Mengembara ke asal usul keturunan

Sejauh mana kita berjalan, pandanglah semula pada pangkal jalannya. Setinggi mana kita terbang ingatlah kembali bumi yang kita berpijak asalnya. Seluas mana lautan kita layari, ingatlah kembali kepada daratan yang kita berlabuh.

Dalam setiap kehidupan ada yang di atas, ada yang di bawah. Ada yang di hadapan, ada yang di belakang. Inilah lumrahnya. Tiada sesiapa yang boleh mengubahnya. Apa yang boleh kita lakukan adalah yang di atas dan di hadapan itu, meminpin yang di bawah dan di belakang untuk bersama-sama mencapai cita-cita masing-masing.

Inilah yang cuba dibawa oleh Sekretariat Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang UMP apabila telah menjalankan satu program yeng bernama Kembara Hati Siswa Perdana ke kampung Orang Asli di Kg. Nyentil, Pos Lanai, Kuala Lipis. Program ini bermula dari 12-16 Jun 2010.

Tak banyak yang nak aku katakan, semua kehidupan di sana sangat ringkas. Aku tak perlu risaukan dunia moden yang menekan jiwa. Tiada hiruk pikuk kebisingan kota. Apa yang menemani aku pada masa itu hanyalah kehijauan alam sekeliling sahaja.

Ada lagi yang baharu dalam kehidupan aku. Aku menerima keluarga angkat di sana. Seorang Tok Batin yang sudah berumur 110 tahun. Hidup lebih seabad. Beliau mempunyai dua isteri yang tinggal serumah dan anak-anaknya semuanya sudah bekeluarga.

Keluarga Tok Batin Bilin

Selepas ini, aku akan kembali ke sana untuk program susulan dan juga sebagai ahli keluarga mereka. Malah, keluarga-keluarga lain juga akan aku layan sebagai keluarga aku sendiri.

Kenangan bersama

*****
Nota kaki:
1. Lama betul aku tak kemas kini blog aku. Kekangan masa melanda diri.

Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)