Tajuk hangat

Kalau berkata tentang tajuk hangat ni, pasti perkara pertama yang kita fikirkan adalah entri yang nak dituliskan merupakan sesuatu yang hangat dibincangkan di sekeliling kita. Benar, malah ada kebanyakan blog-blog yang di luar sana menggunakan istilah tajuk hangat dengan meletakkan isu-isu yang panas dan mendatangkan perbahasan di kalangan pembaca.

Namun begitu, aku menulis entri bertajuk Tajuk Hangat bukanlah nak membincangkan tentang perkara-perkara hangat pun. Bukan berkenaan BN menang besar di Batu Sapi mahupun BN menang di Galas berjaya merampas kerusi DUN di Galas. Apa pun, tahniah kepada wakil rakyat baharu yang dipilih rakyat.

Apa yang nak aku bincangkan di sini, apakah itu entri hangat dari persepsi aku. Baca sekali lagi, persepsi aku. Bukan persepsi tok guru silat mana-mana.

1. Tajuk hangat sekadar tajuk
Macam blog aku inilah. Entri hangat sekadar tajuk. Bukan perkara yang menghangatkan. Kalau letak telur pun, sempat busuk dahulu sebelum masak. Namun, sekurang-kurangnya kandungan entri ni berkatian dengan tajuknya.

2. Tajuk hangat, isi hangit.
Biasalah, nak tarik pengunjung kan. Kadang kala menggunakan tajuk yang sangat hangat. Contohnya "Era Fazira Bercerai". Ni contoh je la! Dia dah bercerai lama dah dengan Yusri KRU. Sekarang dah bahagia pun dengan suami baharu. Balik kepada topik, ada yang menggunakan tajuk sedemikian tetapi membincangkan hal lain. Ada yang tak segan menceritakan tentang kepenatannya bekerja. Apa kaitan dia bekerja dengan Era Fazira? Kalau nak guna pun nama Era Fazira, buatlah tajuk seperti cadangan aku ni: "Aku penat bekerja nak jadi kaya macam Era Fazira". Orang sebegini biasanya suka syok sendiri.

3. Tajuk hangat, isi suam.
Entri begini, banyak yang ada. Contohnya tajuk entri yang boleh membawa kepada perbincangan, tetapi isinya tidak disertakan dengan fakta-fakta bertulis. Entri begini banyak berlaku. Biasanya hal-hal berkenaan gosip. Apa jenis gosip pun boleh terjadi. Jangan-jangan ayam dan itik berkahwin pun dijadikan gosip juga. Orang begini biasanya malas nak mengkaji. Menulis ikut dan sahaja.

4. Tajuk hangat, isi hangat.
Kebiasaannya, entri sebegini banyak ditulis oleh orang yang sudah berpengalaman dan profesional. Entri yang padu dengan hal-hal yang mencambahkan pemikiran dan menggalakkan perdebatan sihat di kalangan pembaca. Banyak contoh boleh diketengahkan. Antaranya ialah blog Ridhuan Tee Abdullah, Tun Dr. Mahathir dan Dato' Seri Najib. Walaupun kadang kala tajuk yang digunakan hanyalah sesuatu yang ringkas, tetapi kandungannya amat bermakna kepada penulis. Orang yang begini adalah orang yang rajin mengkaji dan menulis berdasarkan fakta dan ketentuan tertentu.

5. Tajuk hangat, isi panas.
Banyak entri begini wujud dalam portal-portal politik dan blog politik. Biasalah, kalau dah berkaitan politik ni, kedua-dua belah pihak sentiasa menghangatkan suasana siber. Untuk jenis lain, aku tak pernah jumpa lagi. Golongan orang yang menulis entri sebegini adalah orang yang hangat berpolitik. Bukan yang atas-atas, tetapi yang di akar umbi.

6. Tajuk hangat, isi terbakar.
Ringkas dan mudah untuk aku katakan, entri sebegini mencetuskan perbalahan dan pergaduhan. Contoh paling mudah adalah seperti Namewee. Walaupun kes dia ni berkaitan dengan videonya di YouTube, konsep dalam blog juga lebih kurang sama. Isi entri bagi kategori ini tidak langsung mencerminkan kesopanan dan kesusilaan kita dan juga ada yang menimbulkan fitnah. Orang sebegini adalah orang yang wajib di-ISA-kan dan wajib dikaunselingkan semula.

Gambar dari: http://jamesramsden.wordpress.com

Aku bukanlah blogger yang hebat. Namun, aku yang agak lama dalam dunia blog ini juga masih lagi mempelajari teknik berblog dengan baik. Walaupun blog ini sekadar ruangan aku untuk berpendapat secara peribadi dan tidak formal, namun aku masih banyak perlu aku perbaiki agar dunia blog aku dipenuhi dengan unsur-unsur yang baik-baik.

Walau apa pun, kalau nak tengok aku berblog secara serius mahupun secara main-main, bolehlah melawat ke blog aku yang lain-lain.
1. Bicara Si Pemikir
2. Ahli Karut
3. Karya
4. FH: Logo
5. FH: Binary Zone

*****
Nota kaki:
1. Jangan jadi blogger suka 'main belakang'. Nanti susah. Tebalik bumi Tanah Melayu ni nanti.

Post a Comment

2 Comments

  1. weiiiiiiii.
    aku sokong entri ko ni.
    aku byk sgt jumpe blog yg cmni.
    especially yg gune tajuk hot yg berbaur lucah.
    banyak sgtttttt.
    sekali tgk entri, lgsg xde kaitan.
    benci dowh.
    sakit hati.
    mcm ko tu desperate sgt.
    especially girls.
    buat tajuk lucah aje.
    aku rase nak lempang je.
    hahaha

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)