Satu ketika yang lalu, aku pernah mengumumkan persaraan aku dari dunia multimedia. Aku pernah mengumumkan yang aku takkan melibatkan diri dalam pembinaan laman web, reka bentuk grafik, sound editing, membaiki komputer dan lain-lain.
Namun begitu, beberapa hari lalu Azri telah menelefonku untuk membantu dalam bahagian multimedia dan teknikal untuk persediaan program Perhimpunan Mahasiswa Anak-Anak Pahang & Sambutan Sedekad MAMPAN. Apa itu MAMPAN? Nanti-nantilah aku terangkan dalam entri yang lain.
Dalam kerja-kerja multimedia dan teknikal ini, aku telah menyertai jawatankuasa program tersebut. Maka secara langsung atau tidak, aku kenalah menarik kawan-kawan aku yang aku rasakan anak Pahang.
Dalam kisah komputer pula, semasa aku masuk pusat operasi MAMPAN sahaja, hampir enam perisian video telah aku install ke dalam lapatop aku. Banyak sungguh. Ini hanyalah untuk membuat editing video-video arkib yang ada. Naik gila aku rasakan.
Satu lagi kisah adalah apabila sumber gambar yang terlalu banyak iaitu sebanyak 36 album dari arkib, telah memeningkan kepala aku dan rakan-rakan multimedia yang lain untuk memilih gambar.
Apa pun, sekembalinya aku ke dalam karier komputer ini bukanlah tetap, cuma untuk sementara sahaja. Kerja seharian memang amat penat. Haa... minggu depan kena interview YB Dato' Sri Adnan bin Haji Yaakob pula untuk melengkapkan persiapan video. Naik gila rasanya.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji