Mengapa rakyat Malaysia gemuk.


Sejak abad ke-21, semakin banyak rakyat Malaysia gemuk adau dalam bahasa yang agak sintifiknya ialah penghidap obesiti. Mengapakah ini boleh berlaku? Apakah ini disebabkan perubahan budaya pada zaman moden atau kesilapan manusia sendiri ataupun sudah memang lumrah hidup? Jom kita kenal pasti mengapa rakyat Malaysia gemuk. Di bawah ini aku senaraikan lima sebab mengapa rakyat Malaysia gemuk. Lima cukuplah, aku bukan pakar pemakanan yang boleh senaraikan 100 sebab.

1. Genetik

Masalah genetik memang tidak boleh dikawal. Ada sebilangan orang yang memang berketurunan orang berbadan besar ataupun gemuk. Mengikut beberapa pemerhatian, kebanyakan rakyat Malaysia yang gemuk akibat genetik adalah berketurunan Arab atau Timur Tengah. Hanya sedikit sahaja yang berketurunan Proto Malay ataupun Duerto Malay yang bergenetik gemuk. Untuk hal ini adalah ketentuan Yang Maha Esa. Bukan salah sesiapa jika seseorang itu gemuk.

2. Gaya hidup tidak sihat.

Ini juga masalah utama rakyat Malaysia. Jikalau pada zaman sebelum millenia kebanyakan rakyat Malaysia rajin bersukan, masih membuat kerja-kerja yang mengeluarkan peluh seperti bercucuk tanam namun pada zaman sekarang, tiada lagi aktiviti sedemikian. Kalau ada pun, sudah tak banyak. Kalau ada pun yang 'bersukan', mereka akan 'bersukan' dengan Playstation ataupun Xbox mereka. Mana yang sukakan tanaman, mereka akan bercucuk tanam di Farmsville. Bercakap tentang kerja-kerja mengeluarkan peluh, maksud aku kerja-kerja yang agak berat, golongan isteri pada zaman sekarang sudah banyak yang tak buat kerja-kerja rumah. Itu sebablah semakin banyak ibu-ibu dan isteri-isteri yang tidak membuat kerja-kerja rumah semakin 'mengembang' kerana menyerahkan semua kerja rumah kepada pembantu rumah mereka. Tak hairanlah kan jika banyak juga golongan suami yang semakin tertarik kepada pembantu rumah berbanding isteri sendiri.

3. Makan makanan yang tidak sihat.


Apabila mengaitkan Malaysia dengan makanan, sememangnya Malaysia adalah diibaratkan seperti syurga makanan. Manakan tidak, banyak menu tradisional hatta dari luar negara boleh didapati di Malaysia. Sungguhpun begitu, agak menyedihkan juga kerana cara masakan makanan di Malaysia kebanyakan tidak menyihatkan. Apa yang tidak menyihatkan bukan menunya tetapi cara penyediaannya, yang kebiasaannya sangat berminyak, manis dan ada sayur-sayuran yang dimasak sehingga layu. Ada yang aku jumpa, ayam masak merah tidak lagi nampak seperti ayam masak merah kerana hampir setengah 'kuah'nya hanyalah semata-mata minyak! Selain itu juga, kemasukan banyak makanan segera seperti Burger King, Kentucky Fried Chicken dan lain-lain menggalakkan pemakanan tidak sihat di kalangan rakyat Malaysia. Peningkatan jenama makanan ringan juga menjadi penggalak rakyat Malaysia untuk mengambil lebih garam, kalori dan kolestrol dalam makanan mereka.

4. Tidak mengikut jadual makan yang sihat.



Pasti ramai yang setuju dengan sebab ini. Banyak rakyat Malaysia tidak mengikut jadual makan yang sihat. Antara contoh yang terbaik adalah tidak mengambil sarapan pagi, dan makan pada lewat malam. Aku pun sama tergolong dalam kelompok ini, cuma bezanya aku masih belum sampai masanya untuk aku gemuk. Banyak yang tidak tahu akan kebaikan mengambil sarapan pagi. Fungsi sarapan pagi adalah untuk memberi tenaga untuk kerja-kerja yang akan kita lakukan sebelum tibanya waktu makan tengah hari. Selain itu, dengan mengambil sarapan pagi, kita tidak akan rasa terlalu lapar pada tengah hari dan dapat mencegah kita dari mengambil makanan lebih dari yang diperlukan. Untuk makan malam pula, waktu terbaik untuk mengambil makan malam adalah kira-kira pada jam 6.30 petang. Ini disebabkan oleh kita tidak memerlukan banyak tenaga pada waktu malam memandangkan kebanykan aktiviti selepas jam 8.00 malam lebih santai. Kalau nak ambil makan lewat malam pun hanyalah sekadar makanan ringkas seperti roti. Namun begitu, kebanyakan kita mengambil makan malam pada jam 9.00 malam dan kemudiannya mengambil makan lewat malam pada jam 11.00 malam, dengan menu makanan berat seperti makan malam! Ada yang lebih teruk adalah belum sempat makanan dihadamkan, kita terus tidur.

5. Terlalu banyak makan wang subsidi.

Untuk perkara terakhir ini pasti ramai yang tak bersetuju. Itu ikut koranglah. Bagi aku, rakyat Malaysia memang terlalu banyak makan wang subsidi. Sikit-sikit nak kerajaan tolong suapkan. Tak boleh berusaha sendiri. Aku bukanlah nak back kerajaan atau apa. Cuma aku agak meluat orang yang terlalu bergantung kepada subsidi dan malas berusaha. Tambah-tambah lagi kepada orang Melayu dan beragama Islam. Aku malu lihat bangsa sendiri lembik kalau tak disuap dengan subsidi. Nak buka kedai pun nak ada subsidi. Nak beli bawang pun nak kena ada subsidi. Kata nak maju berjaya, tetapi masih tak nak lepaskan diri dari kepompong menagih subsidi. Apabila melihat bangsa lain berjaya, mulalah mengadu domba sana sini, dengki sana sini. Cubalah ingat, bangsa kita ni dah banyak sangat telan subsidi. Orang Cina yang tak terima banyak subsidi seperti orang Melayu boleh berjaya. Jangan nak kata oranglah, dia manusia kita pun manusia. Sama sahaja, yang membezakan dia dengan kita adalah sikap. Sampai bilalah orang Melayu ni asyik nak mengharap subsidi sahaja? Sampai masa kalau orang kita tidak lagi berkuasa, hilanglah semua hak kita. Barulah nak sedar yang kita ini sudah terlalu banyak dibantu. Aku nak ingatkan, sekarang sudah ada tanda-tanda orang Melayu hilang kuasa. Bahkan ada orang Melayu sendiri yang tolong orang lain untuk hilangkan kuasa orang Melayu atas nama demokrasi lah konon. Pak Aji, Tok Wan, Pak Seh pun sama jugak bantu. Serupa juga ada golongan yang dah ada kuasa pun buat-buat pekak buta tuli. Ada sesiapa terasa? Padan muka!

*****
Nota kaki:
1. Nak ambil peperiksaan pun sampai kena minta hint ataupun soalan bocor. Apa nak jadilah.
2. Aku pun terkena juga. Sama-samalah kita muhasabah diri.

Post a Comment

1 Comments

  1. fuh...terase nih..mkn fast food, xmkn pagi..kne insaf la cmni...cewahh....hehehe..n paling terase part hint tu..ngeeee~

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)