Ini banyak kerja aku yang last kopek kata orang.... Aku upgrade sana, update sini. Memang mantaplah ayat bahasa Inggeris aku yang dah lama berkarat ni.
Apabila siap, mahulah aku submit report yang dah aku siapkan. Sekali pendrive mr. Rid kean serang virus lah. Aku pun dengan yakinnya, memberi tahu untuk mendelete autorun.inf dan beberapa folder cap kipas ayam. Itu semuanya virus.
Lalu, sampai satu ketika, tinggal beberapa 'folder' yang betul dan dummy folder. Ini istilah aku yang bagi. Bukan istilah yang dikeluarkan oleh pakar komputer seperti Azri dan konco-konconya. Aku dah lama pencen dengan hal-hal komputer ini walaupun bahasa pertuturan aku dengan Azri adalah bahasa C, C++, C# ataupun bahasa Melayu sendiri.
Berbalik kepada dua spesies 'folder' tersebut, aku dah membuka atau dalam bahasa komputernya ialah open folder-folder tersebut. Aku dapati seperti kesemua folder tersebut adalah sama ataupun dalam bahasa Banglanya ialah identical. Sebelum aku melakukan apa-apa tindakan, aku menyemak (dalam bahasa Inggeris adalah check) flder properties dan aku dapati dua spesies adalah folder yang dalam keadaan hidden, dan dua lagi adalah folder yang dalam bentuk application.
Walaupun aku dah kenal pasti mana satu folder sebenar dan folder penipu, entah mengapa aku mendelete folder yang sebenar dan meninggalkan folder yang penipu itu. Lalu, semua data Mr. Rid telah aku terpadam secara tidak sengaja.
Alamak, dia sudahlah ada di sebelah aku sahaja. Aku pun apa lagi, coverlah puas-puas dengan meyakinkan menggunakan bahasa badan dan verbal menyalahkan virus tersebut. Aku pun berlakonlah seperti aku sudah dikalahkan oleh virus tersebut walaupun sememangnya aku sudah dikalahkan ditambah dengan kesilapan aku sendiri.
Apakah aku patut bersara terus dari dunia perkomputeran dan menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia kejuruteraan? Apakah aku harus bersara dari dunia yang telah aku tinggalkan legasi dan kesan sejarah indah kepada satu dunia yang sedang aku kejar untuk mendapatkannya?
Mungkin inilah tandanya aku perlu bersara dari dunia perkomputeran. Oleh yang demikian, kepada rakan-rakan sekalian, janganlah meminta aku pertolongan lagi untuk menyelesaikan masalah komputer korang. Aku dah bersara. Kalau nak kasi selesai masalah, hantar kedai lagi senang.
*****
Nota Kaki:
1. Aku pelik betul. Mentang-mentanglah aku tahu sedikit pasal komputer, semua kawan-kawan aku anggap aku tahu segalanya tentang komputer. Software yang aku tak kenal pun minta aku ajarkan bagaimana nak guna. Apa daa...
2. Ada lagi satu hal, macamlah aku ini paling genius. Macamlah aku ni internet bergerak. Macamlah aku ni kamus bergerak. Cubalah usaha sendiri nak cari semua ilmu maklumat tu. Takkan tiap hari nak kena 'suap'? Patutlah bangsa aku tak maju.
3 Comments
sian prof ko weh..huhuhu...
ReplyDelete2 ler pasal...aku nak pandang muka dia pon pilu aku rase...huhu
ReplyDeletehaha.. kwn2...!!!
ReplyDeletekalo nk bg pape kat syam.. wat backup file dulu especially pendrive n external korang..
kalo x... haha.. Tuhan je yg tawu hehehehe ^_^
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji