"Pakar ke?"
"Betul ke?"
"Nak gempak je tu!"
Apa pendapat korang dengan Pak Cik Google sekarang? Dulunya, 10 tahun lalu Pak Cik Google cuma tahu bahasa Inggeris sahaja. Maklumlah, masa tu Pak Lang MSN, Pak Long AOL, dan Uncle Yahoo! menopoli enjin pencari dunia. Sekarang, Pak Cik Google sudah memonopoli internet! Baru-baru ni pula lahir anak baru iaitu Dik Su Bing untuk merampas kedudukan Pak Cik Google dari dunia internet.
Apa kaitan dengan semua ni? Ada kaitannya. Berbanding yang lain-lain, Pak Cik Google ni lebih mesra rakyat, selalu turun padang, alah macam konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pak Cik Google lebih fleksibel untuk pengguna-penggunanya di seluruh dunia.
Dari bahasa Inggeris, Pak Cik Google belajar macam-macam bahasa. Sampailah sekarang, Pak Cik Google sudahpun pandai berbahasa Melayu! Apa? Kamu tak percaya? Percayalah. Lihat sahaja aplikasi yang baru sahaja aku letak di blog aku ini, kalau korang tekan butang 'translate', korang boleh membaca blog aku ini dalam bahasa apa yang korang nak. Cumanya, Pak Cik Google agak skema kerana tak faham bahasa pasar. Hehehe... tak kisahlah, asalkan Pak Cik Google ni boleh berbahasa Melayu.
Kepada yang pernah menggunakan Google Translate, iaitu anak kepada Pak Cik Google sendiri, korang boleh terjemahkan perkataan-perkataan dari serata dunia kepada bahasa Melayu! Tak percaya? Cubalah! Namun, tak semua dapat diterjemah. Apa pun, kira dah OK lah tu. Aku pun nak faham ayat-ayat laman web dari Poland yang pernah aku lawati, Pak Cik Google ni la yang tolong.
Inilah sebabnya Pak Cik Google semakin glamour sekarang. Dia ni tahu nak memikat pengguna-penggunanya di seluruh dunia di samping cariannya sebagai enjin pencari juga amat lemgkap berbanding pesaing-pesaingnya.
Disebabkan aku dah memasang aplikasi Google Translate dalam blog ini, aku rasa bolehlah aku memutuskan untuk menjadikan blog ini 100% dalam bahasa Melayu. Apa? Rindukan artikel bahasa Inggeris aku? Jangan risau, aku sudah ada blog berbahasa Inggeris aku sendiri, tetapi itu blog khas untuk Sains dan Teknologi. Baiklah, nanti-nantilah aku tubuhkan blog khas untuk Bahasa Inggeris. Kalau aku ada masa terluang, barulah aku tubuhkan. Tunggu ya!
*****
Nota Kaki:
1. Nampaknya Bing nak tiru macam Google. Mampukah ia bersaing?
2. Bila pula Cari.com.my nak bersaing dengan Google?
3. Aku nak cari duit dalam laci, tak perlukan Pak Cik Google. Hehehe....
1 Comments
satu lagi tips untuk korang yang belum tau lagi...
ReplyDeletePak Cik Google ni hebat... boleh tolong cari makna perkataan yang korang tak tau...
taip je "define:perkataan_yang_korang_tak_tau" kat Google Search tu... contohnya, "define:intelligence"... try jangan tak try...
hehe... peace!
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji