Kisah Puasa Aku

Pernahkah kamu teringat kisah semasa kamu mula-mula berpuasa dahulu? Aku sudah banyak kali aku teringatkan kisah berpuasa aku.

Seingat aku, aku mula berpuasa semasa aku berumur 6 tahun... mungkin 5... aku pun tak ingat. Seperti kanak-kanak yang lain, aku tak panggil puasa itu puasa tetapi 'kuasa'. Puas aku diperbetulkan agar perkataan aku betul mengikut maksudnya, tetapi tetap 'kuasa' yang keluar dari mulutku.

Di sini, aku nak menceritakan beberapa alkisah yang berlaku pada zaman kanak-kanak dan sekarang.

1. Dahulu, aku diupah RM 1 untuk sehari puasa. Kini, aku kena 'pow' RM 1 oleh setiap anak saudara aku.

2. Semasa aku 6 tahun, aku diajar untuk tidak berpuasa oleh kawan aku yang sudah darjah 3 atau 4 pada masa itu. Disebabkan pengaruh orang lebih tua, aku pun ikut sahaja. Makan Maggi pula tu.

3. Aku pernah menangis semasa zaman kanak-kanak apabila aku diusik oleh along dan papa. Mereka kata aku tak boleh makan nasi semasa berbuka. Aku cuma boleh minum air sahaja.

4. Kejadian berbuka puasa paling teruk adalah semasa aku di darjah 1, aku berbuka puasa dengan makan makanan yang banyak beserta minuman berkabonat yang banyak. Hasilnya, akibat dari tekanan udara yang tinggi di dalam perut (lebih dari 1 atm @ 101.325 kPa), aku terpaksa ke tandas untuk meneutralkan tekanan dalam perut dengan proses memuntahkan tekanan tersebut.

5. Aku pernah curi-curi makan kerepek ubi adik-adik aku. Siapa suruh tinggalkan di atas meja makan. Kejadian ini adalah semasa darjah 1.

6. Semasa darjah 2, hari pertama puasa menjadikan suatu kejadian yang amat kelakar. Semua adik beradik aku, tak termasuk along bangun pagi dan berebut dua biji muffin yang tersimpan di dapur. Sedangkan tak pernah teringat hari itu hari puasa dan beberapa jam sebelumnya, kami pernah bersahur.

7. Taktik terhebat semasa mengambil wuduk. Aku musykil, mengapa isipadu air yang masuk ke dalam mulut tak sama dengan isipadu air yang keluar. Aku musykil....

8. Aku dan keluarga aku pernah meronda-ronda mengelilingi Kuala Lumpur pada bulan puasa. Pengangkutan yang digunakan ialah Komuter yang bermula dari Bt. Tiga atau Rawang terus ke KL Sentral. Kemudian menaiki LRT ke mana-mana sahaja kami mahu pergi.
Ada ketikanya sampai ke Bukit Jalil. Akibat kekeringan air liur, adik aku pernah berkata, "air liur sold out".

9. Proses berbuka puasa di rumah along di Kayangan Heights, Seksyen U-9, Shah Alam adalah proses makan sedikit demi sedikit tanpa henti bagi aku.

10. Semasa zaman kanak-kanak, aku suka menolong mama membuat kuih raya. Menolong atau menyibuk, aku tak ingat. Yang pasti, chips more mama memang sedap.

11. Aku belajar buat kek semasa menolong mama membuat kuih.

12. Menu berbuka puasa yang paling aku suka adalah popia goreng. Entah kenapa, aku tak kisah apa pun intinya walaupun ada bahan makanan yang aku tak suka menjadi inti popia tersebut.

13. Sepanjang aku berpuasa sejak aku berumur 5 tahun, aku tak pernah sakit sepanjang bulan puasa. Namun, pada tahun ini, di kala aku berumur 20 tahun, inilah pengalaman pertama aku sakit teruk di bulan puasa. Alhamdulillah, walaupun aku pengsan tiga-lima jam, aku tetap berpuasa.

14. Aktiviti menarik di bulan puasa di kampung aku, di Perak ialah mandi air terjun yang hanya jaraknya 500 meter dari rumah atuk.

15. Di bulan puasa juga, aku pernah nyaris-nyaris mengalami kemalangan maut sama ada terperusuk di bawah lori, ataupun terjatuh ke dalam gaung ataupun menghentam pembahagi jalan lalu memasuki lorong bertentangan semasa memandu akibat kepenatan. Akhirnya, penghadang jalan menyelamatkan aku daripada kemalangan maut. Kereta hanya mengalami kerosakan serius di bahagian pintu sahaja. Sebelum kejadian, aku pernah terfikir untuk berhenti di hentian rehat yang hanya tinggal 3 km dari tempat kejadian.

16. Pertama kali aku shopping raya bersendirian adalah semasa aku berumur 19 tahun bersama tiga orang perunding imej aku. Sebelum itu, mama adalah perunding imej sejak aku berumur 11 bulan.

17. Kebiasaannya, aku lebih gemar berbuka puasa di rumah/asrama berbanding di luar. Namun, kejadian aku berbuka puasa di luar buat pertama kalinya tanpa keluarga adalah semasa aku melayan kerenah si Sapiah, Hafizah dan Fadilah bershopping. Nasib baik Kuantan ni ada tiga sahaja shopping complex yang besar. Kalau aku bawa mereka ke KL, mahunya habis KLCC, akan ke Pavilion, kemudian ke... dan ke.... Kami berbuka di Teluk Cempedak.

18. Sejak aku masuk ke alam remaja, aku tak pernah tinggal puasa. Alhamdulillah.

19. Puasa itu menyeronokkan bagi aku, namun ada ketika semasa latihan sukan yang agak perit, puasa pun aku kena belasah juga. Tak kisahlah, asalkan jamuan berbuka sedap-sedap belaka.

20. Aku pernah khatam al-Quran dalam bulan puasa.

21. Peperiksaan PMR aku adalah di dalam bulan puasa.

22. Banyak lagi kisah puasa aku, dan aku dah tak ingat.

Aku pernah terfikirkan suatu perkara tentang puasa, dua ungkapan yang membezakan dua jenis manusia:

"Dah 15 hari aku puasa. Ada lagi 15 hari. Cepat-cepatlah masa berlalu. Tak sabar aku nak habiskan puasa aku."

"Dah 15 hari aku puasa. Ada lagi 15 hari. Cepat betul masa berlalu. Tak sabar aku nak tunggu Ramadan akan datang."


Dimanakah letaknya kita? Apakah ayat pertama ataupun ayat kedua? Tepuk dada, tanya iman.

Dalam kita berpuasa, seronok... seronok juga. Namun, janganlah dalan keseronokan berpuasa kita lalai. Jadikan Ramadan tempat kita mendidik kita menjadi lebih baik. Samalah juga dengan aku. Aku harap aku akan menjadi insan lebih baik selepas bulan Ramadan ini.



Dalam seronok kita menjamu selera semasa berbuka, ingat-ingatlah saudara kita di Somalia, Palestin, Eutophia dan lain-lain. Jauhilah daripada pembaziran.



*****
Nota Kaki:
1. Pernah suatu ketika, aku berbuka puasa berdua sahaja dengan Azrul di rumah. Itupun mujurlah Azrul berbuka di rumah. Kalau tak, aku berbuka berseorangan di rumah. Maklumlah, yang lain-lain ada orang yang menemani untuk berbuka di luar.

2. Ramadan mendidik aku untuk bersabar. Mujurlah tak ada syaitan yang menghasut. Kalau tak, pasti dah panas hati aku.

3. Sakit di bulan Ramadan mengajar aku untuk tidak mengeluh dengan apa yang berlaku kepadaku. Namun, aku tak nafikan yang kesakitan itu menyukarkan aktiviti harian aku.

4. Sepanjang bulan Ramadan, aku tak pernah minum air sejuk (yang ditambah dengan ais). Air yang paling sejuk aku minum adalah air yang disejuk dinginkan.

Post a Comment

4 Comments

  1. perunding imej??? erm...haha..anyway..thun ni..xnk ke kiteorg jd prunding imej ag???
    haha..

    kiteowg boley je...haha..

    erm..ap2 pon harap thun ni dan thun2 yg akn dtg..dpt mengubah diri kita kpd yg lbih baek lg..bkn setakat bulan pose sj..erm..k..

    dh xd idea dh nk ckp pe..

    okeyh...salam ramadan~~

    from,,

    *kami*

    ReplyDelete
  2. Haha...tgk keadaan le nnt... and tgk bajet... kalu last year bajet RM250, tahun ni xtau la plak...haha

    ReplyDelete
  3. ko pose ade tinggal x
    xpe2
    aku pham ko salu tinggal

    ReplyDelete
  4. huh...farah...farah.
    Tuduhan palsu saja sume tuh...isk3x...
    lain la ko..aku faham sgt2 kalo ko yg tggl pose...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)