Aku itu skema

Setelah sekian lama soalan survey aku disiarkan dalam blog aku. Akhirnya, tempoh undian telah tamat.

Survey yang telah ditutup adalah "Soalan tak serius: Skema sangatkah aku ni?"

Di bawah ini adalah keputusan survey yang dijawab oleh kamu semua. Perhatian, aku tak menjawab pun mana-mana soalan yang aku keluarkan sendiri. Ini adalah jawapan dari kamu sendiri.

Memang pun! Tahap gaban!
11 (28%)
Skema la juga, tapi taklah melebih
12 (30%)
Adalah sikit... buat tak nampak sudah
8 (20%)
Adalah... ciput sangat
0 (0%)
Poyo la mamat ni tanya soalan macam ni!
3 (7%)
Entah
5 (12%)

Votes so far: 39


Seperti yang kamu boleh lihat, daripada 39 undian, 12 orang (30%) menjawab aku ini skema, tetapi tak melebih, iaitu merangkumi peratusan tertinggi dalam survey ini lalu diikuti skema tahap gaban, 11 orang (28%), 8 orang (20%) buat-buat tak nampak skema aku, 5 orang (12%) tak tahu pun aku ni skema atau tak, 2 orang (7%) mengatakan aku poyo, dan tak ada memilih aku ni skema sikit sangat.

Berdasarkan pandangan aku dengan keputusan survey ni, ramai yang menganggap aku ini skema. Mungkin sebab dengan membaca cara penulisan blog aku ni, mereka anggap aku skema. Untuk pengetahuan, aku cuba bersungguh-sungguh untuk menggunakan bahasa Melayu standard yang terbaik dan pada masa yang sama tidak menghilangkan daya penarik lenggok bahasa dengan menggunakan sedikit bahasa Melayu moden dan sedikit bahasa Inggeris. Aku tak mahu menjadi seorang yang berkata sayangkan bahasa Melayu, tetapi sendiri juga yang merosakkan bahasa sendiri.

Aku bukanlah skema mana pun. Aku hanya biasa-biasa sahaja. Aku ikut peraturan, aku juga kadang kala tidak mematuhinya.

Tak kisahlah sama ada aku ini skema atau tidak di pandangan mata kamu, yang pasti, aku tak melanggar prinsip diri aku sendiri.

*****
Nota kaki:
1. Siapa nak gelak bila tahu orang kata aku skema? Silakan...



Nerdz Rules!



Post a Comment

6 Comments

  1. alamak, adkah purplez itu telah merosakkan bahasa malaysia??
    huhu
    p/s:tepuk diri sendri r mau tw. hek3

    ReplyDelete
  2. @PurPlez
    Erm...tak kate sesape...hehe... sape makan megi, dia yg rase sedapnye...

    ReplyDelete
  3. skema2..ape ciri2 dak skema? pkai spek ke? nad pun pernah terkena pabggil nerd ni..wat lek sudey..haha

    ReplyDelete
  4. @Nadzirah
    Ntah ler camne diorg classify skema tuh camne...unclassified kot...haha

    p/s: org kate laki yg pakai speck nih look smart and intelligence... also look more handsome...lol

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)