Siapa dalam hidupnya tak pernah ada keinginan untuk berkahwin? Pasti tiada orang yang sedemikian. Sedangkan yang golongan homoseksual pun ada keinginan untuk berkahwin sesama mereka, inikan yang normal. Naluri untuk berkahwin sememangnya sudah ada dalam setiap insan. Sedangkan jika kita bertanyakan kepada kanak-kanak di sekolah rendah adakah mereka ingin berkahwin suatu masa nanti, pastinya mereka akan menjawab 'ya'.
Statistik dunia kini mendapati purata umur seorang lelaki berkahwin sekitar umur 27-29 tahun manakala purata umur seorang perempuan berkahwin adalah sekitar 24-27 tahun. Bagi kebanyakan negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan, kebanyakan pasangan berkahwin pada usia yang agak lewat iaitu sekitar 34-37 tahun bagi lelaki dan 27-29 tahun bagi perempuan. Namun begitu, kadar statistik bagi umur perkahwinan di Eropah adalah kira-kira 27-31 tahun bagi lelaki dan 24-28 tahun bagi perempuan. Nepal pula menunjukkan statistik umur perkahwinan yang rendah iaitu purata umur lelaki berkahwin adalah pada umur 22 tahun manakala perempuan dalam lingkungan umur 18-19 tahun.
Purata umur berkahwin bagi lelaki di Malaysia pula adalah dalam lingkungan 26-28 tahun manakala 21-25 tahun bagi perempuan. Ini menunjukkan umur purata rakyat Malaysia berkahwin adalah rendah sedikit daripada purata umur perkahwinan di seluruh dunia. Kewujudan golongan anak dara tua (andartu) dan bujang terlajak hanyalah sesuatu yang terpencil di Malaysia secara khususnya. Senario ini berlaku di Malaysia kerana undang-undang sivil negara menetapkan bahawa setiap lelaki dan perempuan dibenarkan untuk berkahwin pada umur 21 tahun. Selain itu juga, lelaki yang berumur atas 18 tahun di bawah 21 tahun dibenarkan berkahwin dengan kebenaran ibu bapa ataupun penjaga. Bagi perempuan pula, undang-undang membenarkan seorang perempuan dibenarkan berkahwin apabila mencapai umur 16 tahun tetapi dengan kebenaran khas ibu bapa dan undang-undang negara.
Namun begitu, trend berkahwin lewat dilihat semakin berkembang apabila kebanyakan golongan-golongan yang bekerjaya lebih menumpukan untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya berbanding menumpukan untuk berumah tangga. Trend ini juga banyak berlaku di kawasan-kawasan bandar dan sub-urban apabila banyak golongan wanita berumur 27-31 tahun yang masih belum lagi berkahwin. Pada masa yang sama juga, ada sebilangan lelaki yang sudah berumur lebih daripada 34 tahun masih belum lagi berumah tangga. Walaupun ini bukan masalah utama negara tetapi hal ini tetap membimbangkan kerana sekiranya trend ini berterusan dan berkembang, maka negara Malaysia akan mengalami kekurangan tenaga kerja menjelang tahun 2020 dan sasaran kerajaan untuk Malaysia mempunya 35 juta penduduk menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai.
Selain itu, satu lagi kebimbangan yang berlaku adalah pasangan yang berkahwin lebih cenderung untuk memiliki anak yang sedikit iaitu sekitar seorang sehingga tiga anak sahaja. Hal ini akan menyebabkan sasaran untuk mencapai 35 juta penduduk menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai dan ini akan memberikan impak kepada jumlah tenaga kerja di Malaysia. Akibatnya, Malaysia terpaksa bergantung kepada tenaga-tenaga kerja import dan akan menyebabkan aliran pendapatan negara mengalir keluar ke negara-negara pekerja import. Apakah kerajaan Malaysia akan menerima lebih banyak warganegara baharu menjelang tahun 2020 untuk menampung keperluan tenaga kerja di Malaysia di samping memastikan survival ekonomi negara pada masa akan datang? Walaupun pelbagai inisiatif diberikan kepada pasangan berkahwin yang memiliki anak, tetapi hal ini masih tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Apakah Malaysia akan mengalami kekurangan penduduk pada masa akan datang dan bergantung kepada pendatang asing pada masa akan datang? Kita tunggu dan lihat. Bagaimanapun, kita boleh membantu negara untuk menyokong seruan kerajaan untuk melahirkan lebih banyak zuriat bagi menampung keperluan negara pada masa akan datang. Berkatian dengan umur yang sesuai untuk berkahwin, aku tiada jawapannya, cuma bagi pendapat aku janganlah lewat sangat. Nanti tiba waktu bersara nanti, agak sukar bagi kita kerana kita harus bergantung kepada simpanan sendiri ataupun caruman KWSP kita untuk menampung pelajaran anak-anak satu masa nanti. Bagi yang bernasib baik, mungkin akan mendapat kontrak kerja tahunan dengan syarikat yang kita bekerja nanti. Fikir-fikirkanlah.
*****
Nota kaki:
1. Datuk Dr. Zaleha Kamarudin, Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam wawancaranya dengan Mingguan Malaysia memaklumkan bahawa lebih 50% kes penceraian adalah dipohon oleh wanita.
2. Jangan jadi gila talak.
Sumber:
1. Wikipedia: Age at First Marriage
2. Wikipedia: Marriageable Age
2. Kapasitor Community
3 Comments
kawen lewat sebab nak settle banyak mende ;p
ReplyDeletehehe xD
Aku x pk kawin sgt, aku pk duit aja.. ada duit macam2 boleh dapat
Delete~Zul
enjoy life dulu :)
ReplyDeleteP/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji