Kepada sesiapa yang belum mengetahui, aku ini adalah penyokong setia Manchester United. Kesetiaan aku terhadap pasukan ini adalah tinggi, tidak seperti kebanyakan rakan-rakan aku yang 'tukar akidah' setelah Christiano Ronaldo (CR7) meninggalkan Theatre of Dreams. Memang menyedihkan apabila CR7 meninggalkan United, tetapi inilah hakikatnya; pemain datang dan pergi tetapi yang berkekalan adalah pasukan.
Pada awal musim, tidak banyak pemerhati sukan yang memberikan kepercayaan bahawa United akan dapat mengulangi kejayaan-kejayaan sebelum ini setelah pemergian CR7. Tambahan pula pada ketika itu, banyak pemain United sedang mengalami kecederaan termasuklah Rio Ferdinand dan Edwin van der Sar.
Keraguan ini semakin bertambah apabila United tewas mengejut kepada pasukan yang baru sahaja naik ke Liga Perdana, Burnley. Namun begitu, setelah kembalinya kebanyakan pemain yang mengalami kecederaan pada permulaan musim, United telah menunjukkan kepada dunia bahawa Manchester United adalah pasukan terbaik di dunia. Antara kejayaan yang dikecapi adalah menjadi 'The King of Manchester' dan juga berjaya mencatat satu rekod iaitu tidak melepaskan gol dalam 14 perlawanan berturut-turut iaitu selama 1,311 minit permainan tanpa bolos.
Rekod-rekod ini menunjukkan bahawa ketiadaan CR7 tidak akan menghalang United untuk terus membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik. Ketiadaan CR7 juga memberikan lebih banyak peluang kepada Wayne Rooney untuk lebih menyerlah di samping Nani dan Valencia mengambil peluang ini dengan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Tidak lupa juga kepada pemain veteran di United, iaitu Ryan Giggs, Paul Scholes dan Gary Neville. Kombinasi 'Si Tua' tiga orang ini menunjukkan bahawa mereka masih lagi berbisa dan masih mampu memberikan sumbangan besar kepada pasukan.
Tidak lupa juga dengan kemasukan Michael Owen ke Old Trafford. Walaupun sebelum ini selalu dikecam hebat kerana gagal menyerlah setelah keluar dari Liverpool, tetapi Sir Alex Ferguson masih nampak kelebihan yang ada pada Owen. Hasilnya adalah semasa perlawanan antara Manchester United menentang Manchester City untuk menentukan siapa di antara mereka adalah 'The King of Manchester'. Owen berjaya menjaringkan gol terpenting dalam perlawanan tersebut apabila menjaringkan gol kemenangan United di saat-saat akhir perlawanan yang bertambahan masa selama enam minit. Sekiranya Owen berjaya pulih dan dapat kembali kepada rentak permainannya, pasti dia akan mengembalikan kegemilangan pemegang jersi nombor 7 seperti yang telah dilakukan oleh pemain-pemain sebelum ini iaitu George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham, dan CR7.
Dalam membincangkan pemain-pemain terhebat, United juga tidak terlepas dalam melahirkan pemain-pemain muda yang berkualiti seperti Rafael dan Fabio da Silva, Owen Hargreaves, Darren Fletcher dan lain-lain. Dengan lebih banyak permainan, pastinya mereka akan menjadi pemain terbaik untuk membawa legasi Manchester United kekal gemilang pada masa akan datang.
Pasukan manakah yang akan menjuarai juara liga pada malam ini? Sama-sama kita saksikan dan aku sungguh berharap agar Liverpool berjaya menewaskan Chelsea walaupun berat hati aku untuk mengakui bahawa aku terpaksa menyokong Liverpool pada malam ini.
2 Comments
haha..kesetiaan syam sama la cam kesetiaan nad terhadap real madrid. x berbelah bahagi. belah ngan kapak pun x jd ape. hehe
ReplyDeletecamne le terpikat dgn manchester ek..tertanya2 gak..hee
Haa...walau ape pon terjadi, hati ini tetap bersama United. jatuh bangun bersama... hehehe...
ReplyDeleteMacam mana boleh terpikat dengan manchester united? haaa....ade cerita di sebaliknya. nanti syam kuarkan entri pasal tuh...hehe
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji