Kekasih yang gilakan artis kacak.

Fenomena ini memang banyak berlaku di kalangan pasangan-pasangan kekasih yang sedang bercinta, mahupun yang nak berjinak-jinak bercinta, yang sedang mengurat untuk bercinta, mahupun yang dah putus cinta. Sesuatu perkara yang memang tidak dapat dipisahkan, apabila pasangan kekasih kita gilakan artis yang tidak sejantina dengan kita. Kejadian ini pula banyak terjadi kepada pasangan perempuan.

Ada sesiapa yang mahu nafikan? Pastinya tiada. Sedangkan di kalangan mak cik-mak cik Felda pun tergila-gilakan artis seperti Mawi. Inikan gadis-gadis muda yang lebih banyak taste mereka dan pasti taste mereka menarik-menarik belaka.

Pilih, mana satu jejaka idaman kalbu. Jejaka Eropah atau Asia?

Antara artis dan atlet yang sering menjadi idaman kalbu sang gadis-gadis sunti di luar sana adalah seperti David Beckham, Fernando Torres, Cristiano Ronaldo, Brad Pitt, dan lain-lain. Malah, sejak drama bersiri Korea meletup di seluruh dunia, maka semakin banyaklah peminat kepada Won Bin, Rain dan ramai lagi jejaka-jejaka kacak dari Asia Timur. Kegilaan ini bukan sahaja melibatkan pelakon, malah juga penyanyi-penyanyi pop Korea dan Jepun.

Bagi sang lelaki yang menjadi kekasih kepada gadis-gadis yang tergilakan artis dan atlet yang terkenal, pasti ada antara mereka merasakan ego mereka tercalar. Malah juga ada sang gadis yang suka membandingkan kekasihnya dengan artis yang mereka puja. Setiap kelemahan kekasihnya pula disenaraikan satu per satu jika tidak mengikut spesifikasi artis yang dipujanya. Akibatnya, berlakulah pergaduhan dan perpisahan.

Tidak kurang juga gadis-gadis yang masih berstatus single meletakkan syarat-syarat ketat kepada jejaka-jejaka di luar sana sekiranya mereka mahu memikat gadis-gadis ini. Mereka mahukan muka setampan Ronaldo, setinggi Rain, rambut seperti sekian sekian orang dan sebagainya. Jika tidak cukup syarat, pasti terang-terangan mereka akan ditolak mentah-mentah. Bagi mereka, jejaka-jejaka yang mereka lihat di kaca televisyen itulah jejaka idaman mereka, walaupun sampai bila pun mereka takkan mendapat orang yang sebenarnya.

Apakah tradisi ini akan berakhir? Dari pemerhatian aku, tidak. Selagi adanya televisyen menayangkan imej-imej jejaka kacak ini, pasti fenomena ini tidak akan berakhir. Malah, pasti akan lahir lebih banyak jejaka-jejaka kacak terbaru untuk menghiasi kaca televisyen untuk ditatapi oleh gadis-gadis muda untuk memulakan angan-angan mereka.

Aku tidaklah menolak akan fenomena ini. Aku menerima keadaan ini kerana lumrah manusia sukakan yang cantik. Namun begitu, kepada mereka yang di luar sana, biarlah berpada-pada. Janganlah sampaikan perkahwinan yang dibina bercerai-berai kerana hanya semata-mata si isteri lebih gilakan pelakon kacak berbanding suaminya sendiri. Kepada yang lelaki pula, janganlah terlalu mementingkan ego semata-mata lalu dipersalahkan si perempuan kerana menyukai artis-artis kacak. Sekali sekala, biarlah mereka berfantasi. Bukannya dapat dicapai pun angan-angan mereka. Balik-balik, mereka pasti akan kembali ke dunia nyata dan menyayangi kekasih mereka.

Ini perihalnya jika si perempuan yang tergila-gilakan artis lelaki kacak. Bagaimana pua jika si lelaki yang tergila-gilakan artis perempuan yang jelita? Lain pula ceritanya. Ada pula jadi macam aku. Mana satu idaman kalbu ni....hehe.

 Ish, mana satu yang paling aku angau ni? Dilema... dilema....

*****
Nota Kaki:
1. Walaupun dilema, apa pun, yang teristimewa tetap di hati.
2. Tengah pilih dari senarai pelakon Hindi pula nak dimasukkan dalam senarai, memandangkan Kak Siti dah kahwin. Nanti cemburu pula Datuk K bila tahu pasal aku. Haha!

Post a Comment

6 Comments

  1. aku tak tengok sume tu. tengok tggungjawab dia jaga anda mcmne.


    cehhhh ayat aku nak poyo plak. HAHAH

    ReplyDelete
  2. aku x suka artis!
    haha... indah dari khabar..

    ReplyDelete
  3. heheheh rasa kelakar kalo lelaki tu jeles bila awek dia minat artis lelaki..macamlah awek dia tu dapat kapel dgn artis lelaki tuh..ala,kalo ada perempuan tetapkan syarat2 nak macam artis laki itu ini, itu budak2 je buat..heheh..

    p/s:inzaghi tetap di hati..hahah..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)