Kepercayaan Nuffnang masih berterusan

Dalam entri yang lepas aku pernah menulis tentang tamatnya buffered earning dari Nuffnang. Aku pula terimalah seadanya keadaan itu kerana blog ini juga mengalami kemerosotan jumlah entri sejak beberapa tempoh yang agak panjang jugalah. Tambahan pula, aku semakin banyak menyertai program dan beberapa urusan yang menghalang aku untuk sentiasa mengemas kini blog aku ini.

Walaupun dengan keadaan blog aku yang tidak stabil ini, nampaknya Nuffnang masih lagi mempercayai blog aku ini untuk terus menyiarkan iklan untuk buffered earning dari Nuffnang. Aku tidak pasti bagaimana ini boleh terjadi, malah aku pun tidak tahu bilakah aku mula menerima buffered earning yang terbaharu ini sama ada pada hari Sabtu atau Ahad kerana hujung minggu lepas aku tidak dapat menghadap laptop aku. Begitupun, dengan adanya semula iklan buffered earning di dalam blog aku ini membuktikan Nuffnang mempercayai blog aku ini. Mungkin jugalah blog ini masih ada sedikit kekuatannya kerana walaupun kadang kala berminggu-minggu tidak dikemas kini, jumlah kehadiran pengunjung unik (unique visitors) ke dalam blog aku agak konsisten setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 20 orang setiap hari.


Kepada rakan-rakan bloggers yang lain, jangan berputus asa untuk terus menulis. Kendatipun, korang adalah blogger baharu. Blog aku ini walaupun sudah berusia tiga tahun, tetapi tidaklah sehebat blog-blog otai lain yang sentiasa mendapat sambutan pembaca setiap saat dan detik. Apa pun, blog ini akan terus sentiasa bertahan dan hidup selagi aku sentiasa terus mendapat nikmat dariNya untuk terus hidup. Terima kasih juga kepada mana-mana pelawat yang sudi klik iklan yang ada di dalam blog ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. aku punyer nuffnang dah tak aktif langsung, maka beralihlah arahku kepada adverlet..he3

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)