Kepada yang saja-saja tengok pun boleh sahaja selongkar entri aku yang ini. Kita sama-sama berkenal-kenalan dengan SeMAMPAN UMP. Siapa yang rasa tergolong dalam golongan-golongan yang akan aku nyatakan nanti, bolehlah menyertai SeMAMPAN tanpa segan silunya.
Apakah itu SeMAMPAN UMP? SeMAMPAN UMP dengan nama panjangnya Sekretariat Majlis Mahasiswa Anak Pahang Universiti Malaysia Pahang yang dinaungi oleh Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) dan Yayasan Pahang (YP) merupakan satu organisasi yang bertindak untuk menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswa anak Pahang di UMP. Fungsinya kurang lebih seperti Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP (MPMUMP), cuma skop pentadbirannya lebih khusus kepada anak Pahang. Namun begitu, hakikat perjuangan adalah sama, cuma berdasarkan objektif yang agak berbeza.
Siapa bisa kenal PERDAMA USM? Siapa juga bisa kenal Pewaris di UiTM? Pasti ramai yang pernah dengar nama-nama ini. Nama-nama inilah yang gah di USM dan UiTM sebagai persatuan anak negeri yang menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswa anak negeri Pahang.
Memang rugilah kalau anak Pahang di UMP sendiri tak terbantu oleh kerajaan negeri sendiri sedangkan UMP pun dalam negeri Pahang juga. Oleh sebab itulah SeMAMPAN dengan penuh bertanggungjawab menawarkan khidmat bakti kepada semua anak negeri Pahang yang belajar di UMP dalam aspek kebajikan secara khususnya. Kalau hal nak menikah, maaflah. Kena pergi ke Jabatan Agama Islam Pahang jawabnya.
Cakap punya cakap, perkataan yang selalu dinyatakan adalah anak Pahang. Siapakah itu anak Pahang? Di sinilah aku nak bagi tahu kepada korang. Anak pahang ini ada tiga kategori utama yang menjadi garis panduan iaitu:
1. Dilahirkan di Pahang.
- Sesiapa sahaja pemegang kad pengenalan berkod '06', '32' atau '33'. Kod-kod ini menunjukkan pemegang kad pengenalan tersebut dilahirkan di Pahang.
2. Ibu atau bapa atau kedua-duanya dilahirkan di Pahang.
- Cuba semak kad pengenalan ibu ataupun bapa korang. Ada tak mana-mana antara ibu atau bapa atau kedua-duanya adalah pemegang kad pengenalan dengan kod '06', '32', atau '33'? Jika ya, maka benarlah korang anak Pahang walaupun korang dilahirkan di Switzerland sekalipun.
3. Pemastautin tetap di Pahang sekurang-kurangnya genap 10 tahun.
- Ini yang seronoknya jadi anak Pahang. Walaupun ibu orang Perlis, bapa orang Sabah, korang dilahirkan di Kuala Lumpur; jika korang satu famili dah bermastautin lebih 10 tahun di Pahang, tak kisahlah di sempadan ke, tengah hutan ke, atas pulau ke, korang diiktiraf sebagai anak Pahang dan layak mendapat keistimewaan sebagai anak Pahang.
Jika korang tergolong dalam golongan mana-mana satu yang dinyatakan di atas, maka korang layak diiktiraf sebagai anak Pahang. Oleh itu, apa lagi... sertailah SeMAMPAN sekarang! Sokonglah organisasi ini untuk menjamin kelestarian mahasiswa anak Pahang di UMP serta dapat menjamin dan melahirkan mahasiswa anak Pahang yang berkualiti seiring dengan cita-cita YP iaitu melahirkan modal insan bertaraf dunia di samping UMP juga berusaha untuk melahirkan graduan jurutera berkompetensi bertaraf dunia.
Apa tunggu lagi? Marilah meriahkan suasana SeMAMPAN dan kita sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anak negeri di samping kita menjaga hubungan baik dengan anak negeri-negeri lain! Moh kita semua! Poh Paleh!
Pautan berkaitan:
- Blog SeMAMPAN
5 Comments
tahniah r kepada perantis seMampan yg baru...lagi2 kepada tuan presiden...hehehehe
ReplyDeletesemoga hubungan PERDAMA - seMAMPAN kekal hingga ke anak cucu cicit
p/s: apsal cam semacam je ayat tuh...hahaha...haish, konfius aku
haha...trimas2...
ReplyDeletehah! cucu cicit??? mmg semacam ayat tuh...
jgn kau bermimpi! dia di bawah naungan aku sekarang...hahaha
fuyooo..da jd Presiden Semampan...tahniah2..mengambil alih naungan encik Auzi Daud..ade hikmah di sebalik segala yg terjadi..buktikan hisyam seorang pemimpin yang berkaliber dan berkepimpinan okeyh! good luck syam! ;)
ReplyDeleteeh? bile lak syam ade announce jadi presiden dlm entri ni??? huhu...sape kepoh2 ni??? alamak...kantoi...
ReplyDeletecngrt...
ReplyDeleteP/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji