Kepercayaan dan keinginan

Pernahkah korang alami situasi yang pada suatu ketika, banyak orang yang mendatangi korang dan memberi tahu, korang akan dicadangkan untuk memegang tanggungjawab dalam suatu organisasi? Pastinya ramai yang pernah alami situasi begitu.

Aku juga sedang alami situasi ini. Banyak orang yang datang kepadaku supaya bertanding untuk sesuatu jawatan ataupun mereka yang mancadangkan ataupun mencalonkan diri aku walhal aku rasakan aku ini tidaklah begitu dikenali oleh orang-orang di keliling aku.

Aku pun musykil, bagaimana mereka boleh mengesan kewujudan aku di kampus sedangkan aku ini tidaklah terlalu aktif dalam banyak persatuan mahupun memegang jawatan-jawatan tinggi dalam mana-mana persatuan. Sepanjang tempoh aku di kampus, aku lebih kepada low profile dan aku rasakan pastinya tak ramai yang mengenali aku.

Namun begitu, jumlah penyokong aku untuk bertanding dalam mana-mana jawatan begitu banyak aku rasakan. Malah, ada juga yang aku tak kenali, datang kepadaku untuk menyatakan sokongannya kepadaku. Apa ada pada aku?

Sejujurnya, aku ini hanya pelajar biasa sahaja. Nak kata hebat atau mahsyur, aku ini sama sahaja seperti pelajar-pelajar lain di kampus. Cuma beberapa perbezaannya ialah aku jarang melepak-lepak di kafe atau keluar bandar, aku tidak mempunyai teman wanita dan aku juga tidak melayan sangat SMS atau panggilan telefon yang semata-mata untuk berbual kosong. Bak istilah kata remaja masa kini, SMS yang mengorat atau poyo.

Jika dilihat dalam situasi ini juga, kepercayaan mereka terhadap aku amat tinggi yang pada masa yang sama juga, aku tak mengerti bagaimana boleh jadi begini. Kepercayaan ini juga akan menuntut beberapa pengorbanan yang perlu aku lakukan untuk memastikan tanggungjawab sentiasa dipenuhi.



Kepimpinan berasaskan moraliti adalah yang paling penting



Oleh sebab itu jugalah beberapa keinginan dan kemahuan aku juga harus dikorbankan. Pastinya, tiada masa lagi untuk aku relax dan juga menghiburkan diri.

Walau apapun, jika sudah menjadi pemimpin, aku juga harus kreatif dan bijak mengambik peluang dan kesempatan agar setiap misi dan visi kepimpinan akan tercapai.

Mungkin aku tak setaraf seperti Obama mahupun Dato' Seri Najib, namun apa yang aku harapkan ialah aku takkan menjadi seperti G. W. Bush.

Post a Comment

1 Comments

  1. SalaAm..

    Aura seorang pemimpin akan tetap dapat dirasa walaupun dia tidak menonjolkan diri dan tidak cuba menonjolkan diri.

    Sebaik-baiknya syam renungkan kembali kemampuan diri. Kalau rasa mampu, terima sajalah. Lagipun, dilema ni dah wujud sejak dulu, kan? Sampai masanya nanti, Syam tetap akan jadi pemimpin. Tak salah kalau dipupuk dari sekarang.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)