Cerita Bergambar 1: Penyelamat Laut


[Amaran kerajaan Turkmenistan: Entri ini agak panjang. Sabar-sabarlah ya kalau membaca. Harap maklum. - Editor]

Pada jam 6.00 petang, Nani dan Azreen menerima panggilan kecemasan dari ibu pejabat pasukan penyelamat Kuala Pahang. Mereka perlu bergegas ke Pantai Lagenda untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang dipukul ombak. Dengan kadar segera, mereka terus bergegas ke Pantai Lagenda.

Hai, kamilah Pawer Renjer!
Dengan tidak menghirau rintangan dan halangan, mereka terus memecut. Selipar yang tercabut juga tidak menghalang mereka untuk berbakti kepada manusia sejagat.

"Ko ni bawak moto ke, tunggang unta ni Erin?" Nani bertanya.
Akibat memerlukan kepantasan yang tinggi, mereka memecut hingga ke mod kelajuan cahaya. Habis semua habuk di jalan raya hilang kerana mereka. Jalan raya menjadi bersih.

Tibanya di Pantai Lagenda, mereka menerima arahan dari ketua Pawer Renjer, Mirul untuk menyelamat mangsa pukulan ombak.

Kami lapor diri, Bang! Eh! Tuan!
Selepas itu, mereka menyeru mambang laut untuk mendapatkan kuasa pantai.

Bertukar!
Lalu mereka terus meniggalkan moto tunggangan mereka melepak bersama-sama moto lain.

Moto1: Hai, awak. Nama saya Motosikal. Apa nama awak? Moto2: Nama saya Motorola.
Di pantai, mereka terus bergegas untuk menyelamatkan mangsa!

Pawer Renger dah datang! Cepat tolong kami!
Malangnya, ombak besar datang lagi.

Bedebush!!! Blub...blub...blub....
Tidak! Kami tak kahwin lagi! Tolong kami!

Hai mambang laut, kau tolong tak ni?
Setelah berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya mangsa dapat diselamatkan satu per satu.

Mangsa pertama yang diselamatkan.
Wartawan: Apa perasaan Cik apabila diselamatkan oleh Pawer Renjer? Fad: Ye ke? Bukan mambang laut ke yang selamatkan?
Mangsa kedua yang hampir-hampir berjaya diselamatkan.
Fad: Pak Cik, kenapa naik awal sangat? Mirul: Pak Cik dah pancit la dik. Duduk dalam sejuk ni hilang stamina Pak Cik.
Sekian lama, semakin banyak mangsa dapat diselamatkan. Namun begitu, ada seorang mangsa perasan kekasihnya masih di dalam laut. Lalu dengan pantas dia mahu kembali ke laut.

Ayaaang! Jangan tinggal daku! Kunci kereta masih pada you! I nak balik macam mana nanti kalau you mati?
Lalu Mirul menghalang dia dari kembali ke laut. Dengan menunjuk hebat kepada awek-awek yang menjadi mangsa, Mirul pun terus menyelamatkan mangsa.

Jangan! Biar Pak Cik yang selamatkan! Kamu balik ke pantai!
Malangnya, ombak kuat memukul Mirul.

Bedebush!!! Blub...blub...blub....
Mirul kembali tanpa hasil tangkapan pada hari ini. Eh, tanpa mangsa yang sepatutnya diselamatkan. Lalu, dia menghubungi ibu pejabat untuk menambah bantuan.

Maaf Yang. Tangkapan abang hari ini tangkap basah sahaja. Maafkan abang.
Agak-agak semua dah rasa nak buat liang lahad untuk mangsa yang tak dapat diselamatkan, tiba-tiba mangsa yang ditunggu-tunggu naik ke pantai. Malangnya, dia sudah tidak pandai berbahasa manusia. Gaya pun dah macam dugong.

Onk! Onk!
Lalu, Mirul menasihatkan kepada semua janganlah main di laut ketika air pasang.

Dulu Pak Cik ni anak raja dugong... eh! Duyung!
Nampaknya, tiba-tiba seorang tumbang. Mangsa terakhir tadi!

Ah, sudah! Dia dah datang!
Mangsa ini tiba-tiba menjadi sawan seperti disampuk Pak Mat Tempe seberang rumah. Mangsa ini tiba-tiba berkata-kata dalam bahasa Jawa yang dialih bahasakan, "aku ni mambang laut la. Nah ini mangsa kau yang terakhir. Mamat ni makan apa da? Buat susah aku sahaja. Asyik terkentut-kentut. Korang bukan tak tahu aku ni alahan pada kentut ni!"

Lalu Mirul pun meminta maaf kepada mambang laut. Mangsa terakhir itu dapat diselamatkan apabila dia berjaya kentut buat julung-julung kalinya selepas diselamatkan.

Proooooootttttt!!! Ah, leganya...
Pada masa yang sama, kesedihan kekasih mangsa yang terakhir itu menjadi lebih pilu.

Ayang, kenapa hidup lagi? Melepas lagi I nak kaut semua harta you!

Nani: Cik ok tak ni? Saya nak harta dia sikit boleh? Wawa: Banyak cantik kau! Aku dah melepas kau minta lagi!
Dengan suka gembiranya mangsa terakhir tadi sedar dari lamunan.

Hai, apa khabar? Boleh mengurat? Nama saya Kucai.
Oh, baru tahu namanya Kucai. Puas aku tanya kekasihnya yang tak keruan tu. Kasihan aku tengok.

Eh, sambung cerita. Akibat ketidak keruan Wawa, dia meronta-ronta lalu perlu ditenangkan.

Nani: Cik, bertenang! Jangan sebab dia mengurat orang lain, Cik yang tak keruan!
Rupa-rupanya, dia tak keruan bukannya apa, cuma tak tahan bau kentut kekasihnya ibarat kentut yang disimpan sebulan.

Hari-hari macam ni, mabuk aku! Apalah nasib berkasihkan seorang pengentut.
Lalu apabila semua kembali normal, mereka semua menjadi rakan baik. Aku sebagai wakil wartawan Malaysian Outsider, mengambil gambar mangsa semua yang berkaitan.

Kenangan mangsa, pemangsa dan kedua-duanya.
Meraikan semua mangsa selamat.
Setelah semuanya selesai, mereka mula untuk berkemas pulang.

Nak balik dulu lah. Anak-anak di rumah menunggu pula.
Mirul & Azreen: Selesai tugas aku hari ini. Wawa: Harta... melepas lagi!
Kenangan bersama empat unta penyelamat berjenama Honda dan satu Modenas.
Setelah penat lelah menyelamatkan mangsa, Nani dan Azreen pulang ke tempat tinggal masing-masing dan hidup dalam kegembiraan selama-lamanya. Bak kata orang putih, happily ever after.

Ooooohh... balik kampung!
Eh! Cerita tak habis lagi! Kemudian, aku bersama Pawer Renjer dan sepasang kekasih gila harta untuk makan malam di warung Pak Mail. Alah, Pak Mail bapak Si Minah Joyah pipi gebu tu. Kenal kan? Bagus.

Nani The Builder.

Wawa Si Kekasih Harta.

Mirul Si Pak Cik Pancit.

Azreen The Tertanggal Selipar Rider.

Kucai Si Kekasih Pengentut.

Ini aku, Jurnalist The Malaysian Outsider.
Beberapa senarai pelakon yang kurang masuk ke lensa kamera adalah:
- Fizah
- Fad
- Fitrina

*****
Nota Kaki:
1. Tak pasti siapa yang jadi mambang laut.

Post a Comment

7 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)