Ingatan Sebelum Raya

Hari Raya pun sudah dekat. Semua orang sibuk bersiap untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Aku pun tak terkecuali. Untuk pos kali ini, aku ada beberapa ingatan untuk kamu semua dan juga kepada aku sendiri.

Ingatan sebelum Raya:
1. Jangan memandu ketika mengantuk.
2. Memandulah ikut had laju. Jangan tergopoh-gapah.
3. Pastikan rumah telah dikunci dan selamat. Pastikan kamu mempunyai nombor telefon balai polis terdekat.
4. Berbelanjalah dengan jimat dan cermat. Jangan membazir.
5. Jangan main mercun ataupun membiarkan sesiapa bermain mercun.
6. Jaga keselamatan semasa membakar lemang. Jangan terbakar diri sendiri.
7. Pastikan kenderaan selamat untuk dinaiki.
8. Jaga keselamatan di tempat awam.
9. Aku tak tahu nak ingatkan apa lagi...kamulah yang tambahkan

Apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.



Semoga Syawal ini mengajar kita erti kesyukuran



*****
Nota Kaki:
1. Nak pergi tidur. Ada perjalanan sejauh 500km menunggu aku petang nanti.
2. Sesiapa yang nak lepak-lepak di Lata Kinjang, Tapah, Perak bolehlah call atau SMS aku. Alang-alang tu, berayalah di kampung aku sekali.

Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)