Apakah ini kerana mata?

Sekembalinya aku ke kampus, aku tak dapat mengemas kini blog aku seperti yang aku rancang kerana masalah teknikal yang berlaku di blok tempat aku tinggal sekarang. Kini, aku sudah dapat mencapai internet semula.

*****

Siapa kata mata itu tak penting? Mestilah penting. Semua memerlukan mata. Bukan sekadar untuk melihat, tetapi untuk melengkapi kesempurnaan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.

Kalau berkata tentang mata, pastinya banyak perkara boleh berlaku hanya kerana mata. Bukan mata-mata... itu mata-mata panggilan untuk polis masa zaman Jepun dulu....

Aku nak berkongsi beberapa perkara yang berlaku disebabkan oleh mata aku yang digunakan secara baik ataupun sangat baik. Hehehe...

1. Disebabkan oleh kerana mata yang cepat bosan, karangan jurnal untuk aku buat research yang terlalu panjang telah membosankan aku dan mengkelabukan pemandangan aku. Hasilnya, aku mencari sesuatu yang warna warni seperti computer games.

2. Hanya kerana mata, mulanya aku nak makan sedikit sahaja tengah hari tadi berubah kepada segunung nasi dan sekontena lauk pauk. Buruk betul perangai. Patutlah aku mengantuk dalam kelas Fluid Mechanics tadi.

3. Mata yang memandang... sesuatu yang cantik lalu hati memuji. Wah, jiwang betul ayat. Ni aku pandang kereta-kereta yang luxury dan sporty lah! Kalaulah aku ada sebuah... tapi tak apalah, walaupun dia memandu Toyota Camry, aku pun ada Honda. Aku boleh juga bergerak dengan Honda aku... iaitu... (sila lihat 'Nota Kaki' nombor 1.)

4. Orang kata, dari mata jatuh ke hati. Dari hati cinta bersemi. Betul ke ayat ni? Dalam seumur hidup aku, memang banyak gadis cantik menawan yang aku jumpa. Malah berkawan dengannya sekali, tetapi tak ada pula sampai aku jatuh cinta dengan mereka. Kata-kata ni perlu diubah. Siapa setuju? (p/s: aku tetap pencinta wanita, ok. Jangan korang salah anggap)

5. Dengan mata, seseorang boleh jatuh ke tangan seorang lagi. Ibarat menjeling-jeling mata bertentang lah. Itu pasal lah kalau aku bercakap dengan perempuan, aku pandang sana sini. Bukan bermaksud aku menipu (seperti orang kata, bercakap dengan mata meliar adalah menipu). Cuma, aku insan biasa... takut iman gugur. Huhu.... (p/s: aku akan pandang apabila aku yakin yang aku akan boleh mengatasi segala 'cabaran' yang mendatang. Biasanya selalu lah aku begini)

6. Hanya dengan mata, orang boleh menyukai kita dan hanya dengan mata, orang boleh membenci kita. Ada sesiapa setuju?



Bahagian yang paling sedap bagi kari kepala ikan dalah pada bahagian matanya.



7. Kerana mataku yang rabun... erm... rabun? Aku bukannya rabun. Indeks rabun aku tak menunjukkan aku rabun sebenarnya. Aku mengalami masalah silau yang tinggi sahaja.... Disebabkan ini, aku memakai cermin mata sejak Darjah 6. Aku masih tak suka bercermin mata kerana membataskan pergerakkan aku. Nak pakai contact lens, aku tak berani. Any advice?

8. Kerana masalah mata juga aku membatalkan niat aku untuk menjadi juruterbang. Kenapa juruterbang? Sebab aku minat kapal terbang, ya! Bukan kerana pramugarinya.

9. Orang kata, perempuan itu mudah memikat kerana matanya yang menarik. Betulkah statement ni? Betul kot.

10. Mata akan rosak apabila bertemu secara direct dengan 'mata' yang lagi satu ini. Apakah jenis 'mata' ni? Rujuk 'Nota Kaki' nombor 2.

11. Apakah mata ini menjadikan aku ini nakal? Nakalkah mataku ini? Korang faham tak apa maksud mata aku yang nakal ni?

12. Kalau nak cari barang tak jumpa-jumpa, pasti korang kata, "cari barang guna matalah! Bukan cari pakai hidung!"

13. Apa yang aku suka tentang mata aku: Lihat yang cantik, indah dan ceria.

14. Mengikut statistik, mata kucing adalah mata yang antara paling digemari oleh manusia untuk dimakan.

15. Untuk mendapatkan kebenaran, kita jangan sekadar melihat, tetapi kita hendaklah memerhati. Fikir-fikirkanlah.

*****
Nota Kaki:
1. Honda Wave
2. Mata hari
3. Nak dengar lagu Pandang-pandang Jeling-jeling pula.

Post a Comment

1 Comments

  1. SalaAm..

    Hanya kerana mata..
    Banyak tragedi berlaku hanya kerana mata.
    Mata cuma ada dua.
    Bagaimana dengan anggota yang lain?
    Tentu lebih banyak yang akan berlaku kalau digabungkan nikmat mata dengan nikmat lain yang dikurniakan Allah, kan?

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)