Setelah penyerahan tugas kepada Presiden yang baharu nanti, aku tidak akan meninggalkan persatuan begitu sahaja. Aku akan memberikan sumbangan dan panduan kepada jawatankuasa baharu supaya mereka akan menjadi lebih baik berbanding daripada jawatankuasa aku. Aku yakin, mereka akan dapat mengatasi segalah kekurangan dan kelemahan dalam jawatankuasa aku dengan baiknya.
Sekretariat Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang UMP (SeMAMPAN UMP), kejayaanmu akan kunantikan pada masa akan datang agar kau akan menjadi sebuah persatuan yang sentiasa relevan untuk pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat, komuniti, negeri dan negara. Walaupun begitu, hanya masa yang akan menentukan. Aku akan melepaskan jawatan Presiden suatu masa nanti, akulah bakal sang mantan.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji