Cerita Bergambar 2: Perisik mencari penjahat

[Amaran: Entri ini sekadar hiburan semata-mata.]

Aku adalah seorang perisik. Nama aku kalau ikut kad pengenalan adalah Jamil bin Embong, tetapi kawan-kawan panggil aku James Bond. Hari ini, aku baru sahaja perbaharui lesen senjata api aku. Barulah boleh bergaya dengan pistol aku. Sekejap ya. Aku nak bergaya sikit. Jurukamera! Bersedia! Jangan lama-lama, aku agak tak tertahan nak terkucil ni!

Sumber: http://www.filmofilia.com/
Apa macam? Ada gaya tak? Semalam aku dapat tugas. Tugas aku adalah untuk menentang seorang penjahat. Penjahat ini sangat berbahaya. Kalau sekali dia buat hal, satu dunia pun tak boleh halang. Bos aku suruh aku selesaikan tugas ini, sebab dia tahu aku seorang sahaja yang mampu menentang penjahat ini.

Sini, aku nak tunjuk muka penjahat tu. Mana perginya muka penjahat tu. Sekejap, aku cari. Ha, ada di sini! Ini dia orangnya.



Eh, silap pula. Bukan dia masalah sebenar aku, walau memang dia ni bermasalah. Dia ni adalah masalah besar orang lain, tu gambar kecil sebelah dia tu. Itulah masalah bagi penjahat ni. Tak apa, ada perisik lain yang tolong selesaikan masalah ni. Sayangnya, kes mereka asik tertangguh sahaja. Banyak sahaja alasan penjahat ni. Biarlah, aku tak nak campur. Nanti aku yang jadi mangsa kerakusan penjahat ni. Baik aku cari penjahat sebenar yang perlu aku kalahkan.

Hah! Aku dah jumpa! Ini dia orangya!

sumber: http://jcwinnie.biz
Inilah orangnya! Penjahat sebenar yang perlu aku tumpaskan. Mungkin dalam perkara lain, aku kena selamatkan dari penjahat yang di atas. Manalah tahu... nauzubillah....

Aku sekarang dalam perjalanan ke Sepanyol. Katanya penjahat ni ada di sana. Maka, aku pun telefonlah seorang kawan aku di sana. Tolong carikan tempat makan paling bagus di Sepanyol. Ini kawan aku:

Sumber: http://topnews.in
Pasti korang kenal siapa mamat ni. Maklumlah, agak terkenal jugalah dengan peminat-peminat yang sudah jatuh cinta dengannya.

Lalu aku pun ke Sepanyol. Mencari penjahat itu di seluruh pelusuk negeri Sepanyol bukanlah mudah. Tak apalah, aku bersabar sahaja. Tiba-tiba, aku dihantuk dari belakang lalu pengsan.

Apabila aku sedar, aku sudah berada di sebuah pangkalan panjahat. Kemudian, penjahat yang aku cari-cari muncul di hadapan aku! Cis, dia sudah memerangkap aku!

Si penjahat itu gelak gembira melihat aku ditahan. Pastinya, aku pasti akan dibunuh. Sebelum aku dibunuh, aku cubalah bersembang dengannya.

"Encik Penjahat, kenapa kamu suka jadi jahat?" tanya aku kepadanya.

"Eh, kenapa perlu kau tahu?" tanyanya semula kepada aku.

"Bukan apa. Aku ni masih pelajar psikologi Universiti Tok Yo. Sahajalah nak tahu. Kalau aku tahu, bolehlah aku selesaikan pelajaran aku!" jawab aku.

"Cis! Ada hati nak lepaslah konon. Takkan sempat kau habis belajar, kau pasti sudah mati!" balasnya.

"Alah, Encik Penjahat pun satu. Sekurang-kurangnya bagi tahulah aku. Apa sebabnya. Kalau aku mati, sekurang-kurangnya aku tahu kenapa."

"Iyalah, biar aku bagi tahu. 12 tahun dahulu, aku ada seorang anak lelaki. Namanya Jamil. Pada suatu hari, semasa aku bawanya ke pasar malam, dia hilang. Puas aku mencari, buat laporan polis. Masih tak jumpa. Akibat sudah tak percayakan polis, aku pun jadilah penjahat!" jawab penjahat sambil menangis teresak-esak.

"Eh, takkanlah sampai jadi penjahat?" tanya aku lagi.

"Iyalah! Aku jadi penjahat ni pun sebab aku nak cari anak aku! Sampai sekarang masih tak jumpa-jumpa!" balasnya.

"Oh, tetapi aku rasa kenapa kisahnya macam aku tahu. Aku semasa berumur 5 tahun pernah hilang semasa ikut ayah aku ke tempat yang banyak orang. Aku pun tak ingat apa tempat tu. Kemudian, disebabkan aku tunggu punya tunggu ayah tak sampai-sampai, akhirnya ada Pak Cik Cendol ambil aku sebagai anak angkat."

"Eh, sama lebih kurang sama nasiblah kita, ya?" tanya penjahat itu.

"Betul tu!" balas aku.

"Eh, tetapi kenapa kau nak jadi perisik? Kenapa tak berniaga cendol sahaja? Lagi selamat nyawa kau," tanya penjahat itu lagi.

"Aku pun lebih kurang samalah. Aku jadi perisik sebab nak cari ayah kandung aku. Aku rindu dengan ayah kandung aku. Ayah aku namanya Embong. Aku tak tahu mana perginya ayah aku. Dari dulu aku cari tak pernah aku jumpa." cerita aku sambil menangis teresak-esak.

"Eh, kau pula yang menangis. Nah tisu!"

"Terima kasih. Tolong lapkan boleh? Kau dah ikat tangan aku, macam mana nak lap?" pohon aku.

"Eh, lupa pula. Sudir, Man! Lepaskan tangan dia. Biar dia lapkan mukanya sendiri," arah penjahat itu kepada konco-konconya.

Untuk seketika, kedua-duanya senyap. Sedang mengimbau kenangan lalu bersama orang tersayang. Lalu aku terfikir sesuatu.

"Encik Penjahat, siapa nama anak Encik?" tanya aku.

"Jamil. Kenapa?" tanyanya semula.

"Kenapa aku rasa seperti aku kenal nama itu?"

Kedua-dua senyap kembali.

"Eh! Itukan nama aku! Macam mana aku boleh lupa. Patutlah macam kenal. Nama aku Jamil bin Embong. Hahaha!" terkikih aku ketawa.

"Apalah kau ni, sempat berlawak lagi! Eh, apa nama kau? Jam... Jamil bin Embong?" tanya penjahat itu.

"Iyalah, Jamil bin Embong. Kenapa?" tanya aku kembali.

"Nama aku pun Embong. Anak aku pun nama Jamil. Takkanlah...?"

"Ish, mustahil. Masakan boleh berlaku. Kita berbeza! Kau penjahat, aku perisik! Lain" balas aku.

"Betul juga," balas penjahat itu sekali lagi. Kemudian, penjahat itu bertanya lagi, "siapa nama ayah kau?"

"Embong bin Supian," balas aku.

"Eh, boleh pula kebetulan. Aku pun bernama Embong bin Supian."

"Ish, mana boleh. Cuba periksa, mana tahu ejaan nama atuk saya S.U.P.I.A.N, encik punya S.U.P.I.Y.A.N."

"Apa kata kita tunjuk kad pengenalan masing-masing. Setuju tak?" penjahat itu memberikan cadangan.

"Nah, ini kad aku. Tunjukkan kad kau," kataku kepadanya.

Masing-masing menunjukkan kad pengenalan masing-masing.
"Nama ayah kau sama dengan nama atuk aku! Memang kebetulan!" kataku selepas melihat kad pengenalannya. Kemudian, aku sambung berkata lagi, "tarikh lahir kau pun sama dengan tarikh lahir ayah aku. Banyak betul kebetulan ni!"

"Betul juga. Banyak sangat kebetulan. Tarikh lahir kau pun sama dengan tarikh lahir anak aku. Alamat rumah pada kad pengenalan pun sama! 25, Jalan Mati, Kampung Senggugut, 12345 Seberang Jalan, Bostawana."

"Kenapa banyak sangat kebetulan ni?" tanya aku.

"Dah, kalau dah kebetulan, nak buat macam mana. Kita terima sahajalah," balas penjahat itu.

Disebabkan kami dah bersembang seperti kawan, akhirnya aku dilepaskan oleh penjahat itu dengan satu ingatan, "kau carilah ayah kau, aku pun masih nak mencari anak aku. Sama-samalah kita berusaha, basha!"

"Baik! Aja-aja fighting! Semoga berjaya!" aku membalas dengan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Apabila pulang ke rumah, aku bercerita kepada Pak Teh tentang apa yang dah berlaku. Lalu Pak Teh bertanya, "mukanya putih-putih, agak bulat, botak, ada parut di muka?"

"Betul tu!" balas aku.

Tiba-tiba, kepala aku diketuk dengan kuat. Panggggg! Kayu copstik menghinggap di atas kepala aku.

"Aduh! Kenapa ketuk kepala saya, Pak Teh?" tanya aku.

"Kenapalah kau ni bebal sangat? Tak sedarkah itu bapak kau! Sama sahaja kau dengan bapak kau, sama-sama bebal!" balas Pak Teh.

Aku hanya memberi respon "eh???" lalu terdiam.

Sementara itu, di rumah penjahat, dia menceritakan pengalamannya bersama aku kepada isterinya.

Panggggg! Isterinya menghayun periuk tepat ke muka penjahat itu.

"Kenapa ni Yang? Tiba-tiba sahaja periuk ni hinggap ke muka abang?"

"Kenapalah abang ni bebal sangat? Tak sedarkah itu anak kita? Yang abang tinggalkan di pasar malam 12 tahun lalu?"

Penjahat itu memberi respon, "eh, patutlah nama dia sama dengan nama anak kita. Patutlah banyak kebetulan. Abang tak perasan pula! Hehehe..."

Oleh sebab si penjahat ini... eh, ayah selalu melarikan diri, sukar aku untuk mencarinya lagi. Ayahpun pasti sama. Disebabkan aku ini selalu sahaja pusing keliling dunia mencari ayah, ayah pun tak tahu di mana aku. Sampai sekarang, 2 tahun kemudiannya, aku masih tak dapat berjumpa dengan ayah semula. "Ayah! Mari kita berusaha mencari sesama kita! Gambate!" terdetik kata-kata di dalam hati aku.

Post a Comment

1 Comments

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)