Sumber: http://www.manyhappynewyears.com/ |
Semua orang tahu, bulan Januari adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam setahun. Salah satu bulan yang mempunyai 31 hari dalam tahun matahari (solar year). Ini adalah sumber fakta tentang bulan Januari yang tidak akan berubah. Namun begitu, apakah bulan Januari ini memberikan kebahagiaan baru kepada manusia? Bahkan banyak yang berkata bahawa masuk sahaja tahun baru, segalanya pasti akan menanam azam-azam baharu. Ada yang bakal menjadi pekasam, ada yang bakal menjadi emas. Begitupun, mari kita lihat bagaimanakah bulan Januari begitu bermakna kepada mereka:
- Ibu bapa yang pertama kali menghantar anak-anak ke sekolah akan terlintas di fikiran, "dah besar rupanya anak aku ni."
- Mereka yang di luar sana yang tahun-tahun sebelum ini berusaha untuk diet, akan berazam sekali lagi untuk menurunkan berat badan. Begitupun, apa yang berlaku ialah mereka tetap tidak lari dari cupcakes dan makanan ringan.
- Banyak filem-filem baharu akan keluar di pawagam sempena sambutan tahun baru.
- Ramai orang berpusu-pusu ke Dataran Merdeka kerana mahu melihat bunga api.
- Glenn Fredly menyatakan bulan Januari adalah bulan putus cinta seperti di dalam lagunya.
- Begitupun, tidak kepada Gigi yang menemui cintanya pada 11 Januari.
- Sesetengah orang merasakan Januari itu paling lama kerana bulan inilah yang paling jauh kepada 31 Disember.
- Ada sebahagian pula takut dengan Januari kerana mereka sudah termasuk golongan yang semakin berumur.
- Setiap murid yang lahir pada 31 Disember akan menaikkan umurnya satu tahun ke atas apabila sudah masuk bulan Januari tahun hadapannya.
- Jarak antara tarikh 31 Disember dan 1 Januari adalah dua tahun.
- Setiap kali masuk bulan Januari, murid sekolah akan keliru untuk meletakkan tarikh pada buku nota mereka kerana tahun sudah berbeza.
- Banyak orang mulakan hidup baru dengan tinggal berdua dengan pasangan masing-masing kerana sesi berkahwin beramai-ramai telah diadakan di setiap pelosok negeri sepancang cuti bulan Disember.
- Tuan punya blog ni susah payah perah otak nak tulis tentang bulan Januari dalam entrinya ini.
- Kali ini, dia sudah ketandusan idea.
- Dia bagi peluang korang tambah pula.
3 Comments
bkn murid sekolah je,ak pn keliru nk tulis tarikh kt notes.gagaga
ReplyDeletemeh aku tambah...
ReplyDeleteorang yg bertemu buat pertama kalinya pada malam tahun baru dikira sudah berkenalan selama dua tahun...boleh ke camni? ngeeee...:p
@buDAK keCIK
ReplyDeleteHeh...lebih kurang samalah kita, ye.
@starsyeea
Haha...cpat betul masa berlalu...
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji