Mengintai Laman Web Tahun-tahun Lepas

Bagaimanakah muka korang pada tahun-tahun lepas? Apakah sama seperti hari ini? Adakah jumlah bintik jerawat yang kini lebih banyak dari yang sebelum ini? Adakah dahulunya korang digelar jejaka jambu kerana muka korang dan kini korang digelar samseng kampung kerana muka korang juga? Pastinya, tak kiralah sebulan, setahun, mahupun sedekad; wajah kita pasti ada banyak perubahan sekecil-kecil jerawat hinggalah sebesar-besar... apa-apa sajalah yang korang nak tafsirkan.

Semasa aku jalan-jalan melawat laman web orang lain, aku terjumpa satu laman web yang menarik perhatian aku. Apa perkaitan laman web ini dengan wajah? Secara teori tak berkair pun namun dari segi rasionalnya, berkaitlah juga. Laman web ini menyimpan arkib laman-laman web yang boleh kita imbau laman web sejak sedekad lalu hinggalah arkib terkini yang tersimpan dalam laman web tersebut.

Laman web yang aku maksudkan ini adalah Internet Archive. Laman web ini menyimpan laman web yang telah diterbitkan sejak dahulu lagi. Sebagai contoh yang aku ambil ialah laman Facebook. Laman ini yang bermula dengan nama Thefacebook (www.thefacebook.com) pada Februari 2004 kini telah pun menjadi sebuah laman sosial yang terkenal di dunia. Cuba lihat evolusi laman web ini:


Evolusi Facebook.

Laman-laman web yang lama boleh didapati di Internet Archive. Korang rasa nak lihat lebih banyak laman web? Apa lagi? Berangkatlah ke Internet Archive sekarang!

*****

Pautan berkaitan:
- Internet Archive

*****

Nota Kaki:
1. Muka korang macam mana pula? Kalau muka aku, rasanya tak banyak perubahan. Cuma kuranglah tahap kejambuan dan semakin matang apabila meningkat dewasa.


Zaman rock cintan (2007) dan zaman pop yeh yeh (2009). Muka terkini, kena jumpalah depan-depan. Hehe....

Post a Comment

0 Comments