Senyap itu aku diam
Diam dalam sepi
Sepi menyendiri
Dalam diam aku buka
Mataku agar kupandang yang di depan
Takkan toleh lagi yang
Aku tinggalkan
Di belakang sana
Dua belas purnama
Aku cuba menenangkan
Dua belas lagi
Aku cuba melupakan
Dua belas lagi
aku hampir ke pangkalnya.
Mengapa tiba-tiba
Kau tiba dari dalam?
Bukankah aku sudah
jadikan kau terpadam
dari hatiku yang dalam?
Bukankah aku sudah
jadikan kau sebagai
peninggalan rindu yang indah dulu?
Aku cuba nafikan
yang aku sudah melupakan
tetapi kau menafikan
apa yang aku nafikan
selama ini...
Wahai gadis,
Maafkan aku
Walau takkan
berharap lagi
aku doakan kau agar
sentiasa, agar
selalu, mendapat
kebahagiaan yang
aku tak mampu
berikan berpanjangan.
*****
Nota Kaki:
1. Ini bukan Puisi Jiwang.
2. Aku bukan Mat Jiwang.
3. Siapakah yang 'membuka' memori aku ni semula? Janganlah zalim kepada aku. Isk...isk...isk....
5 Comments
SalaAm..
ReplyDeleteSaja nak tulis panjang-panjang sikit.. (Main copy paste je pun..)
Kanan dan kiri suramnya terasa
Cuba fahami apa yang terjadi
Kanan dan kiri suramnya terasa
Cuba fahami apa yang terjadi
Tidak tertanggung beban di alami
Mengapa terjadinya sebegini
Tiada guna bertanya semua yang terjadi
Janjiku kepada diri hidup harus aku teruskan
Tuhan berikan sinar harapan
Hembuskan suatu kekuatan
Kumohon jauhkan dari kegelapan ini
Agar bisa aku teruskan
Walaupun lelah untuk menghadapi
Mengalah bukan jawapan yang ada
Walaupun berat segala di dada
Ku pasti mengharungi keakhirnya
Tiada guna bertanya semua yang terjadi
Janjiku kepada diri hidup harus aku teruskan
Tuhan berikan sinar harapan
Hembuskan suatu kekuatan
Ku hanya insan yang kerdil di dunia ini...
Tunjukkan ku jalan hadapan
Genggami tangan ini oh teman
Disaat aku memerlukan
Dan bila waktu untuk melangkah pergi....
Berikanlah daku cahaya tabahkan jiwaku oh Tuhan
Aliff Aziz - Harus Ku Teruskan
Wow!touching gile bc entry hisyam kali nie.erm..x mampu nak beri kebahagiaan berpanjangan??is dat what u are offering before to her?
ReplyDeletekdg2 secara x terduga,kenangan akan sentiasa menyapa diri kt.org kata yg pertama tetap akan jd yg pertama.walau sakit macam manepun kt x dpt nak nafikan die pernah suatu ketika dulu mencuri hati kt.
cume ape yg kt bole lakukan sekarang adalah pandang ke hadapan dan belajar dr kesilapan dan pengalaman.kdg2 kt x berdaya nak mengulangi peristiwa yg sama kerana manusia sukar sekali untuk berubah.kecuali jika kt dpt menerima diri dia seadanya..
biarkan sj ingatan tu dtg.hisyam akan dpt tau sejauh mana kekuatan dalaman hisyam yg sebenarnya.inilah dinamakan ujian~ (^_^)
Hawa >> thanks
ReplyDeleteNad >> lbh kurang ler...tp kebahagiaan tuh berpanjangan...
Itulah... memori bukanlah sesuatu yg boleh dilupakan... kadang kala muncul dalam masa tak diduga...
walaupun dah 3 tahun berlalu, still xdpt nak settle...
biasala tue.lg2 setelah sekian lama, hanya kenangan manis je yg akan menyusul.lama-kelamaan kt akan lupakan yg pahit.
ReplyDeletehonestly walaupun nad da lupe kisah lama, tp kdg2 teregt jugak kisah lama bile incident sama berulang.just pk positif.ade jodoh x kemananye..
hisyam still contact ur past ke?
Still contact ag...kekadang tuh slalu gak chatting kat YM
ReplyDeletetp mase tuh dah ok dah...xde pape yg blaku... sembang pon mcm kwn2 gak...
tp br2 nih, ntah cmne leh timbul lak memori lame...ades...
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji