Aku juga tak terkecuali dalam senario ini. Aku bukannya tergolong yang terlalu berkeinginan untuk mendapatkan kerusi MPP, tetapi aku adalah seorang yang dipaksa-paksa ataupun disuruh-suruh untuk mendapatkan tempat dalam MPP.
Aku bukannya tak berminat kepada jawatan MPP, tetapi aku perlu fokus dalam pelajaran aku agar tidak terganggu dengan kesibukan tugas yang akan bertambah sekali ganda lagi. Aku masih lagi sibuk dengan kelab SAE yang aku sertai dan aku juga telah menanam sasaran untuk mendapatkan kerusi dalam jawatan-jawatan tertinggi dalam kelab tersebut.
Persoalannya sekarang adalah, perlukah aku menyertai mereka yang akan bertanding untuk mendapatkan tempat dalam MPP? Malah, banyak kawan-kawan aku yang menyokong sekiranya aku bertanding untuk kerusi Umum. Malah, mereka juga sanggup menggunakan pengaruh yang mereka ada untuk berkempen bersama-sama aku - jika aku bertanding.
Aku boleh sahaja bertanding dan jika ada rezeki, aku akan mendapat tempat dalam kerusi Umum MPP. Namun begitu, ini bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara sambalewa. Memegang jawatan ini memerlukan kredibiliti, komitmen dan kepimpinan yang tinggi. Jawatan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat suka-suka kerana ini adalah tanggungjawab dan sekiranya aku mendapat tempat tersebut, aku wajib menjalankan tanggungjawab yang besar ini.
Persoalan seterusnya, mampukah aku? Aku boleh membahagikan masa aku, tetapi belum tentu kepada fokus aku. Pelajaran tetap perkara utama sepanjang aku masih menuntut di UMP. Hal-hal lain adalah sampingan ataupun tambahan sahaja.
Perubahan
Memegang jawatan dalam MPP bukan hanya memerlukan aspek kepimpinan dan komitmen semata-mata, malah harus berusaha untuk menambah baik keadaan yang sedia ada sekarang. Malah, jika mampu, MPP juga boleh melaksanakan perubahan untuk menjadikan UMP lebih maju ke hadapan. Inilah kuasa mahasiswa. Mahasiswa mampu menentukan kemajuan masa depan universiti.
Jika diikutkan pemikiran aku, banyak perubahan yang aku mahu lakukan tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah walaupun tidak mustahil untuk berlaku. Setiap perubahan perlulah ada sokongan dan komitmen berpanjangan untuk menjadikan perubahan itu satu kenyataan. Selain itu juga, setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti akan ada penentangannya. Inilah cabaran yang harus dihadapi.
Dalam masa sekarang, aku hanya melihat kepada satu aspek dahulu sebelum aku memikirkan aspek-aspek lain iaitu 'perlukah aku menyertai MPP'? Inilah yang harus aku jawab sebelum aku melangkah lebih jauh.
Namun begitu, aku tetap telah merangka misi dan visi aku sebagai salah seorang MPP di UMP.
*****
Nota Kaki:
1. Masih teringat pencalonan aku untuk MPP di KMKN ditolak awal-awal tanpa sebab munasabah.
3 Comments
saudara fadzrulhisyam...
ReplyDeletepd pndapat sy.. perlu kalo c "dia" msuk btnding utk kerusi umum.. n kalo die xmsuk.. up 2 u la hehehe...
mmg byk pro n con jd mpp..
ttpi.. sbg sorg shbt n housemate.. sy rse mmg ptut la awk amek je jwtn neh sbb x rugi mncuba.. kalo ade rzki ade la.. lgpun bgs gak.. kalo awk xleh nk bg kmitmen n xleh tmpu dlm klas pun..
ade kebaikan n hkmah d sbliknye...
hkmhnye ialah...
xde la sy rsao dpt last dlm klas ke pe ke dah pas neh hahaha ^_^
(ampunnn syam hehehehe)
bnyk songeh lah ko kucai...
ReplyDeletehahaha....
aku cepuk kang br tau...erm...xleh cepuk
sian lak kat ko...
ko kene blanje makan aku...hahaha
aku sokong 100%..
ReplyDeletennt ble ko da jd mpp..
ak nk icond satu dlm bilik ak..
dpt 4.0 pointer tanpa pelu exam..
satu set snuker dlm bilik ak..
satu set home theater..
wash mesin..
ape lg ek?
ko ade cdangan x ?
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji