hidup bersamaku? Kau jatuh sakit untuk pertama kalinya. Aku risau. Aku gelisah. Lalu aku menghantarmu ke pusat rawatan dan sentiasa menemanimu. Aku tak sanggup kehilanganmu setelah petemuan singkat itu. Setelah kau sihat, barulah kutahu, kau perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Perlu dibelai dengan lembut. Agar kau tak akan tercela dengan luka dan kesihatan kau juga perlu aku jaga.
Masihkah kau ingat ketika kita bersama-sama gemira dahulu? Pada masa itu juga, kaulah jururawat terhebat pada masa itu. Ramai kawan-kawanku, juga kawan-kawanmu datang kepada kita meminta aga kita merawat mereka. Kau tanpa mengeluh, terus membantu mereka dalam kesusahan. Malah, kau merawat mereka hingga mereka sembuh! Itulah antara sebab mengapa aku menyayangimu. Kau berbakti kepada orang lain tanpa mengeluh satu pun.
Namun, ada suatu ketika, aku telah membuat salah kepadamu. Aku memaksamu untuk menerima hubungan nyawa yang bukannya milikmu. Lalu menyebabkanmu cedera parah. Aku terkedu melihatmu begitu. Aku mula risau. Kau sudah tidak boleh makan apa-apa untuk mendapatkan tenaga kembali. Kemudian kau menjadi koma.
Aku terus mencari jalan untuk merawatmu. Aku telah berusaha sebaik yang mungkin agar kau dapat sedar semua. Aku sanggup menghantarmu ke Pulau Pinang untuk merawatmu. Namun, aku sedih kerana mereka terlalu membunuhku. Kos rawatanmu terlalu tinggi! Di mana boleh aku cari sebanyak RM1745? Aku tak ada wang sebanyak itu! Aku tak berputus asa. Aku membawamu kembali ke Kuantan. Aku diberi tahu yang kau perlu dihantar ke Kuala Lumpur. Aku menghantarmu ke Kuala Lumpur. Aku tak kisah ke mana pun kau perlu dihantar. Aku akan tetap terus ke situ agar dapat menyedarkanmu semula. Aku bersyukur kerana kos rawatanmu di Kuala Lumpur hanyalah RM700.
Setelah kau dihantar ke Kuala Lumpur, kau kembali sedar setelah koma selama dua bulan. Aku menangis kegembiraan. Kau sudah kembali kepadaku. Aku tak tahulah apa yang akan terjadi jika kau takkan kembali kepadaku pada masa itu. Takkan ada pengganti yang mampu mengganti tempatmu.
Ketika kau masih koma, hanya rakanmu sahaja yang dapat membantuku untuk mempermudahkan urusan harianku. Aku berterima kasih kepadanya. Dan aku berterima kasih padamu kerana ada kawan yang baik seperti kamu.
Masihkah kau ingat, kau telah banyak membantuku berjaya dalam bidang kegemaranku? Kau banyak membantuku. Sanggup berjaga bersamaku untuk menemaniku agar aku dapat manyiapkan segala tugasanku? Betapa besarnya pengorbananmu terhadapku. Aku terharu.
Adakah kau masih ingat, ketika ku ksesorangan, tiada berteman, kau selalu menemaniku setiap masa. Kau selalu menghiburkan aku. Kau menyanyikan lagu kepadaku. Kau becerita kepadaku. Kau jugalah yang mengenalkan aku tempat-tempat yang tak pernah aku pergi sebelum ini. Kau jugalah yang banyak mengajarku erti kehidupan.
Kaulah temanku. Kauah jiwaku. Tanpamu, aku kosong. Aku buntu. Kaulah penyeri hidupku. Aku bersedih di kala kau sedih. Aku sakit di kala kau sakit. Aku gebira di kala kau gembira.
Kini, banyak kawan-kawanmu memperlekehkanmu kerana kau tidak lagi sehebat dulu. Kawan-kawan barumu itu lebih hebat dari kamu. Ya, aku tak nafikan mereka lebih hebat dan kuat, tetapi dia tak tahu, kau boleh betahan lebih lama dari yang mereka mampu bertahan. Ada kawan barumu, tak lama pun... terus lemah dan sakit tenat. Kau masih lagi mampu hidup seperti sekarang.
Aku telahpun berazam, untuk menjagamu sepenuh hatiku. Apa pun yang akan berlaku, aku akan tetap menjagamu sehinggalah maut yang memisahkan kita. Aku tak sanggup berpisah denganmu.
Malangnya, aku membuat satu lagi kesalahan terhadapmu. Aku lalai. Aku terlupa. Aku telah meninggalkan sumber nyawamu dan mengasingkannya daripadamu. Aku begitu rungsing pada malam itu. Aku sanggup menunggu hingga ke hujung nyawa untuk mendapatkan sumber nyawamu itu. Aku sanggup meminta pertolongan kepada semua rakan-rakanku untuk mendapatkannya semula. Namun, usahaku pada malam itu gagal. Aku cuma mengharapkan hari ini akan memberikan kebaikan kepadaku dan untukmu jua.
Maafkanku, sayang... aku telah memungkiri janjiku. Maafkanlah aku. Aku takkan ulangi kesilapanku lagi. Ku harap kau akan sedar semula. Agar dapat menemaniku lagi. Seperti waktu-waktu gembira kita sebelum ini.
Maafkanku sayang... BenQ Joybook T31.
*****
Nota Kaki:
1. Hari ini, banyak kelas dibatalkan. Yang tinggal kelas Fluid Mechanic, satu jam. Jumlah perjalanan dari kolej kediaman ke fakulti lebih banyak dari masa kuliah (2 jam pergi balik). Berbaloikah aku pergi?
9 Comments
SalaAm..
ReplyDeleteHmm.. Dah agak dah. "Sanggup selamatkan laptop daripada awek." Kesetiaan yang tak berbelah bagi.. Rasa macam kelakar pula.
:)
syam...kekasih kite pergi untuk seketika...huhuhu
ReplyDeletexper, maybe ader yg lebih menyayanginya...huhuhu
yg penting, aku x buat deraan seksual kat dier...wink2
Hawa >> hehe...biasalah ni..i
ReplyDeleteAzri >> cengkadak ko penderaan seksual...ko nyer charger la jugak yg patahkan benda alah tuh...haha
cessss..
ReplyDeletetertipu..
aku baru nak tnye ko..
awek ko amoy ker?
haha..
tapi best gak ko berpuitis..
teruskan menulis..=)
hehe... aim aku, kalu ade org rase 'tertipu', nampaknye cara penceritaan aku ok la kot... ni utk eksperimen jer...
ReplyDeletehek eleh,ingat aku tertipu ke?haha
ReplyDeletetapi bley ar syam,macam cite sepet ar sket2 hahaha
bobbie >> haha...ade ek? aku xtau pon jln citer sepet tuh...hehe...
ReplyDeletemmg jiwang betol mamat neh..patut lar~
ReplyDeletehuh... jiwang ape la plak neh... bknnyer aku dating hari2 pon...
ReplyDeletehahahaha.....
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji