Laman sosial dan perempuan: Godaan dan dugaan?

Lama juga aku tak mengemas blog aku yang serba biru ini. Maklumlah, hujung-hujung semester ini, banyak perkara yang perlu aku selesaikan. Namun, aku tetap cemburu kepada rakan-rakan blogger aku yang masih sempat mengupdate blog masing-masing, termasuk beliau yang kononnya melancarkan kempen menjauhi segala Facebook, Yahoo! Messenger dan lain-lain. [klik di sini]

Kalau dia nak menjauhkan diri dari benda-benda alah ni, aku pula nak cerita godaan dan dugaan yang muncul dari benda-benda alah ni. Fokus aku bukanlah tahap keseriusan ketagihan menggunakan benda-benda alah ni, tetapi aku nak complaint sedikit... mungkin banyak kot... tentang kaum bertentangan jantina dengan aku. Yang sejantina dengan aku pun mungkin kena complaint sekali kot.

Sebelum aku nak buat complaint pasal budak bertentangan jantina, aku nak complain spesies aku ni dulu. Sebelum aku komen apa-apa, bolehlah baca komen member aku ni, Wafi namanya. [klik di sini]

Ni pula komen aku... samalah macam dia. Tak nak komen banyak-banyak. Asalkan korang dah baca entri dia, korang fahamlah tu. Aku tak perlu tambah lagi.

Dah habis complaint aku pasal spesies yang sama dengan aku, ini pula pasal jantina yang bertentangan dengan aku pula. Untuk memudahkan penceritaan aku, aku menggunakan khidmad Wafi ni lagi untuk meberikan sedikit abstrak pasal cerita aku ni. Sila baca ikut turutan link yang aku bagi. Nanti korang mudah faham.

[klik di sini]
dan
[klik di sini]


Dah baca? Barulah aku nak ceritakan apa perkaitan semua ini dengan aku dan benda alah yang nak dijauhi oleh si beliau YDP Pedama USM tu.

Aku dah mengenali laman sosial lebih lama daripada aku mengenal cara menggunakan telefon bimbit. Laman sosial yang pertama aku kenal adalah Hi5. Namun, profil aku itu hanyalah dipenuhi sesawang dan labah-labah tarantula sahaja. Aku menjadi aktif semasa hujung tahun 2007 iaitu zaman kegemilangan aku bersama Friendster, dan Yahoo! Messenger. Kini, aku lebih banyak menggunakan Facebook dan Yahoo! Messenger untuk berkomunikasi di samping telefon bimbitku yang semakin sunyi dan terabai.

Dalam berkomunikasi ini, pastilah aku suka berhubung dengan manusia yang berlawanan jantina dengan aku. Yang sama ada juga, bukan tak ada.

Namun begitu, aku bukanlah jenis pemula bicara tetapi aku suka menyambung bicara. Kebanyakan komen-komen, testimonial dan mesej yang aku terima dalam Friendster, Facebook, Myspace dan lain-lain kebanyakan bicaranya bukan dimulakan oleh aku. Bagi aku, laman-laman seperti ini bukanlah tempatnya untuk aku sentiasa terperap membalas komen dan berbual kosong sia-sia. Tujuan aku hanyalah mengumpul kawan dan tempat 'arkib' kawan-kawan aku agar tak terus terputus hubungan. Komen dan mesej hanyalah perkara sampingan.

Apabila mempersoalkan tentang semua ini, pastinya banyaklah perempuan yang memulakan bicara dengan aku. Malah, kebanyakan respon aku juga pastilah kepada perempuan. Aku tidaklah seorang yang memilih siapa yang mahu aku respon atau tidak. Namapun orang lain yang memulakan, maka wajiblah aku menjawabnya.

Kebiasaannya, aku dan dia (atau lebih sesuai menggunakan 'mereka') bersembang hal-hal ringan sahaja seperti berkenalan sesama sendiri, dan perkara-perkara yang masing-masing minati. Ada juga yang lebih kepada educational dan islamic.

Biasalah, dalam perbualan pasti ada gurauan dan gurauan untuk mereka yang tidak aku kenali sangat pastilah lebih lembut dan tertib berbanding kawan-kawan yang lama aku kenali yang gurauannya lebih kasar dan brutal (kata orang laaa...). Gurauan lembut itu tidaklah pula aku fokuskan kepada satu dua jenis gurauan sahaja, malah bak kata otang putih, variety punya gurauan mengikut keadaan dan tahap masuk air kepala mereka ni.

Di kala berhubungan, walaupun gurauan aku masih malar dan konsisten, gurauan mereka semakin lama semakin terlalu lembut, manja dan ada kalanya teramat gedik. Oleh sebab aku ini naif tentang perempuan, maka aku sangkakan itu adalah permulaan untuk aku pusing balik gurauan mereka dengan gurauan yang agak brutal.

Brutal punya pasal, masalah pula timbul. Apa pasal aku punya gurau dia nak merajuk pula? Aku dengan cara aku; kalau nak merajuk, pi main jauh-jauh. Aku tak pandai pujuk orang yang merajuk (sila tanya Mieza [Hasmiza] dan Miza [Syalamyza] untuk kebenaran statement ini). Boleh pula nak merajuk-rajuk dengan aku.

Kawan-kawan aku kata, dia orang ini kerjanya mahu tackle aku. Dalam bahasa Sanskritnya ialah meng-ejas aku la. Apo ko polik ni ha dia orang nak ejas aku. Ingat aku ni aerial TV ko apo nak ejas-ejas? Udoh la den konal dia orang ni tak lamo pun. Tak ponah jumpo pon. Kojenye asyik baco tulisan kek Friendster ajo ha.

Amek nak! Loghat Nogohi aku bagi kat situ ha. Entah betul atau tak aku pun tak tahu.

Apa pasal dia orang nak mengorat aku pula? Macamlah tak ada laki-laki lain kiri kanan dia orang. Konon nak bermanja-manja dengan akulah ni. Ada spesies ni sampai tahap menggoda. Aiseyman! Buruk betul perangai! Tak ada cara lain ke nak cari laki? Suruh saja mak korang kahwinkan korang. Senang cerita!

Inilah sebabnya kenapa aku pernah mengaku yang aku pernah lukakan banyak hati perempuan. Orang macam ni lah yang banyak kena sound direct dari aku. Siap aku guna SRS Dolby Surround Stereo System lagi dengan 5 set speaker 400kW dan amplifier yang menggandakan bunyi hingga 500% per Watt.

Apa nak jadilah, betul kata si Wafi. Lebih baik aku mencari yang mahal dan berkualiti. Daripada aku mendapat yang murah ni. Aku tak mengayat apa-apa pun, dah jadi begini. Apa pula jadinya kalau aku mengayat mereka semua ni? Gerenti kacang mak lodeh je aku dapat! Bukan setakat sorang, bukan empat orang, berpuluh-puluh malah beratus pun aku boleh dapat! Harap sahaja rupa lawa, paras rupa menarik tetapi perangai buruk! Mudah sangat nak melekat-lekat dengan laki-laki yang baru korang kenal dalam tak sampai 20 komen pun!

Aku tulis ni bukan aku buat untuk saja-saja aku hantam perempuan, tetapi aku alaminya sendiri. Sampaikan aku terpaksa menggunakan khidmat kawan-kawan aku untuk 'menceraikan' perempuan jenis ini menggunakan telefon bimbit aku sendiri! (sila tanya Ustad, Hafizah, Fadilah dan Sapiah untuk kepastian statement ni) Biar habis kredit aku pun tak apa. Aku tak kisah!

Sudahlah, aku dah bosanlah dengan mainan cinta Friendster, Facebook ni! Tak ada nilai yang tinggi aku rasakan. Lainlah kalau korang ni kawan lama aku yang dah berabad terputus hubungan tiba-tiba bertemu di dalam Facebook atau Friendster lalu terputik perasaan kasih sesama sendiri. Sekurang-kurangnya, ada nilai yang berharga boleh aku perolehi jika ini yang berlaku kepadaku!

Wahai gadis-gadis di luar sana, janganlah kamu terlalu murah. Mudah untuk melekat-lekat dengan mana-mana profil lelaki dalam Facebook atau apa jenis laman sosial pun. Korang ada nilai harga paling tinggi iaitu maruah dan malu. Janganlah kamu gadaikan maruah korang semata-mata profil lelaki yang agak ada rupa semata-mata. Kalau betul korang suka pun, gunalah cara yang beradab. Ada caranya untuk mendapatkan lelaki idaman kamu. Gunakan cara yang baik. Bukan dengan merisikokan maruah korang di dalam profil sosial yang entah elok atau tak korang gunakan.

Memang aku sukakan perempuan cantik, tetapi biarlah cantik luar dan dalam. Bukan sekadar cantik pada rupa tetepi sudah buruk budi pekertinya.

Kepada yang membaca entri ni dan yang berjantina perempuan, kalau korang terasa... tak perlulah aku minta maaf. Teguran ni bukan untuk memalukan korang, malah untuk memajukan korang.

Kepada yang lelaki, janganlah korang rosakkan lagi anak orang. Diri sendiri pun tak elok lagi. Baik fikir pasal masa depan sendiri. Jangan asyik nak berseronok sahaja.

*****
Nota Kaki:
1. Nak cari kawan lama aku semasa tadika di Sungai Besi. Berbangsa Cina, perempuan. Kawan baik aku yang pertama.
2. Dah lama aku tak melayan Friendster, Myspace dan lain-lain.
3. Kredit kepada Wafi.

Post a Comment

8 Comments

  1. kalo ppuan tak melayan, benda ni takkan jadi kan..

    ReplyDelete
  2. hoho.long time x comment page beliau nieh.skali die posting.pergh.

    bwk bersabar ye hisyam.life is like dat.budaya tackle menackle tue da sebati dlm hidup semua org.

    Well, nad pun cm hisyam gak.kdg2 rimas.just br je beberapa pertemuan or chat, da pandai ngendeng2.kalu nk pupuk feeling, kena amik mase.kenal kenal org tue dulu.bkn terburu2 or gelojoh.(skali kuar ayat da)haha..lainla kalu org kate love at first sight..(mungkin jodoh)..that's different

    Rupa bukan segala-galanya.I agree.Nad tabik sama hisyam.A guy that just not looking for external beauty but also internally.Susah maw jumpe laki cmnie.byk yg cam ske amik kesempatan je.Bguslah menasihati sesama jantina mahupun berlainan jantina. Hope u will find what u are looking for.Good luck!

    ReplyDelete
  3. encik luth >> 2 la pasal... agak menyusahkan bila benda ni boleh berlaku...

    Nadzirah >> Btol..bnd ginih buat kite jd rimas...

    Syam bkn le perfect mane pon...xperlu tabik2...kekadang syam pon ade terleka gak dgn bnd2 alah mcm ni...tp skuang2nye, jgn le smpai menonjolkan sgt keghairahan diri tuh...

    ReplyDelete
  4. uish.biar betol.die tunjuk ghairah cmne tue? jgn kate die pkai seksi or wat suara menggoda lak..hua3

    ReplyDelete
  5. haa...cmne keghairahannye, xmoh le citer segalanya...

    biarlah syam je tau utk tutup aib dia orang...

    ni yg standard biasa la...
    1. ble dh tau emel or hp no syam (kekadang cmne tah no hp leh diorg tau), inbox gerenti akan penuh...sms bertalu2 masuk...
    2. tiap2 malam jam 1.00am - 5.00am pasti hp akan berbunyi...mula2 nak berborak kosong je konon xleh nak tdo...lelame dh off topic...ade tuh...suara pon mcm bini ajak suami tidur pon ade...
    3. tetibe dh jd mcm bf diorg lak...syam xnak layan sms n calls, dorg nk feeling lentok lak...merajuk xtentu pasal...
    4. ha...mane yg ade mms tuh, siap nak mintak gamba syam ag...nk yg ekslusif la kunun...nk yg syam bg..padahal byk je kat Fs, Fb gamba syam...kate xde lak...ade yg sanggup send gamba kat syam...xmintak pon...walaupun kbnykn xseksi, tp body language dlm gamba tuh syam faham sesgt...syam leh kenal cara diorg dr tgk gaya pandangan mata diorg, bibir and angle shot...
    5. ade ag...xperlu le citer byk2...

    ape da diorg neh...len la kalu syam mintak diorg buat seme nih...tp masalahnye, syam x kate pape pon, sume diorg dh buat dlu...

    syam xleh tka no, sbb kbnykn official number syam gne yg same diorg dpt tah dr mane...so, skang nih syam ade byk number...utk elak benda alah mcm nih...taktiknya...xleh bg tau kat sinih...nnt kantoi...

    ReplyDelete
  6. wow! dasat gile.uish.x sangke smpai mcm tue..kire mcm hisyam jd unofficial and undeclare bf la kn?ish3. x sangke.

    nad as gurl pun rase malu sesangat.mcm x cy pun ade gak.tp x kan syam wat cite plak kn.

    xpe.yg penting syam x yah la layan kalu rase terganggu.ignore je bak kate member nad.kalu lama2 ignore.diorg akan faham..diorg pun x akan kaco syam da..ok.try la..

    ReplyDelete
  7. syam dh ade byk cara dah...

    mane yg syam ckp leklok tuh...tros dgr ckp, syam ok jer...

    mane yg org kate ketegaq tuh...org pahang kate babel...ade yg tpakse syam marah...nasib la...utk kbaikan dia gak...

    cara2 len...byk ag...tp xde smpai merosakkan org len...cumer rosak la syam nyer kedit nset...hua3x

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)