Lalu apabila sudah paginya, aku pun cubalah untuk membuka mataku. Nak buka, bolehlah tetapi untuk buka luas-luas tak boleh. Mata berair dan membengkak. Aduhai, ini akan menyusahkan aku untuk hari ini. Sudahlah banyak lagi kerja-kerja pengurusan yang aku masih belum dapat selesaikan lagi. Mata mula nak ada masalah pula.
Lalu aku pergi ke pusat kesihatan pelajar. Jumpa doktor yang pernah dahulu aku jumpa semasa aku demam di kala gelombang H1N1 menyerang tanah air. Perjumpaan dengan doktor ini menyebabkan beberapa perkara terjadi:
- Aku pergi jumpa doktor dengan sukarela tanpa paksaan sedangkan aku ini liat untuk berjumpa dengan doktor,
- Aku dapat surat MC daripada doktor di kala aku tak memerlukannya,
- Aku perlu dikuarantinkan selama seminggu,
- Aku meredah hujan dengan berjalan kaki sejauh lebih 2 kilometer.
Aku tak perlukan surat MC kerana aku masih ada banyak perkara dan kerjakerja yang perlu diselesaikan. Kalau aku bercuti, terkuburlah seminggu masa yang amat berharga dalam hidup aku ini! Sampai bila pun projek takkan dapat disiapkan.
Hari ini, Conjunctivitis mengganggu hidupku. Aku harap, tiada apa lagi yang mengganggu urusan kerjaku untuk hari-hari yang akan datang.
Aku tak perlukan cuti, dan aku takkan bercuti, dan aku tak mahu bercuti. Ada siapa yang masih belum jelas? Cuti hanya merugikan masa kerja aku!
*****
Nota Kaki:
1. Ejaan Conjunctivitis yang betul hanya aku peroleh apabila aku meng-Google nama penyakit ini. Lalu aku mendapat cadangan dari Mr. Google. Mr. Google hebat!
2. Untuk berjumpa dengan doktor, aku berlu berbahasa Inggeris. Maka, aku sempat menggunakan Google Translate untuk mencari perkataan bengkak dalam bahasa Inggeris. Malangnya, aku terlupa perkataan air mata dalam bahasa Inggeris semasa aku berjumpa dengannya.
3. Bahagia hidup bersama Mr. Google.
3 Comments
wuuuuuuuu..tanak pandang mata die..takot...nanti jangkit...tamo...tamo...!
ReplyDeletehuhu...nasib baik dah p klinik cecepat kan..kan..
sebab apa boleh kena gtu ek? red eyes ek..takut nak tgk mata tue.
ReplyDelete@cik aidacomei
ReplyDeletehehe... nak pandang jugak! hehe... mmg g klenek tros pon...walau xsuke g klenek...
@Miss Eyda
ntah ler...xtau nape...red eyes ni ble dah jadi watak jahat...hehe
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji