1. Isu penggunaan nama Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald telah mencapai krisis yang lebih kronik apabila dua buah gereja diserang oleh ekstrimis yang mahu menghalang penggunaan nama Allah pada majalah tersebut.
2. Dua buah gereja tersebut adalah Gereja Metro Tarbenacle, Taman Melawati terbakar manakala Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Chapel, Damansara dibaling bom petrol namun ia tidak meletup.
3. Serangan tersebut telah berlaku pada awal pagi semalam (8 Januari 2010).
4. Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menyerang gereja tersebut kerana ini bukanlah satu ajaran Islam yang sebenar.
5. Islam mendidik umatnya agar menjaga keharmonian bersama-sama penganut agama lain dan jika ada perselisihan antara Islam dan agama lain, haruslah dibawa berunding demi menjaga keharmonian beragama.
6. Selari dengan nama Islam itu sendiri yang bermaksuh aman, harmoni, dan kedamaian; umat Islam haruslah mencari penyelesaian bagi setiap perselisihan dengan cara yang damai, bukannya dengan menggunakan cara merusuh atau menyerang rumah ibadah agama lain.
7. Kejadian ini telah memburukkan imej Islam secara langsung kerana berita ini bukannya hanya berlegar di dalam negara malah menjadi isu hangat media antarabangsa.
8. Dalam situasi global kini, Islam mengalami tekanan yang besar oleh Barat dengan spekulasi dan ideologi anti-Islam yang menebal di kalangan masyarakat dunia. Kejadian menyerang gereja ini juga secara langsung telah memburukkan lagi imej Islam di mata dunia.
9. Saban telah mengetahui bahawa Malaysia juga antara negara yang dikecam oleh media-media Barat kerana Malaysia adalah negara Islam dan mereka juga pernah mengkalsifikasikan pentadbiran dan pemimpin Malaysia adalah sama seperti Taliban dan regim Saddam Hussein yang lebih mengamalkan pentadbiran yang ekstrim.
10. Serangan terhadap gereja-gereja ini secara tidak langsung telah memburukkan lagi nama Malaysia malah menyebabkan Malaysia diancam oleh Barat yang lebih kepada anti-Islam.
11. Di sebalik itu juga, imej Malaysia sebagai negara yang mengamalkan nilai-nilai keharmonian sesama kaum dan penganut agama telah tercalar dan musuh-musuh negara akan menggunakan peluang yang ada sebaiknya untuk menghentam dan mengancam negara.
13. Mahukah negara kita menjadi seperti negara India dan Pakistan yang konflik agama dalam negara-negara tersebut menyebabkan rusuhan besar-besaran, serangan terhadap rumah ibadat, pembunuhan, dan kucar-kacir? Pastinya, kita tidak mahu melihat negara Malaysia ini penuh dengan letupan dan rusuhan agama yang kronik.
*****
Entri ini adalah rentetan dari entri yang bertajuk Alif-Lam-Lam-Ha di Fadzruhisyam: Pemikir.
2 Comments
saba2.
ReplyDeletejgn bakar2.
kang perang lak
ngahaha~
ar yg ni aku skong, tp persoaln tu semua politik pnye hal, dan satu cara untuk menjatuhkn n memggugat kedudukan seorang, atau pn dgaan tuhan untuk balas blik pe semeu ksalahan n kemugkaran yg dlakukn scra teang or tersmbunyi krana kebnaran akn muncl satu ari nanti, n jgn lh kita terlmpau fanatic dlm sesuatu, tnpa pikr akn risiko.
ReplyDeleteSo kbnaran kn muncul dan akn menjtuhkn seseorng itu jka seseorang tu menganiaya seseorng dgn nyata n trlindung s allah thu spe btul n spe slah, nnn fikr n kaji dulu slm buat sesuatu
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji