Streamyx siput

Sejak petang semalam lagi, Streamyx di rumah aku mengalami masalah - lembab macam siput. Apakah ini yang dikatakan perkhidmatan jalur lebar terbaik di Malaysia? Oh, pasti tidak. Rugi sahaja membayar beratus-ratus sebulan untuk perkhidmatan yang sangat tidak memuaskan! Alasan banyak pelanggan menggunakan internet setiap pada masa yang sama adalah tak relevan. Kalau benarpun, mereka sepatutnya sudah sedia maklum dan memastikan setiap port mereka sudah mampu melayan kapasiti pelanggan yang tinggi pada sesuatu masa. Jika begini, seperti tiada bezalah pelanggan yang membayar perkhidmatan beratus-ratus ringgit sebulan dengan yang beberapa puluh ringgit sebulan kerana kadar perkhidmatan yang diterima adalah sama sahaja.

Pelanggan yang menggunakan Streamyx semuanya mempercayai kestabilan jalur lebar berwayar berbanding tanpa wayar. Sebab itulah jumlah pengguna jalur lebar tanpa wayar seperti Celcom Broadband, Maxis Broadband, Digi Broadband dan mana-mana syarikat operator Wimax masih tidak mampu menandingi jumlah pelanggan Streamyx. Namun begitu, adakah wajar kepercayaan ini dibalas dengan perkhidmatan yang tidak berbaloi dengan wang yang dilaburkan?

Aku menulis ini bukanlah untuk melepaskan geram, cuma berkongsi sedikit kekecewaan dengan perkhidmatan internet yang melanda sekarang.

Post a Comment

2 Comments

  1. kalau kau pakai yang mahal punyer aku rase ko takde masalah mcm nie kot.klu bayar kurang.tapi nk service tiptop tak boleh jgk rasenyer.tapi maybe faktor cuace pon pemangkin jgk.tak patot jgk kite slahkan satu pihak je kan?? ape kate call org tuh datang cek line rumah kau.maybe dye ianyer membantu.mcm aku klu aku punyer internet slow.nati aku call bsoknyer ade org datang cek.gud luck bro.

    Terkini:
    1. Akhirnya Berakhir Sudah
    2. Entry Ke-47 Nie Entry Paling Panjang Aku Pernah Tulis
    3. Bila Aku Jumpe Perempuan Yang Aku Benci

    ReplyDelete
  2. Betul tu, tapi malangnye, pakej yg amik ni bkn yg murah punye. Kalau murah, xde la kecewa sgt. Yg buat kecewa ni sbb byr mahal sbb harapkan perkhidmatan yg tbaik, tp still xmenepati ape yg dijanjikan. Thanks.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)