1. Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, aku mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan aku yang berbangsa Cina.
2. Dalam entri yang ringkas ini, aku nak berkongsi satu perkara yang aku rasakan sudah menjadi kebiasaan kepada orang-orang kita terutama orang Melayu, iaitu cuti.
3. Kalau semua perasan, orang Melayu memang sangat suka cuti. Apa jenis bangsa cuti pun mereka cuti sekali. Ada yang lebih-lebih bercuti berbanding dari orang lain.
4. Kes Hari Raya Aidilfitri, kebanyakan orang Melayu suka bercuti sehingga seminggu. Sampaikan kedai-kedai orang Melayu ditutup seminggu sampaikan penduduk-penduduk sekeliling tidak dapat membeli barang di kedai-kedai runcit kerana ditutup seminggu. Apabila mahu ke kedai makan pula, sama juga kisahnya. Tak ada kedai yang dibuka. Terpaksalah penduduk pergi ke pasaraya besar untuk semata-mata membeli roti Gardenia saiz kecil. Tidak kurang juga ada yang bercuti sehingga sebulan Syawal.
5. Untuk kes lain seperti cuti Tahun Baru Cina dan lain-lain. Orang Melayu juga tidak kurang hebatnya dalam hal bercuti ini. Orang Cina yang menyambut perayaan mereka sendiri boleh buka kedai mereka selepas tengah hari pada hari pertama perayaan mereka. Kalau lewat pun munkin pada hari kedua ataupun hari ketiga. Namun tidaklah sehingga seminggu atau sebulan. Bagi orang Melayu, ada juga yang cuti Tahun Baru Cina pun boleh tutup sehingga seminggu. Sampaikan aku pun pelik, mereka ini Melayu atau Cina?
6. Orang Melayu kebanyakannya cemburu dengan kejayaan orang Cina mengumpul kekayaan mereka, tetapi adakah mereka sedar bahawa budaya suka bercuti panjang ini juga menjadi punca mengapa orang Melayu tidak berjaya mengumpul harta seperti yang orang Cina mampu lakukan?
7. Ini bukan sebab budaya, ini adalah sikap. Orang Melayu banyak melepaskan peluang yang sedia ada untuk terus berjaya. Jika sikap masih belum dapat diubah, janganlah berangan untuk berjuang mengubah nasib orang lain sedangkan nasib sendiri terkontang kanting.
8. Jika sikap masih lagi tidak dapat diubah, janganlah bersikap cemburu dengan bangsa lain yang berjaya dengan kejayaan masing-masing.
9. Ingat: mereka berjaya tanpa apa-apa keistimewaan yang diberikan kepada mereka sedangkan orang Melayu yang mendapat pelbagai keistimewaan pula masih leka dan bersikap sambalewa. Mungkin sudah sampai masanya segala keistimewaan orang Melayu ditarik balik kerana semakin banyak disuap, semakin gemuk dan menjadi ular sawalah orang Melayu.
10. Aku tak mahu minta maaf jika ada sesiapa terasa, aku lebih suka berkata padan muka kamu semua.
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji