Dalam sepanjang dua minggu soalan ini disiarkan di dalam blog aku, 34 individu telah menjawab dengan memberikan jawapan yang pelbagai bagi setiap individu. Mereka juga dibenar untuk memilih antara satu hingga 12 jawapan yang disediakan. Setelah tempoh soal selidik ini tamat, keputusan akhir soal selidik ini telahpun dinyatakan di atas (sebelum dipadamkan dari blog ini).
Berikut adalah keputusan bagi soal selidik "Soalan Versi Jujur: Aku ini seorang yang...":
Baik 13 (38%) Memahami 4 (11%) Gentleman 10 (29%) Ceria & Menghiburkan 10 (29%) Bermatlamat 15 (44%) Jahat 4 (11%) Nakal 7 (20%) Gatal, miang, dsb. 7 (20%) Buruk perangai 3 (8%) Bajet lebih 10 (29%) Semua yang baik di atas 5 (14%) Semua yang buruk di atas 4 (11%)
Votes so far: 34
Berdasarkan keputusan yang diterima, jumlah undi tertinggi bagi soal selidik kali ini ialah para pengundi menyatakan aku ini bermatlamat dengan 15 undian yang merangkumi 44% daripada jumlah keseluruhan.
Jumlah undi terkecil pula menyatakan aku ini buruk perangai denga hanya tiga undian sahaja yang mengisi 8% jumlah undian.
Keputusan undi-undi lain adalah seperti yang aku nyatakan di atas.
Keputusan ini menarik perhatian aku dalam tiga perkara, iaitu bermatlamat, bajet lebih dan semua buruk di atas.
Bagi yang mengundi aku ini bermatlamat, mungkin mereka ini mengenali aku sebagai seorang yang telah menetapkan misi dan visi dalam hidup. Mereka juga mungkin mengenali aku sebagai seorang yang terurus dalam melakukan sesuatu kerja. Bagi aku, aku sememangnya mempunyai misi dan visi dalam hidup dan aku juga telah menetapkan beberapa prinsip-prinsip hidup yang perlu aku patuhi untuk berjaya. Namun begitu, aku bukanlah seorang yang terurus dalam melakukan sesuatu kerja. Aku lebih gemar melakukan kerja dalam keadaan tidak terlalu kemas ataupun terlalu terikat dengan protokol dan peraturan.
Bagi respon kepada jawapan bajet lebih, ia menarik minatku kerana inilah antara tujuan utama aku meletakkan jawapan ini di dalam soal selidik ini. 10 undian dengan peratus sebanyak 29% bukanlah satu jumlah yang kecil. Ini adalah hasil pandangan orang terhadap diri aku. Kadang kala, aku sememangnya memegang watak sebagai seorang yang sangat yakin, cakap besar dan suka mempersendakan orang. Namun begitu, itu hanyalah watak permainan aku sahaja. Aku bukanlah bersikap demikian, tetapi aku tetap benar sebagai seorang yang kadang kala terlalu yakin dengan apa yang aku lakukan.
Perkara ketiga yang menarik minat aku adalah semua buruk di atas. Aku tak dapat pastikan apakah mereka menjawab kerana benar-benar aku ini seperti yang mereka jawab ataupun kerana semata-mata gurauan kepadaku. 4 undi dengan kadar 11% adalah tinggi nilainya. Jika benarlah aku seperti yang mereka jawab dalam soal selidik ini, ada banyak perkara yang perlu aku lakukan untuk membaiki diri aku sendiri.
Aku tak kisahpun apa yang setiap keputusan yang diberikan. Malah, aku tak terasa langsung kalau semua menjawab semua buruk di atas. Aa yang penting dalam undian ini, aku harapkan mereka mengundi dengan jujurnya; bukan semata-mata untuk memuji aku, atau memburukkan aku ataupun menjawab untuk gurauan semata-mata. Aku meminjam kata-kata seorang sahabat aku, Fatiehah; "Your truth may hurt me, but your lies may kill me".
*****
Nota kaki:
1. Satu lagi kebenaran, aku ini gila komputer, gila blogging, dan gila-gila.
2. Kredit kepada Elegant WordArt untuk imej di atas.
7 Comments
yeah...
ReplyDeleteaku suka kata2 tu..
huk3x..
@fatiehah
ReplyDeletehaa...2 pasal ler aku pinjam kate2 ko... ade citation eh...aku xplagiat...
adeh.. dunia sume ni syam hehehe...
ReplyDeleteliteriture review siap lom wei..?? mlm nih dh nk dah...
@6541784840262966409.0
ReplyDeleteAlah....bising la ko kucai...literature review tuh dunia je seme nih...haha
aku dah siap la...dah print skali dah...
p/s: aku nyaris accident mase balik ke UMP...huhu...kalu x, hospital le aku...ato kubur...sbb kne gilig lori treler...
bgs2 nsib bek dh siap hehe.. (aku bkn kucai) hehe...
ReplyDeletep/s: jd pape.. bilik dpn dgn mtor diwasiatkan kpd aku yek...!! thnc..!! lap u..!! hakhakhak... ^_^
bgs2 nsib bek dh siap hehe.. (aku bkn kucai) hehe...
ReplyDeletep/s: jd pape.. bilik dpn dgn mtor diwasiatkan kpd aku yek...!! thnc..!! lap u..!! hakhakhak... ^_^
bgs2 nsib bek dh siap hehe.. (aku bkn kucai) hehe...
ReplyDeletep/s: jd pape.. bilik dpn dgn mtor diwasiatkan kpd aku yek...!! thnc..!! lap u..!! hakhakhak... ^_^
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji