Pos ini aku tulis betujuan untuk menyatakan 1001 perkara yang ingin aku luahkan berdasarkan kata adjektif (atau apa-apa kata ikut suka hati aku). Walaupun tak sampai 1001 jumlahnya, korang faham-faham sajalah maksudnya. Janganlah lumpy sangat sampai tak reti maksudnya.
Dalam menyambut perayaan tahun ni, banyak perkara yang dah berlaku. Pastinya ada yang boleh dikaitkan dengan sesuatu atau seperkara. Ini semua berkisah dengan apa yang dah terjadi kepada aku dan tak ada kaitan dengan orang lain melainkan aku nyatakan sendiri. Korang tak payahlah memandai nak tergedik-gedik ya.
|| AMARAN: Pos ini mengandungi bahasa-bahasa setaraf 18SGXPLA iaitu lebih berbahaya daripada tapisan filem di Malaysia. Oleh itu, kematangan minda dan juga empunya mata dan akal perlu pandai mempertimbangkan sebaiknya. Sangat berbahaya kepada ibu mengandung, penghisap gam, syabu dsb, serta mereka yang mengalami masalah peranakan kelas 2 dan kanser perut kelas 5 serta mengalami kekejangan pankreas yang menyebabkan pening-pening dan muntah-muntah apabila membaca pos ini. P/s: susunan tidak mengikut kronologi tetapi ikut suka hati aku. ||
Menyeramkan:
Berada di tandas luar di kampung aku. Tambah-tambah lagi ketika tengah-tengah malam di kala perut memulas-mulas seperti perahan jus limau dan juga tembikai. Manjadikan suasana hari raya menjadi sunyi dan kelam serta terasa dekat kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dalam tandas pun boleh berzikir dalam hati.
Menggerunkan:
Memandu pada waktu malam dan sewaktu hujan dan juga jumlah kenderaan adalah 7 kali ganda lebih banyak daripada biasa. Perasaan gerun semakin membuak-buak apabila memandu di Lebuh Raya Karak iaitu jalan yang bersimpang siur dengan suasana yang amat kritikal dengan sejarah yang pernah berlaku di kilometer 72.1 arah ke Karak iaitu tempat aku mengalami kemalangnan akibat kegagalan tayar dan jalan raya untuk menghasilkan friction yang secukupnya untuk menghalang kereta aku mencium punggung kereta orang.
Membingitkan:
Apabila adalah anak orang ni nak sangat mandi di air terjun Lata Kinjang, apabila ayahnya kata 'nanti', dia mengangis hingga menghasilkan jeritan berfrekuensi tinggi dan menyebabkan kebingitan yang amat sangat dan rasanya boleh menyebabkan kaca-kaca serta kesabaran seseorang itu pecah.
Memenatkan:
Memandu sejauh 500km dari Kuantan, Pahang ke Tapah, Perak.
Menyakitkan:
Kaki aku selepas bermain futsal akibat daripada kaki melecet teruk dan dibentes di bahagian lutut, dan buku lali kaki kiri. Bahagian yang melecet menggelembung dan apabila aku memandu kereta manual yang memerlukan kaki aku memijak clutch menyebabkan bahagian kaki aku yang menggelembung itu pecah dan mengeluarkan cacair yang aku tak tahu apa komposisinya.
Memeningkan:
Apabila aku perlu melayan tetamu-tetamu yang aku tak kenal sangat dan aku tak ada point untuk berkata apa-apa kepada mereka.
Mengecewakan:
Daripada banyak yang datang ke rumah di kampung, aku cuma dapat kesan 2 orang sahaja anak dara cun yang comel serta ayu dan menarik.
Menarik:
Kejadian ini berlaku di rumah kakak aku di Shah Alam. Ada tetamu yang hadir sekeluarga dengan anak-anak mereka yang ada yang sudah mencecah ke alam remaja. Tiba-tiba si anak-anak lelaki dan perempuan dari yang paling muda (tak ingat berapa tahun) hingga ke paling sulung (dalam sekolah menengah rasanya - perempuan) datang kepadaku lalu bersalaman dan mencium tangan aku. Aku berasa pelik seketika. Kemudian, barulah aku perasan, mereka anak saudaraku. Anak kepada abang dan kakak tiri aku yang aku tak tahu berapa banyak lagi adik beradik tiri yang aku ada. Nak tahu ceritanya? Tanyalah aku. Hint: Aku bukan sekadar ada 6 orang adik beradik.
Menyedihkan:
Tak dapat join Azri and the gang berkonvoi raya dari Kuantan ke Kemaman akibat pertukaran jadual perjalanan di saat akhir.
Kerinduan:
Akhirnya aku bertemu semula dengan kawan-kawan lama aku yang sudah lama tak bertemu sejak selepas UPSR. Kira-kira lapan tahun lalu. Aku beraya bersama mereka mengelilingi kawasan Sungai Isap dan Bukit Rangin.
Facebook:
Kisah jejak kasih ini bermula daripada 'pertemuan' semula di Facebook. 'Mesyuarat' menggunakan group message telah mempertemukan semula kami walaupun tidak dihadiri oleh beberapa ahli lagi yang ada urusan lain yang terpaksa mereka uruskan.
Anak dara:
Sejak aku terputus hubungan dengan kawan-kawan sekolah rendah aku, mereka semua masih lagi spesies yang innocent. Kini, apabila aku bertemu semula mereka ini... cannot say more lah... nanti ada yang kembang hidung pula nanti.
Musuh lama:
Dahulunya, dia ini selalu menjadi mangsa gaduh dengan aku. Mesti ada sahaja yang menjadi point pergaduhan. Tambahan pula, pastinya aku perlu 'mempertahankan' diri kerana aku masih kecil pada masa itu. Kini lapan tahun kemudian, musuh lama telah aku ketemu, cuma tak banyak point yang boleh aku cari untuk jadikan topik pergaduhan. Cuma, dia suka mengungkit perangai buli aku kepada seorang 'budak kelas belakang yang dihantar ke kelas hadapan' dan dijaga di bawah penjagaan aku. Untuk perhatian wahai Aisyah, aku tak membulinya cuma aku melakukan sesuatu yang boleh menggembirakan aku sahaja. Faham?
Lupa:
Macam manalah aku boleh lupa nama kawan aku... memang selalu pun aku begini. Sedangkan kawan yang aku jumpa kelmarin pun boleh lupa namanya, inikan kawan yang sudah 8 tahun tak berjumpa. Maaf ya, Atikah... atau Afikah??? Lupa lagi... huh!
Buli:
Riduan a.k.a Bear iaitu salah seorang mangsa buli aku dan kawan-kawan aku di zaman pra-jahiliah juga telah aku jumpa semula sejak aku tak pernah bertemu dengannya sejak aku berpindah ke Sekolah Berasrama Penuh semasa di Tingkatan Empat. Dia sekarang sudah bekerja dan sudah bertunang. Aku pula? Masih single and available. Walaupun sudah bertaubat dari pembulian, tetapi secara tiba-tiba, kata-kata pedas aku sentiasa terkeluar 'menghentam' Bear. Tolong jangan tanya mengapa.
Singa Tua:
Aku punca terhasilnya nama ini kepada seorang kawan aku ini. Namanya Izzati. Namun begitu, akibat keterlaluan aku dan dia terjerumus ke kancah perang mulut (korang jangan fikir kancah maksiat pula), aku menamakan dirinya dengan nama Singa Tua. Walaupun setiap kali bertemu akan mengakibatkan perang mulut berlaku di kalangan aku dan Izzati, dia tetap akan kalah. Dia pernah berkata, "Tak boleh berjumpa dengan korang berdua ni (aku dan Syed), kalau berjumpa mesti nak bergaduh saja." Dia berkata sedemikian, sebelum tu, merayu-rayu nak jumpa dengan aku sangat. Walau apapun, dia tetap salah seorang bestfriend aku. (p/s: dia menangis semasa aku meninggalkan sekolah lama untuk berpindah ke sekolah baru... katanya, dia berebut surat wasiat aku? Orang ceritalah...)
Kemenangan:
Di sebalik Hari Raya Aidilfitri aku sambut meraikan hari kemenangan umat Islam, Aidilfitri ini juga aku sambut untuk meraikan kemenangan Manchester United kepada Manchester City dengan 4 gol berbalas 3. Michael Owen menjadi wira kemenangan.
Membosankan:
Walaupun menyambut Hari Raya, ada juga ketikanya aku bosan kerana terperap sahaja di rumah. Aku menghilangkan bosan dengan bermain permainan komputer sepuas hati.
Kosong:
Walaupun rumah aku dihadiri oleh tetamu-tetamu yang datang beraya, blog aku tetap kosong dengan jumlah pelawat sekitar 2 hingga 6 pelawat sahaja sepanjang minggu ini.
Mendebarkan:
Tali beg laptop aku terputus dan menyebabkan beg laptop yang aku sandang terjatuh dengan serte merta dari ketinggian ±150 sentimeter (antara pinggang ke bahu) ke lantai dengan pecutan graviti 9.81 m/s^2 dengan jisim beg laptop yang berisi dua buah laptop di dalamnya sebanyak ±3.5 kilogram. Kedua-dua laptop dan external hard disk aku terselamat dari jatuhan tersebut.
Duit Raya:
Tahun ini aku tak memberikan duit raya kepada anak-anak saudaraku dan sepupu-sepupuku yang masih kecil kerana aku tahun ini pokai secara total.
Durian:
Aku ke dusun durian atuk aku untuk mencari durian kalau-kalau ada yang gugur untuk dibuat jamuan berbuka puasa. Nampaknya tiada durian yang gugur pada hari itu dan akhirnya durian yang dibawa pulang adalah durian yang dibeli di tepi jalan. Hahaha...
3 jam:
Inilah tempoh paling lama aku beraya di rumah orang iaitu di rumah Izzati. Dari pukul 10 malam hinggalah ke pukul 1 pagi. Kerjanya berborak, berperang mulut, dan... aku dah lupa apa yang berlaku malam tu.
Pasangan:
Cakap pasal pasangan, Bear dah bertunang. Walaupun dirinya sebegitu rupa, tetapi dia laku. Berlainan pula dengan aku, masih single and available. Izzati asyik suruh aku cari girlfriend tetapi jawapan yang selalu aku beri adalah "rilek sudah". Walaupun terpaksa keseorangn di rumah di kala ahli rumah aku semuanya berdating dengan buah hati masing-masing, bagi aku, "rilek sudah". Macamlah aku mati kalau tak ada girlfriend.
Shell:
Walaupun berhari raya, aku tetap perlu menguruskan pendaftaran untuk pasukan universiti aku ke pertandingan Shell Eco-Marathon. Apa itu Shell Eco-Marathon? Silalah Google.
Telefon bimbit:
Motorola V3x aku mengalami masalah teknikal tahap cipan anak kembar 3 apabila mengalami masalah untuk register network, kegagalan untuk terus hidup setiap kali aku menghantar sms ataupun mendail serta kegagalan untuk terus berfungsi seperti handphone yang normal.
Rambut:
Rambut aku sudah panjang dan lama juga aku tak memotongnya. Sampaikan mama berkata kepadaku, "dah macam komunis". Hahaha...
Misai:
Aku cukur misai, orang kata aku jambu. Aku simpan misai, orang kata tak suka aku ada misai. Apa boleh aku buat? Haa... mungkin aku boleh simpan misai kontot ala Adolf Hitler ataupun Charlie Chaplin untuk memuaskah hati kedua-dua belah pihak. Bagi aku, kalau aku rajin mencukur, aku cukurlah misai aku, kalau aku malas, aku simpan sahaja.
Berbuka Puasa:
Semasa dalam perjalanan ke kampung, kami sekeluarga berbuka di RNR Gambang. Disebabkan ketandusan meja makan, kami 'berkelah' sahaja di atas lantai. Mudah dan pantas.
Gambar:
Wah, korang! Mana gambar aku? Kata nak hantar ke emel aku ataupun nak tag muka aku dalam gambar tu kat Facebook! Aiseyman...
*****
Nota Kaki:
1. Tahun depan aku nak buat plan jumpa semua kawan sekolah lama aku.
2. Nak nyanyi sikit... siapa bilan gadis Melayu tak menawan. Tak menarik hati tiada memikat... (p/s: cun juga kalau amoi pakai baju kurung.)
3. Aku masih perlukan masa selama lebih 7 tahun 6 bulan 12 hari 13 jam 45 minit 12.33 saat untuk aku memikirkan tentang bakal jodoh aku. Biarlah aku dah frust banyak kali. Rilek sudah.
4. Gelaran kawan seolah rendah aku adalah SeKSIans kerana mereka semua adalah SeKSI. Dan juga aku. Untuk info, sila search SeKSI 2001 di Facebook.
5. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!!!
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji